hi... Maaf la lama tak update... Sibuk dengan kerja yang tertunggak dan juga masalah lappy... T_T
Sampai sekarang lappy tak okay... nampak gaya macam nak kena beli baru...
haih... bilalah agaknya ya?
okay, kembali kepada cerita~
Azreen menggeliat malas sebelum memandang kosong
katil di sebelahnya. Mindanya masih lagi belum beroperasi sepenuhnya.
Fikirannya asyik memikirkan tentang kem yang bakal diduduki bermula esok. Tanpa
sedar, keluhan penjang dilepaskan.
“Mynn,
akak rasa … Mynn???!” Azreen terkaku apabila menyedari katil di sebelahnya
kosong tanpa penghuni. Setahu dia, hari cuti macam ni biasanya liat untuk Mynn
bangun awal selepas subuh. Jadi ke mana hilangnya dia?
Azhar mendengus kasar. Jarinya tak henti- henti mengetuk
meja di hadapannya. Wajah pelajar perempuan di hadapannya di tenung tajam.
Soalannya masih lagi tergantung tanpa jawapan. Tahap kesabarannya makin menipis
lebih- lebih lagi apabila gadis yang berusia 16 tahun itu langsung tak
mengendahkannya. Akhirnya matanya dikalih dan tertumpu pada Maryam yang duduk
tak jauh daripada mereka. Perhatiannya mula beralih kepada tangan kanan Maryam
yang dah berbalut rapi sebelum kembali kepada gadis muda itu.
“Saya
tanya awak sekali lagi, Syahminn! Apa yang awak buat semalam sampai cikgu
Maryam boleh cedera macam ni?” Nadanya dikeraskan, cuba untuk menakutkan
pelajar di hadapannya namun ternyata sia- sia apabila gadis itu sekadar menguap
kecil menandakan dia masih lagi mengantuk.
BAM!!!
“NUR SYAHMINN HUMAIRA! Awak sedar tak dengan siapa
awak berhadapan?” Azhar menengking sambil menghentak kuat meja di hadapannya
membuatkan Maryam sedikit tersentak. Mynn yang pada mulanya tak ambil perhatian
mula menjeling tajam warden aspura yang berusia 29 tahun itu membuatkan jejaka
itu terkaku.
“Dan
boleh saya tahu atas sebab apa saya dilayan macam pesalah? Saya tak rasa cikgu
Maryam ada kata apa- apa.” Mynn menjawab ringkas namun nadanya kedengaran
keras. Tak puas hati kerana dipanggil awal- awal pagi.
“SYAHMmm…”
“Azhar, sudahlah! Awak nak saya ulang berapa kali
baru awak boleh terima yang saya cedera atas kecuaian sendiri dan Mynn
membantu? Ah, Mynn, awak boleh pergi. Sekali lagi, saya ucapkan terima kasih
atas bantuan awak dan juga mohon maaf bagi pihak cikgu Azhar.”
Mynn sekadar mengangguk sebelum melangkah pergi.
Kini, bilik itu hanya di diami mereka berdua. Melihat saja bayang Mynn
menghilang, Maryam melepaskan keluhan panjang sebelum memandang lembut ke arah
suaminya itu.
“Azhar,
saya tak tahu apa yang buat awak benci sangat pada Mynn dan saya tak nak ambil
tahu tapi satu saja saya minta dan rayu. Tolong, tolong dan tolong, jangan
kerana rasa benci yang mungkin tak sepatutnya wujud, awak sanggup gadaikan
maruah awak. Maruah sebagai seorang guru dan juga sebagai orang Islam.”
Azhar tergamam sebaik saja mendengar kata- kata
Maryam. Wajah isterinya dipandang lama. Air mata mengalir membuatkan dia rasa
serba salah. Hatinya mula resah. Mindanya mula menyoal. Apa yang buatkan dia
benci gadis bernama Syahminn itu? Tanpa dipinta, mindanya terus memberi
jawapan. The Witch! Khabar angin tentang gadis itu tersebar meluas sehinggakan
pihak atasan turut tahu. Namun, kenapa dia percaya tentang khabar angin itu
sedangkan Hj Talib, pengetua sekolah dengan mudah sekadar tertawa. Kenapa dan
kenapa? Reputasi. Ya, kerana gadis itu langsung tak kisah apa mereka gelar dia
malah dia hanya meneruskan gaya hidupnya. Ya, kerana gaya hidupnya dan juga
personalitinya yang membuatkan dia percaya gadis itu benar- benar The Witch!
“Azhar?” Panggilan dari Maryam mengejutkan Azhar
dari lamunannya. Malu mula datang. Ah, andai dapat dia undur masa…
“Maryam,
Azhar minta maaf atas ketidakmatangan Azhar sehinggakan memalukan Maryam. Haih,
Azhar pun tak tahulah. Rasa macam diri ni dirasuk apabila mendengar nama Syahminn.
Mungkin Azhar masih tak matang. Maafkan Azhar, ya?” Maryam sekadar terseyum
lembut sebelum mengangguk dan memeluk suaminya. Setiap manusia ada kelemahan.
