Sorry lambat update. Line tenet still xbrape okay...
Apa2 pun, jemput ye baca dan jangan segan untuk komen...
thanks~
***
Mereka terdiam. Adegan Ena yang menyimbah air milo
ais tepat ke muka Mynn masih lagi bermain di ingatan mereka. Mynn yang menerima
simbahan sekadar terdiam. Dia sebenarnya tergamam. Air yang mula menitik
membuatkan dia menjilat bibirnya sebelum lengan bajunya digunakan untuk
mengelap sisa air milo di wajah.
Deringan loceng yang begema menandakan jam tepat
10.20 am. Para pelajar mula berpusu- pusu meninggalkan kelas dan menuju ke kafe
untuk mengalas perut mereka yang dah mula berkeroncong. Langkah mereka
kelihatan tergesa- gesa memandangkan mereka hanya ada masa 20 minit saja
sebelum kelas kembali berjalan.
Dia berjalan beriringan dengan Mynn tanpa sedar. Lia
yang sememangnya timid asyik
tertunduk saja dan sepanjang perjalanan, langsung tiada satu perbualanpun
terjadi. Keadaan kafe yang sesak sebaik saja mereka tiba membuatkan mereka
terhenti dan memandang sekeliling, cuba mencari tempat kosong.
Ehem x3~ Entah untuk ke berapa kalinya, saya ingin memohon maaf pada mereka yang sudi menjenguk blog saya ini ... Kebelakangan ini, banyak masalah timbul sejujurnya membuatkan saya sendiri sakit kepala dan juga sakit hati... 1. Ketiadaan LINE WiFi INTERNET Ah, tak payah nak kata lah kalau masalah ni. Memang masalah besar. Sata sendiri pun tak tahu apa masalah sebenar. Puas dah kawan seroommate saya report, jawapannya? Huh, fuis terbakar. Iyalah, kebetulan ada satu masa tu black out. Tapi tu kes 2 minggu lepas. Ini dah sampai cuti raya masih lagi tak nak settle ke? Takkan tak tahu orang nak pakai internet... Nak search research paperlah, buat assignment lagi etc... Sakit hati juga bila tengok blok line dapat je internet. Sampai bila nak kena pergi blok lain untuk guna internet???
Disebabkan masalah internet, saya dengan dukacitanya terpaksa menangguh untuk memuat naik sambungan cerita saya.... Cewah.... ayat~ Apa-apa pun, bagi mereka yang sudi membaca harap dapat bersabar... kemungkinan selepas raya haji, masalah internet akan pulih... Terima kasih dan ungkapan maaf saya tujukan seikhlas mungkin~ 0_o
*_*!!! Sorry pada pembaca yang sudi membaca cerita ni sebab saya lambat update~ haih~ asalnya nak update dalam seminggu sekali tapi sekarang ni ada problem dengan line internet... jadi, saya cuba sedaya upaya... huhu... anyway~ Jemput baca starter novel ni~ ****
Ingat lagi hikayat cinta Mr Cool & Miss Witch? Saya tukar semula tajuk dan olah balik penceritaan dia... Harap sudi membantu~ Nanti saya update cover or lukisan yang saya imagine tentang pasangan dalam cerita ni... **** [SINOPSIS]
Khabarnya,
dia seorang ahli sihir a.k.a the WITCH! Siapa saja yang berani cari fasal
dengannya pasti dapat balasan. Tetapi, sejauh mana kebenarannya?