Hi~
Akhinya line internet dah okay~
maaf lambat ...
>_~
****
Deringan loceng yang begema menandakan jam tepat
10.20 am. Para pelajar mula berpusu- pusu meninggalkan kelas dan menuju ke kafe
untuk mengalas perut mereka yang dah mula berkeroncong. Langkah mereka
kelihatan tergesa- gesa memandangkan mereka hanya ada masa 20 minit saja
sebelum kelas kembali berjalan.
Dia berjalan beriringan dengan Mynn tanpa sedar. Lia
yang sememangnya timid asyik
tertunduk saja dan sepanjang perjalanan, langsung tiada satu perbualanpun
terjadi. Keadaan kafe yang sesak sebaik saja mereka tiba membuatkan mereka
terhenti dan memandang sekeliling, cuba mencari tempat kosong.
“Well,
if you girls don’t mind…”
Sapaan dari gadis yang duduk di meja berdekatan
mereka membuatkan Lia tersentak. Gadis yang memakai tanda nama Ayu dipandang
sebelum beralih kepada tempat kosong. Ada dua. Tanpa sedar, Lia segera menoleh
ke arah Mynn sekaligus membuatkan Ayu pelik namun dia sekadar senyap.
Mynn tanpa banyak soal terus mengisi tempat
bersebelahan Ayu apabila sedar Lia seolah- olah menunggu reaksinya.
“Er,
Mynn, awak nak saya orderkan apa?” Soalan yang keluar dari mulut comel Lia
membuatkan mata Ayu dah macam nak terbeliak. Dari ekor mata, gadis yang
dipanggil Mynn dipandang. ‘Oi, Oi… Kau ni orang gaji minah ni ke? Is she
someone important?’
“Lia,
saya rasa awak patut cuba perbaiki personaliti awak tu. Haih, lupakan saja.
Cuma beli saja sama macam awak!” Mynn dah putus asa dengan tabiat dan perwatakan
Lia yang dirasanya dah sampai tahap 100% annoying!
‘Dah macam kuli budak ni!’ Keluhan panjang dilepaskan tanpa sedar. Lagi lama
dia menghadap Lia, lagi tinggi meter amarahnya. Akhirnya, dia reda dan terima
seadanya gadis bernama Lia.
Ayu yang sedang enak menjamu nasi lemak langsung tak
lepas dari mencuri pandang Mynn disebelahnya sehinggakan dia hampir tercekik
apabila gadis itu memandangnya semula.
“Er… Awak ni…”
HAHAHA!!!
Ayu segera terdiam. Suapannya turut terhenti. “… and
then you tahu, minah tu menangis sampai bengkak mata dia sebab putus dengan
mamat poyo tu! Entah apa- apa kot. Hello, mamat poyo tu langsung tak handsome!
What a bad taste she had.” Komen yang berserta gelak tawa yang agak kuat dari
arah belakang Ayu membuatkan segelintir pelajar terganggu. Masing- masing
dengan raut wajah tersendiri. Jelek, jengkel, menyampah, bengang dan macam-
macam lagi.
“Tapi I rasa memang padanpun dia menangis. Iyalah,
minah tu pun bukannya lawa sangatpun. Patutlah dia rasa mamat poyo tu
handsome!” Salah seorang dari kumpulan tadi menambah membuatkan gelak tawa
mereka makin kuat.
“Hish, kalau dah tahu suara tu macam dah telan
sampai 10 mikrofon, tak payah la sibuk nak jaja cerita kat sini. Tak fasal-
fasal orang lain dapat dosa free.”
Ayu membebel geram. Nasi di depan matanya dikuis- kuis. Hilang sudah seleranya.
Perbuatannya tanpa sedar menarik perhatian Mynn yang sekadar memandang.
“Ah, you all ingat lagi tak junior hari tu? Alah,
budak yang buat si Wani angau tu sampai tak lena tidur malam. I baru jumpa dia
tadi and HE’S TOTALLY HANDSOME!” Ena rancak bercerita. Apabila isu ‘junior’
masuk, perbualan mereka makin hangat sehinggakan ada yang terjerit- jerit macam
‘hardcore fans’.
“By
the way, hari tu I dengar dia reject
Atia masa hari last minggu orientasi.” Nina menambah. Kawan- kawannya terkejut.
Berita ‘hot’. “Wait, you maksudkan Atia yang tu ke? Yang gemuk gedempol and
muka macam katak tu!?” Wawa mencelah. “Yup. I rasa memang patut pun. Iyalah si
Atia pun satu. Lain kali cermin diri dulu sebelum confess. Buat malu saja.” Akhir sekali mereka gelak bersama
walaupun mereka sedar gadis bernama Atia duduk hanya selang beberapa buah meja
saja. Itu sebabnya mereka sengaja menguatkan suara.
