Hai ^o^
“Hoi,
pergi basuh baju ni!” Beberapa helai pakaian kotor dicampak ke atas katilnya.
Ara yang sedang khusyuk membaca majalah hiburan sambil mengunyah makanan ringan
menjeling tajam ke arah empunya diri yang berani mengganggunya. Jue, pelajar tingkatan
lima sekadar tersenyum sinis. Langsung dia tak sedar segala tingkah lakunya
menjadi perhatian ramai. Majalah hiburan itu akhirnya ditutup lalu diletak tepi
sebelum pakaian kotor dikutip. Senyuman Jue makin mekar menunjukkan betapa puas
kerana dapat menggunakan kuasanya. Ara yang mula bergerak diperhati.
Azreen bergegas menghampiri bilik μ
yang riuh- rendah bersama Tikah. Mereka saling berpandangan apabila melihat Jue
yang sedang dipegang Syikin dan Tina menjerit seperti dirasuk. Lia yang kebetulan
melintas turut ambil kesempatan untuk memasang telinga.
“Aku suruh kau basuh, BODOH!
Bukannya buang!” Jue menjerit lantang. Merah padam wajahnya menahan marah
apabila melhat Ara tanpa banyak soal mencampak pakaiannya ke dalam tong sampah.
Ara sekadar berdiam diri namun dari riak wajahnya jelas kelihatan betapa dia
memandang rendah seniornya itu. “You SURUH I basuh baju buruk dan kotor you tu?
Now tell me, who are you to tell me what to do? Huh, dah lah low class, tak
mampu ada maid, perasan nak jadi tuan puteri, what a joke!”
Lia
terpana mendengar kata- kata Ara. Walaupun kedengaran seperti memperlekeh orang
lain, tapi apabila memikirkan status Ara yang dari keluarga berada, ada benar
kata- katanya. Senior yang lain sekadar tertawa kecil. Ada juga yang berbisik.
‘Dah tahu nak buli, kenapalah kurang cerdik sangat pergi suruh budak kaya?’
“Jue, ikut saya dan Azreen!” Arahan
dari Tikah membuatkan mereka yang ada terus menoleh ke arah dua gadis itu.
Syikin dan Tina serta merta melepaskan Jue yang dah terkaku. Tak sangka tingkah
lakunya diperhati ketua aspuri dan juga penolong ketua pelajar. Rata- rata
pelajar mula berbisik sesama mereka, memikirkan apa hukuman yang akan diterima
Jue. Perbuatan buli dikira perbuatan yang boleh mendapat hukuman berat.
Kejadian
itu membuka mata Lia.
“Aku
dengar, classmate kau si Ara tu kena buli minggu lepas.” Emy memulakan
perbualan ketika mereka tengah sibuk membuat study group. Sasarannya, mestilah
Is, classmate Ara. Dah macam group perempuan pun ada, suka sangat bergosip. “Aku
tak tahu. Tapi kalau Ara yang kau maksudkan tu Puteri Nur Zaharah, anak dato’
tu, aku rasa mustahil. Tengok sajalah perangai dia, dah mengalahkan tuan
puteri!” Is menjawab. Pen di tangan diletak. Hilang konsentrasinya.
“Well, tengok sajalah nama dia.
PUTERI! Padanlah perangai pun macam tu.” Nik mencelah. Cuba bercanda. “By the
way, mana kau tahu?” Is menyoal. Emy dah tertawa kecil mendengar kata- kata Is.
Tadi macam tak berminat sekarang sibuk menanya? Bukan dia tak tahu si Is tu
walaupun nampak macam anti Ara tapi dalam hati entah- entah ada simpan
perasaan. Iyalah, hari- hari ada saja yang nak dirungutnya tentang Ara.
“Nik
yang cerita semalam.” Emy sekadar menjuihkan bibirnya ke arah Nik membuatkan Is
menggeleng. “Kau dan Nik memang tak ada kerja lain yerk? Tak gosip, busy body
hal orang lain.”
