Sorry pada pembaca yang sudi membaca cerita ni sebab saya lambat update~
haih~
asalnya nak update dalam seminggu sekali tapi sekarang ni ada problem dengan line internet...
jadi, saya cuba sedaya upaya...
huhu... anyway~
Jemput baca starter novel ni~
****
“Urghh~”
Dia menggeliat malas sambil tangannya didepakan
seluas mungkin sebelum matanya dibuka perlahan- lahan. Senaman ringan dilakukan
untuk merenggangkan segala urat yang dahpun membuatkan seluruh tubuhnya kebas.
Matanya segera dikalih ke arah luar memandang keadaan sekeliling. Entah dah
berapa lama dia terlena. Enjin Honda Civic Type-R dah lama terhenti. Susuk
tubuh kedua-dua ibu bapanya terus dicari.
“Hah, dah bangunpun tuan
puteri seorang ni! Mynn, kita dah sampai.” Belum sempat dia nak membuka pintu
kereta, Nadia dahpun menegur sambil membuka pintu untuk anak kesayangannya itu.
“Jom kita gerak ke
dewan. Nampak gaya macam dah lambat kita ni.” Hazwan bersuara sebaik saja
melihat kelibat anaknya yang keluar dari perut kereta.
“… Sekian sahaja daripada saya. Akhir kata, saya
selaku wakil dari pihak badan pelajar sekolah sekali lagi mengalu- alukan dan
mengucapkan selamat datang kepada semua pelajar. Apa- apa masalah, boleh rujuk
kepada mana- mana pengawas dan biro asrama.” Azreen mengakhiri ucapannya dengan
senyuman manis sambil tunduk hormat sebelum mengatur langkah turun daripada
pentas. Tepukan gemuruh membuatkan bergema seluruh dewan seiring dengan
pengakhiran ucapannya.
“Nampak gaya tahun ni
sekolah ni tak ada ketua pelajar.” Nadia bersuara. Matanya tak lekang dari
memandang brosur di tangan yang diterimanya sebaik saja masuk ke dalam dewan
sebentar tadi. Hazwan di sebelah sekadar memandang sepintas lalu brosur di
tangan isterinya sebelum mengangguk. Nama ketua pelajar di dalam brosur
ditinggalkan kosong manakala nama ‘Nurul Azreen bt Hashim’ berada di bawah nama
bagi penolong I persatuan pelajar.
“Saya dengar bekas ketua pelajar tukar sekolah
gara- gara membuli pelajar. Dengar kata lagi, pihak sekolah ambil keputusan
untuk pilih pelajar dari tingkatan 4 untuk pegang jawatan ketua pelajar tu.
Macam- macam kan? Risau pula akak tentang anak akak. Harap- haraplah dia tak
apa- apa.” Nadia sekadar mengangguk. Hampir melatah dia dibuatnya apabila
wanita yang berusia lewat 40-an yang duduk dibelakangnya tiba- tiba menegur.
Senyuman paksa ditarik walaupun dalam hati ada jugalah menyumpah seranah.
Hazwan pula dahpun hilang dari tempat duduknya.
“Mynn, bangunlah!
Bertuah punya budak. Sempat lagi dia tidur?” Nadia membebel pendek sambil
tangannya menggoncang lembut tubuh Mynn. Sedar anaknya tak memberi sebarang
tanda untuk bangun, dia terus mengambil tindakan drastik dengan mencubit kuat
kedua- dua pipi Mynn membuatkan gadis yang berusia 16 tahun itu menjerit kecil.
Serta merta matanya dibuka.
“Abi mana?” Hazwan
lantas dicari. Malas dia berlama- lama di situ. Penat nak menadah telinga
mendengar bebelan uminya itu. “Hah, ingatkan tak nak tanya. Sana tu, hah! Dia
tengah beratur untuk pendaftaran bilik untuk kamu. Dah macam abi dia pula yang
nak masuk belajar. Dah, cepat gerak!” Tangan Mynn segera ditarik sambil
mulutnya tak henti- henti membebel.