“Sekurang- kurangnya senior Atia tu berani mencuba.
Tak perlulah sampai nak cermin diri. Lainlah kalau cermin tu boleh ukur tahap
kecantikan sebenar seseorang. Buat apa luar saja cantik tapi dalam macam
sampah! Apa orang kata, biar buruk luaran tapi cantik dalaman? Biar diri tu tak
cantik asal personaliti tu cantik. Sejuk sikit mata yang melihat dan mulut tu
tak sibuk jaja cerita orang. Buka aib orang. Betul tak, Siti Rohayu Maisarah?”
Ayu
tersentak apabila namanya disebut. Mulutnya yang tadi membebel terhenti serta
merta. Suara Mynn walaupun kedengaran bersahaja namun masih cukup untuk sampai
ke telinga Atia, apatah lagi kumpulan senior yang duduk di belakang mereka.
Nina yang terasa dengan kata- kata Mynn mula panas.
Matanya meliar memandang sekeliling, mencari pemilik suara yang menegur.
Senyuman sinis terukir. “Oh, I ingat siapalah tadi. Rupa- rupanya your Highness. Tak sangka mulut tuan
puteri ni tak ada insurans. Ah, tuan puteri tak rasa ke yang tuan puteri dah
salah tempat? Tempat ni tak sesuai dengan kerabat di raja.” Nina menyindir
panjang. Kawan- kawannya yang lain sekadar gelak mendengar sindiran Nina. Dia
yang dah tersenyum kemenangan terus terkaku apabila matanya dan Mynn
bertembung.
“Hurm,
jadi senior mesti kenal sesiapa yang jual insurans mulut kan? Iyalah, gaya
macam mulut senior ni dah ada insurans. Boleh jaja cerita dan aib orang sana
sini.” Mynn terus membalas seolah- olah kata- katanya tak mengandungi apa- apa
makna. Komen Nina langsung tak dipeduli.
“Hei,
you tak rasa ke you ni dah dikira kurang sopan? Langsung tak hormat senior.”
Kali ini Ena mencelah. Dia cukup menyampah melihat wajah tenang Mynn.
“Kurang sopan? Sejujurnya saya rasa kata- kata
senior ni banyak pro dan cons. Saya cuma cakap apa yang betul dan jawab apa
yang perlu. Apa- apapun, saya tak faham kenapa senior nak panggil saya ‘your Highness’. Maksud saya, gelaran tu
cuma untuk minggu orientasi saja. Oh, jangan kata senior jealous? Iyalah, kalau saya tak silap ‘junior’ yang senior sibuk
kata handsome tu prince of junior
kan? Jap, siapa nama dia? Akmal? Ikmal?… Amal? Dia prince charming senior kan?
Not that I care. Plus, saya tak rasa kata- kata saya sampai ke tahap kurang
sopan. Sebab saya hormat senior, saya menegur. Sebab saya kasihan, saya
membalas. Saya tak sampai hati tengok junior- junior mengumpat atau menghina
senior sebab senior senang- senang buka aib dan cemuh kawan sendiri. Saya tak
sanggup tengok senior jadi orang dewasa yang dipandang serong oleh masyarakat.
Jadi, kalau betul perbuatan saya dikira kurang sopan, dan biarkan senior terus
jaja cerita orang dikira perkara betul, saya minta maaf sebab mungkin saya
belum faham erti kehidupan sebenar. Tapi, saya minta ehsan senior supaya bawa
cerita senior tu tempat lain. Sekurang- kurangnya bukan di kawasan terbuka di
mana semua orang boleh dengar dengan rela atau tak. Tengok kawan saya ni, sebab
senior, hilang selera makan dia. Boleh senior?”
Mereka terdiam. Kata- kata Mynn membuatkan mereka
mati kutu. Langsung tak ada apa yang boleh mereka balas kerana apa yang gadis
itu kata semuanya benar. Ena naik berang apabila dia tak dapat membalas apa-
apa. Dirasanya kata- kata Mynn penuh dengan sindirin daripada nasihat. Dia dan
kawan- kawannya dah merah menahan malu.
“You,
bitch!”
Baju
Mynn direntap kasar membuatkan dia yang sedang duduk terbangun sedikit. Suasana
tegang itu menarik perhatian ramai. Tanpa menunggu masa, Ena mencapai gelas
yang berisi air milo ais lalu…
SPLASH!
Assalamualaikum....yeah dah ada new entry.....menarik tak sabar nak tunggu next entry.....jln cerita yg sempoi dan menarik untuk terus dibaca....apa yg jadi pd Mynn ya....
ReplyDelete