Terima kasih sebab sudi jenguk~
Jemput baca ye, prolog untuk novel ni...
Kalau rajin, sila2 la komen~
****
"Mynn dah buat keputusan dan Mynn harap abi dan
umi terima."
Dia tunduk hormat. Riak wajahnya masih lagi tak
berubah, tetap tenang seolah- olah mereka sedang berbincang masalah yang
langsung tiada kaitan dengannya.
Suasana di ruang tamu sepi buat seketika. Yang
kedengaran hanyalah suara yang keluar dari kaca TV.
"Along
tak setuju! Hal ni bukan main- main, Mynn! Ini soal masa depan Mynn!"
Nadia sekadar berdiam diri. Cawan yang berisi teh dihirup tenang. Matanya
sempat menjeling ke arah suaminya, Hazwan yang masih tenang sebelum membuka
mulut menenangkan amarah anak sulongnya itu.
"Along, abi faham perasaan along dan Mynn,
sejujurnya abi tak tahu nak cakap apa. Terus terang abi setuju dengan along.
Abi nak anak abi bahagia, itu saja. Lagipun, Mynn tahu ni semua terjadi sebab
ada orang nak aniaya Mynn, kan? Abi yakin keluarga Amal pun faham. Jadi, tak
perlulah sampai nak kahwin ..."
Hazwan terdiam serta merta apabila melihat Mynn
tersenyum nipis sambil menggeleng perlahan kepalanya. Kata- katanya tergantung.
Selang beberapa saat, Mynn bangun lalu melutut di hadapan ibu bapanya.
Perilakunya mendatangkan kejutan buat pasangan itu namun, tanpa menghiraukan
reaksi orang tuanya, tangan Hazwan dan Nadia disentuh lembut sebelum dia
mendongak memandang tepat ke wajah mereka.
"Abi, umi ... dan along, Mynn minta maaf andai
keputusan Mynn ni melukakan hati semua. Tapi Mynn nak abi tahu, apa yang Mynn
buat ni bukan sebab terpaksa atau Mynn tak berfikir panjang atau sebab fitnah! After all, I'm always serious in doing
everything! Lagipun, Mynn bukan muda lagi, selang 5 tahun, nak masuk 30.
Mungkin kita patut berterima kasih pada orang yang aniaya Mynn? Tak payah cari
calon dah dan Amal pun bukannya teruk pun. Jadi, benarkan Mynn, ya?"
Nadia yang berdiam diri sejak mula lagi akhirnya
mengeluh panjang sebelum tersenyum lembut. Kepala anaknya diusap lembut. Dia dah
faham perangai anaknya itu.
"Abang, benarkanlah. Mynn, umi harap Mynn
bahagia dengan keputusan Mynn. Dan umi nak ingatkan Mynn, umi, abi dan along
sentiasa sokong Mynn walau apapun pilihan Mynn. Cuma umi harap Mynn jangan
sesekali menyesal dengan apa yang Mynn pilih."
Mynn mengangguk lembut sambil tangan kedua- dua ibu
bapanya dan alongnya itu dikucup. Wajah yang sentiasa tenang itu kini dibasahi
tangisan air mata. Dia benar- benar bersyukur kerana mereka.
"Terima kasih, umi. Mynn sayang semua. Mynn nak
semua tahu Mynn yakin dengan pilihan ni sebab pihak yang satu lagi tu Amal. So, please always watch over me!"
Bez lah cite nie...klu bleh.bukukn lah...insya Allah...sye cri smpai jmpe
ReplyDelete