Nik
yang mendengar kritikan Is terus memandang sebelum mengeluh. “Fasal tu, aku tak
ada apa nak komen. Tapi, kali ni aku tahu pun tanpa rela. Kelmarin, lepas saja
habis kelas sejarah, Lia terus bercerita. Tak ada warning, tak ada apa. Beria-
ia pula tu. Naik meremang juga bulu roma ni hah!” Mendengar kata- kata terakhir
dari Nik membuatkan Is dan Emy berpandangan?
“Kenapa pula?” Emy menyoal. “Kalau
aku baru kenal si Lia tu sehari dua, lain cerita. Tapi, aku kenal dia dari
mula- mula masuk kot. Budaknya, pendiam. Bila ditanya baru di jawab. Kalau
duduk seorang diri pun selalu monyok saja.” Emy dan Is membuat huruf ‘o’ sambil
mengangguk.
Suasana antara mereka kembali sepi apabila
tiada topik untuk berkongsi sebelum Is membuka mulut. “Kalau Ara punya respond
macam tu apabila dia kena buli, macam mana dengan si Mynn tu yerk?”
Nik
menggeleng. “Hari tu aku ada tanya dia. Hisy, kau bayangkan, dia langsung tak
kisah! Like she lives in her own world.” Emy dan Is membuat beberapa reaksi
apabila mendengar cerita Nik. “Too deep! Tapi aku berani cakap, tak ada yang
berani buli dia. I mean if and only if you still want to stay good and clever.
Well, she’s the witch, no wonder!” Emy komen. Nik mengangguk setuju. Dia
sendiri tak dapat bayangkan kalau mereka yang cuba membuli Mynn selamat. Memang
mustahil!
BAM!!!
Mereka
tersentak. Hampir saja tahap melatah tapi masih mampu cover macho. Empunya tuan
yang menghempas buku terus dipandang. Serta merta mereka kaku. The wrath of the
ice prince!
“Aku tak kisah kalau korang nak jaja
gosip atau apa tapi tolong, tolong dan TOLONG jangan tarik aku sekali! Aku
datang duduk dengan korang ni pun hanya satu sebab je. Kalau tak korang sibuk
merayu macam nyawa di hujung tanduk minta tolong ajar dan ulang kaji, jangan
harap aku ada kat sini! Jadi, ingat ni, Is, Nik dan Emy, lain kali korang
bazirkan masa aku lagi, menangis air mata darah sekalipun jangan harap aku
tolong!”
Emy,
Is dan Nik mengangguk serentak mendengar ugutan dari Amal. Jejaka yang mendapat
gelaran ice prince terus bangun lantas meninggalkan mereka tanpa menoleh.
Selang beberapa saat, barulah cepat- cepat mereka berkemas dan mengejar
memandangkan Amal tok guru mereka dan masih ada lagi soalan yang belum
berjawab. Masing- masing tanpa sedar menyalahkan sesama mereka.
Nina
dan Ena tersenyum mekar apabila melihat notis yang ada di atas meja guru
disiplin mereka tanpa sengaja. Masing- masing seolah- olah dapat baca minda
sesama mereka. Ya hari pembalasan buat junior ‘kesayangan’ mereka sudah tiba.
Mereka memulakan plan.
Azreen
mula suram. Hatinya langsung tak keruan. Notis yang diterimanya pagi tadi
menjadi punca. Seminggu dia harus berjauhan dari sekolah dan asrama! Kem
motivasi! Tanpa sedar, hatinya mula tak enak apabila memikirkan kemungkinan
yang bakal berlaku ketika ketiadaannya. Kenapalah cikgu sibuk nak buat kem masa
macam ni? Tak boleh tunggu pengawas baru masuk ke? Tanpa sedar, kertas di
tangannya renyuk.
Suasana
yang tadinya hingar bingar seperti di pasar malam mulai sepi sebaik saja jam
mencecah angka 12. Lampu yang tadinya terpasang, kini tertutup membuatkan
sekeliling bertukar gelap gelita.
TAP!
TAP!
Bunyi
derapan tapak kasut kedengarann menghampiri ditemani denga cahaya kecil. Satu
per satu anak tangga di naiki. Tiba- tiba….
“Argghhhhhhhhhhhhh!!!!!!!!!!!!!!”
Smbung cept skit ye
ReplyDeleteSmbung cept skit ye
ReplyDeleteSmbung lagi plzzzzz....
ReplyDelete