0_o
okay, sila baca ye...
kalau ada apa- apa yang kurang atau salah, sila- silalah tegur~
***
Earphone yang melekat kemas di telinga sibuk
mengalunkan muzik rancak yang dipasang dari mp4. Mulutnya masih lagi tak lekang
dari rungutan selepas dimarahi ibunya. Sebab? Semua sebab dia terlepas pandang
adik bongsunya yang berusia 4 tahun itu! Siapa suruh si Balqis tu ikut? Menyusahkan
orang!
Matanya memandang sekeliling. Habis satu sekolah dah
diterokainya. Huh, kuat buat hiperbola! Dalam putus asa, matanya tertangkap dua
orang gadis yang berjalan tak jauh darinya. “Er, tumpang tanya, ada nampak tak
budak perempuan lebih kurang tinggi ni, pakai dress warna pink bertocang dua?”
Dia menyoal seringkas dan sepadat mungkin. Apabila
sedar soalannya tak berjawab, dia memandang semula gadis di hadapannya.
Tangannya dilambai sebelum jari dipetik betul- betul di hadapan wajah mereka
membuatkan mereka tersentak. Dalam hati, dia mula menyumpah.
“Ah,
ta… Tak Nampak! Awak cari adik awak ke? Nak kami tolong?” Salah seorang
daripada mereka menjawab sambil tersipu malu. Dia yang dah asalnya berang makin
berang. Rasa macam nak keluar api pun ada. Tanpa menghiraukan dua gadis tadi, dia
terus memandang sekeliling.
“Er, awak?” Gadis yang tadi bersuara mula menyapa
apabila sedar soalannya langsung tak diendahkan. “Thanks but no thanks.” Dia
terus berlalu meninggalkan mereka terpinga- pinga.
Dia menyoal kembali perbuatannya itu. ‘Ini bukan dah
di kira stalk orang ke? Then, am I a stalker?’ Dia tersenyum sendirian sebelum
soalannya tadi dibuang jauh- jauh. Matanya terus memandang ke satu arah. Setiap
gerak geri gadis itu diperhati tanpa jemu.
“Bertuah punya budak. Orang suruh dia cari Balqis,
dia boleh pergi merayau.” Mila mula membebel apabila melihat anak terunanya
muncul entah dari mana. Balqis yang dah lena dipangkuan Khairul dipandang.
“Mal, barang Mal, ayah dan ibu dah hantar ke bilik.
Nanti kemas sendiri, ya. Dah lambat ni, jadi ayah dan ibu nak kena gerak ni.
Apa- apa hal, contact ye.” Kepala anak terunanya diusap lembut.
Dia menghempaskan tubuhnya ke atas katil yang sudah
siap berbalut dengan cadar berwarna biru. Bayangan gadis tadi masih lagi
bermain di kotak ingatannya. ‘Ah, 2 years here. I hope I can get to know her
better. May our path cross!’ Matanya terus ditutup rapat.
“Kau yakin ke mamat ni, Is? Aku tengok biasa je.
Okay, I admit that he’s a bit handsome. But is he really ‘him’?” Keningnya mula
berkerut apabila dia menangkap bunyi bising yang datang tak jauh dari
tempatnya. Matanya terus di buka. Tiga orang jejaka yang sedang asyik
memandangnya ditenung semula. Kerutan dah hilang. Persoalannya sekarang, siapa
mereka dan apa mereka nak?
“Hah, kau tengok tu. Beku je ekspresi dia. Langsung
tak tahu dia tengah marah ke apa. Kalau aku memang dah lama bengang.” Is ketawa
tanpa segan silu. Tempat di sebelah jejaka itu di ambil tanpa malu.
Mukanya dipegang tanpa rela sambil ditelek tanpa
amaran membuatkan dia tak senang. Cepat- cepat dia menepis. Matanya tak lari
dari menjeling tajam ke arah mereka.
“Whoa, dia marah tu. Nik, hati-
hati!” Is memberi amaran. “Sorry bro. Kami gurau je. Aku Muhammad Redzuan Suhaimi
bin Jaafar. Panggil Emy je. Aku duduk sebelah kau je. Yang pegang muka kau tu
Nik Aiman bin Nik Zulkifli. Kau panggil dia Nik je dan yang ni Ahmad Aizat
Iskandar bin Fauzi. Nama pendek, Is. Dia dan Nik ni roommate.”
Dia mengangguk akhirnya sambil mengeluh panjang.
Malas nak marah panjang- panjang. Buang masa saja. “Hurm, aku Muhammad Amal
Firdhaus bin Khairul Anuar. Panggil Amal dan boleh aku tahu sama ada korang ada
apa- apa hal dengan aku?”
“Hehehe… Sorry, bro. Tadi kecoh fasal ada student
baru ni buat dua orang senior angau dengan dia. Kebetulan Is nampak dari jauh
dan dia kata kau student baru tu. Tapi si Nik ni tak percaya.” Emy memberi
penjelasan. “Huh, bukan aku tak percaya tapi setakat muka handsome tahap ni
boleh buat orang angau ke?” Nik membidas. Tangannya disilangkan.
“Well, it’s none of my business actually. Lagipun
aku sendiri tak rasa muka aku ni handsome sampai tahap boleh buat orang angau
sampai jadi kes.”
“Korang dengar tak apa yang dia cakap? ‘Aku sendiri
tak rasa muka aku ni handsome sampai tahap boleh buat orang angau sampai jadi
kes’, pergh, dia mengaku kot dia tu handsome. Sepanjang aku hidup ni la, first
time aku jumpa dan dengar dengan mata dan telinga aku ni tuan punya badan
mengaku dia handsome. Langsung tak reti nak rendah diri. Apa omputih kata, ‘humble’? Tak payah nak tunggu orang
melambung puji dia. Awesome! Tapi aku sure student baru tu kau, Mal. Mata aku
ni tak rabun lagi. Still 2.0 both eyes!” ujar Is beria. Sempat juga dia
mengajuk ayat teman barunya itu.
“Baik
kau mengaku saja Mal.” Emy menyuruh apabila melihat Is yang beria- ia
bercerita. Amal yang sedikit terganggu akhirnya mengeluh berat. Selagi dia tak
mengaku, selagi itulah lelaki bernama Is akan menganggunya.
“Kalau kat taman botani, memang aku ada bercakap dengan
2 orang pelajar perempuan. Senior atau tak, aku tak tahu.”
Assalamualaikum,
ReplyDeleteMenarik....tak sabar tunggu next punya jln cerita...: )