“Nur Syahminn Humaira bt Muhammad Hazwan? Bilik
Psi (φ) ye. Tingkat 2, sebelah kanan sekali. Ini nombor katil dan loker. Tak
boleh tukar ye. Selamat datang.” Committee yang bertugas untuk bahagian
pendaftaran segera menghulurkan borang pendaftaran beserta kunci loker. Usai
saja pendaftaran, mereka mula melangkah menuju ke bilik asrama. Mata Mynn tak
henti- henti malah meliar memandang sekeliling. Serba sedikit dia cuba memahami
struktur bangunan yang bakal dihuninya selama dua tahun itu.
Dari pemerhatiannya, apa yang dia tahu, struktur
bangunan asrama buat puteri (aspuri) dan putera (aspura) adalah sama. Dua bilik
tidur di sebelah kanan dan dua lagi di sebelah kiri. Nama bagi semua bilik
tidur di ambil daripada symbol Greek. Contohnya, bagi puteri, bilik Psi (φ) dan
Miu (μ) terletak di bahagian kanan manakala bilik Epsilon (ε) dan Sigma (σ)
terletak di bahagian kiri. Buat putera pula, bilik Alpha (α) dan Beta (β) di
bahagian kanan dan Gamma (γ) dan Delta (δ) di bahagian kiri. Di tengah- tengah
terletak dua buah tandas dan bilik mandi yang dipisahkan dengan bilik untuk
menggosok pakaian. Semuanya terletak di tingkat atas. Bagi tingkat bawah,
dari hujung kanan terletaknya surau kecil, bilik study, bilik warden dan juga
bilik tonton. Bilik dobi atau tempat untuk membasuh pakaian dipisahkan dan di
bina berhampiran dengan bilik ampaian.
“Okay, done!” ujar Nadia
ringkas namun dari nadanya dapat dirasai kepuasan dalam hasil kerjanya. Mynn
yang sekadar menonton hanya mengangguk sebaik saja melihat lokernya kemas tersusun.
Bukan dia tak nak tolong tapi uminya yang menghalang. Wanita yang berusia lewat
30-an itu bingkas bangun apabila sedar masa dah lama berlalu. Asar dah lama
berkemundang sehinggakan dia dapat bayangkan omelan panjang milik buah hatinya
yang menunggu di bawah.
“Hurm, ingatkan lambat lagi.” Hazwan sekadar
menyindir apabila melihat kelibat isteri dan anaknya muncul. “Alah, abi ni,
Mynn nak bermanja dengan umi sekejap pun tak boleh. Lepas ni tinggal umi dan
abi je kat rumah tu. Tak larinya buah hati abi ni.” Mynn menjawab
selamba.
“Mynn pasti tak ada apa- apa yang tertinggal?
Lepas ni memang tak adalah nak hantar- hantar.” Nadia menyoal buat kali
terakhir. Mynn sekadar menggeleng perlahan. “Insya- Allah tak ada.”
Tubuh anak gadisnya itu didakap erat. Air mata
yang ditahan mengalir jua. Hazwan yang berdiri di sebelah sekadar menggeleng
lemah melihat tingkah laku isterinya. Akhirnya detik perpisahan terjadi jua.
Mynn menyalami tangan Nadia dan Hazwan. Raut wajahnya masih lagi tenang dengan
senyuman kecil. Rasa sedih disembunyi jauh ke lubuk hati.
“Mynn, abi dan umi nak
gerak dah ni. Ingat, jaga diri elok- elok. Solat jangan lupa. Jaga maruah diri
dan keluarga. Paling abi minta sangat- sangat, tolong jangan cari masalah
sampai pihak sekolah call rumah. Abi tak halang Mynn nak nakal atau apa, tapi
ingat, setiap yang kita buat kena ada hadnya. Abi dan umi sentiasa percaya
puteri kami ni dan selalu ingat kami sayangkan Mynn.”
Dia sekadar tersenyum. Kata- kata milik Hazwan
bermain di ingatannya sehingga kelibat mereka hilang dari pandangan.
Dia menggeliat malas sebelum tersenyum. Kakinya
mula melangkah.
“I
wonder what my story will be at here~”
No comments:
Post a Comment