Hi, selepas berfikir lama, saya ambil keputusan untuk buat 'Falling In Love with the QUEEN!' sebagai novel. Harap ada yang sudi baca... ^^.
Fiqrie menyanyi kecil sambil tangannya tak henti mengacau air di dalam mug. Sekali sekala dia menjeling ke bahagian ruang tamu, memandang housematenya, Q yang sedang mengelamun di hadapan televisyen dan Hazim yang asyik menghadap komputer riba menyiapkan assignment. Selesai, dia berjalan ke arah mereka bersama dulang yang terisi 3 mug.
Fiqrie menyanyi kecil sambil tangannya tak henti mengacau air di dalam mug. Sekali sekala dia menjeling ke bahagian ruang tamu, memandang housematenya, Q yang sedang mengelamun di hadapan televisyen dan Hazim yang asyik menghadap komputer riba menyiapkan assignment. Selesai, dia berjalan ke arah mereka bersama dulang yang terisi 3 mug.
“Okay, for my dear friends!” Mug dihulurkan buat
Hazim yang segera menyambut. Sempat juga mereka berkomunikasi melalui anak
mata. Hazim mencuri pandang Q yang tak jauh darinya sebelum memandang semula
Fiqrie sambil menjungkit bahu. “Thanks.”
Dia merenung temannya sejenak sebelum membuka mulut.
“Dah sampai mana?” Q terus tersentak mendengar soalan yang tertuju ke arahnya.
Cepat- cepat dia menoleh memandang Fiqrie yang sedang menghulur mug. Serta-
merta dia tersengih menahan malu sebelum menyambut mug di tangan. “Huh, tak
sampai ke mana pun.” Q terus menghirup hot chocolate. Langsung tak berani
bermain mata dengan temannya itu.
“Nak sampai macam mana kalau tak gerak-gerak dari
tadi.” Hazim mengusik tiba- tiba membuatkan Q menjeling tajam. Fiqrie yang
berdiri akhirnya terus mengambil tempat di sebelah Q sambil menepuk lembut
belakang temannya itu. “Aku tengok kau ni lepas hantar si Nana tu, asyik
termenung je. Tak pun menghadap ke handphone tu hah! Kau ada apa- apa masalah
ke?” Q sekadar terdiam. “Hish, kau ni, dia tengah rindu awek tu. Awat lah kau
yang dah ada girlfriend pun boleh tak pick up?” Hazim terus mencelah membuatkan
Fiqrie menjeling tajam sebelum pandangannya jatuh pada Q semula. Wajah temannya
itu dipandang sejenak. Bukan dia baru kenal Q. Lebih dari 5 tahun. Boleh kata
dia kenal luar dalam jejaka itu. Playboy, sampaikan perempuan tu macam aksesori
saja. Bukannya Q tak pernah couple malah susah nak jumpa dia single. Mesti ada
perempuan berkepit. Sebab itu jawapan dari Hazim yang biasanya logik dirasanya
tidak!
“Betul ke apa yang si Hazim cakap? Kau couple dengan
siapa? Nana?” Hazim sekadar memandang. Dia dah rasa si Fiqrie tu macam ayah Q
pun ada juga. Tumpuannya turut jatuh ke arah Q, menunggu jawapan.
Q sekadar mengeluh panjang sebelum menggeleng. “Kau
tahu, masa aku hantar si Nana…” Dengan berat hati, Q berkongsi masalahnya. Dia
bercerita dari A-Z tentang kejadian di rumah Nana. Fiqrie dan Hazim yang
mendengar terus berubah reaksi kepada terkejut. “Wait! Kau pakai ayat tu tegur
dia? Kau sure kau bukan budak sekolah?” Q menekup wajahnya menyesal sebelum
mengangguk. “Dan dengan selamba kau tanya fasal status dia dan taste dia?”
“Plus, kau tebal muka minta nombor dia?” “SERIOUSLY???” Hazim dan Fiqrie
menyoal bertubi- tubi cuba meminta kepastian, berharap mereka sekadar tersalah
dengar namun Q sekadar mengangguk membuatkan mereka akhirnya mengeluh dan
menggeleng.
Fiqrie betul- betul tak percaya dengan apa yang
didengarnya namun dia terpaksa terima. Wajah Q dipandang. “Gosh, aku tak sangka
kau… Ah, so uncool! Anyway, back to the main topic, kau dah ada nombor dia,
jadi apa masalahnya?” Q terus mendongak. Wajahnya kini jelas terpamer tahap
tension yang dialaminya. “That’s lie the problem. Dah puas aku call, mesej,
whatsapp… Kau tahu, dalam 10 aku hantar, 1 saja dia balas. Itu pun tak lebih
dari 10 patah perkataan. Just why? Aku nak kenal saja kot.” Q merintih lemah.
Sedih.
Hazim yang tadi diam tiba- tiba menjawab. “Maybe dia
fikir kau ni annoying? Or super annoying? The worst, she hates you?” Q terus
muram. Jawapan dari Hazim sama seperti yang difikirnya namun dia cuba berfikir
positif. “Tapi aku nak kenal dia.” Q merintih membuatkan Hazim terpana sebelum
bersuara semula.
“Q, ini mungkin cuma imaginasi atau instinct aku
saja tapi dari gaya kau yang dah macam orang putus harapan, aku rasa kau ni
betul- betul dah jatuh cinta dengan sepupu Nana tu. Hardcore one! It isn’t,
right?” Q yang mendengar terpana. Fiqrie sekadar berdiam diri. Dari tingkah
laku Q yang dah macam luar tabiat, kata- kata Hazim memang betul dan paling
teruk, tuan punya diri langsung tak sedar!
Minda Q berfungsi pantas. Dia, playboy, dah jatuh
cinta? Malah first love? And love at first sight? Dia cuba menolak fakta. “Ah…
Aku tak…”
Lagu ‘See You Again’ nyanyian Charlie Puth yang
kedengaran dari Iphone 6s milik Q membuatkan dia memberhenti kata- katanya.
Nana di hujung talian membuatkan dia moody.
“Kau nak apa Nana?”
“Amboi, kau ni awat moody semacam ni? Anyway, you
guys free tak weekends hujung bulan nanti?”
“Ini baru awal bulan, Nana. Tak tahu lagi. Kenapa?”
“… Well, nak join camping kat air terjun area sini
tak?”
“…”
“Q?”
“Nana, setahu aku kau ni bukan jenis outdoor. Baik
kau terus terang dengan aku, apa kau nak?”
“Aku serius ni, ajak korang camping. So, no?”
“No!”
“Hurm, okaylah. Try tanya Fiqrie dan Hazim. Kata kat
Fiqrie, Wani pun pergi. Aku malas nak ajak orang lain. Leceh pula sebab
diaorang tak kenal R.”
“Wait, R?”
“Aa’ah, R. Oh, lupa pula. Weekend hujung bulan ni, R
nak pergi camping kat air terjun area sini dengan housemate dan buah hati dia.
R suruh aku join dan ajak sesiapa saja. Kenapa?”
“Aku join. Hazim dan Fiqrie pun. Itu saja kan? Bye!”
“Ah, urm… Okay, bye!”
Q tersenyum girang sebelum senyumannya mati sebaik
saja melihat Hazim dan Fiqrie memandangnya. “Hazim, dah sah- sah kawan kita ni
betul- betul sangkut dengan sepupu Nana tu sampai kita pun dijualnya.”
No comments:
Post a Comment