Ya, setiap manusia!
“Whoa, is there anyone? Ah, cikgu Maryam, are you
okay?” Dia sekadar merona kemerahan. Nasib baik kegelapan malam menyembunyikan
warna wajahnya saat itu lebih- lebih lagi di hadapan gadis itu. Dia memperkuat
genggaman tangan kirinya berpaut di tangan kanan gadis itu. Nasibnya baik gara-
gara ketangkasan gadis itu memaut pinggang dan tangannya, dia tak jatuh
tersembam. Nyaris- nyaris. Hanya tangan kanannya saja yang mencecah lantai yang
berair itu. Kalau tak, memang sengallah punggung tu, hah!
“Ah,
terima kasih, Mynn. Saya tak apa- apa. Aduh!” Maryam akhirnya melepaskan
genggamannya dari tangan Mynn selepas dia sudah cukup tenang namun mengerang
kesakitan apabila dia cuba menggerakkan tangan kanannya. Dia mati kata. Air
mata mula mengalir secara tiba- tiba.
“Hurm,
tangan kanan cikgu nampak gaya macam terseliuh. Mungkin sebab tak mampu tampung
daya dan berat cikgu masa cikgu nak jatuh tadi. Tunggu sekejap.” Belum sempat
dia menghalang, Mynn dahpun hilang dalam kegelapan.
Maryam tersentak apabila tangannya tiba- tiba
disentuh. Hampir saja dia menjerit sebelum Mynn menutup mulutnya. Tanpa kata,
Mynn terus menyentuh tangan kanan Maryam sebelum memicit dan mengurut lembut di
bahagian bengkak membuatkan cikgu muda itu menjerit kecil.
“Hisy,
cuba tahan sikit. Bukannya sakit sangatpun. Macam budak kecik!” Mynn membebel.
Maryam sekadar terdiam walaupun dalam hati nak saja dia menengking gadis itu.
Tak sakit sangat? Memanglah, sebab bukan dia yang rasa!
“Okay, done. Cuba cikgu bangun. Tengok mana lagi
yang sakit atau terseliuh.” Mynn mengarah. Maryam sekadar mengikut. Tanpa
sedar, tangan kanannya dahpun berbalut rapi. Dalam gelap, Maryam nampak gadis
muda itu mengangguk apabila melihat dia tiada masalah lain.
“Cikgu naik tadi tak bawa lampu suluh ke?” Mynn
menyoal apabila sedar mereka masih dalam kegelapan. “Mungkin terjatuh mana-
mana.” Selang beberapa minit, Maryam mengeluh lega apabila cahaya mula terpacar
dari arah Mynn sebelum terarah kepada lantai tempat dia hampir jatuh.
“Ini
mesti ada yang bawa masuk pakaian basah ke dalam bilik!” Maryam merungut geram
apabila menyedari ada kesan basah di lantai. Bukan mereka tak tahu yang pakaian
basah tak dibenarkan masuk ke dalam bilik. Tak fasal- fasal dia yang mendapat
nasib malang!
Baru saja dia nak melangkah ke arah bilik pelajar,
Mynn menghalang dengan memegang lengan kiri Maryam. Dia berhenti serta merta.
“Biarlah cikgu. Dah lewat ni, saya pun nak masuk tidur dah. Mari saya hantar
cikgu. Nanti jatuh lagi, tak fasal- fasal terus ke hospital.” Maryam tergamam
dan tanpa banyak soal, dia menurut. Sedar- tak sedar, dia dahpun sampai di
hadapan biliknya, bilik warden. Apabila Mynn mula melangkah pergi, barulah dia
tersedar. Cepat- cepat pelajar itu dikejar. “Mynn, terima kasih ye dan minta maaf
sebab dah susahkan awak.” Maryam cuba lawan dari wajahnya merona kemerahan
menahan malu. Wajah tenang Mynn dipandang tepat.
“Hn. Kebetulan saya lalu jadi no hal. Anyway,saya
nasihatkan cikgu buat medical check- up.” Mynn membalas sambil menunding ke arah
tangan kanan Maryam yang berbalut. Dia yang mendengar peingatan dari Mynn
tertawa kecil. “You really treat me like a child, huh, Mynn? Cikgu tahu, esok
cikgu pergi.”
“Hn,
whatever! Lain kali tolong berhati- hati. Saya nak nasihatkan juga, dari cikgu
buang masa meronda satu aspuri tengah- tengh malam macam ni, lebih baik cikgu
duduk dalam bilik cikgu saja. Tak pun tengok saja dari bawah atau suruh biro
asrama dan pengawas yang buat. Saya tengok mereka pun bukan buat apapun. Budak-
budak kat sini pun dah besar panjang. Biarlah mereka nak buat apapun, mereka
yang kena tanggung akibatnya. Lagi- lagi dengan sikap cikgu yang penakut macam
budak kecik ni, menggelabah cepat dan kuat melatah, apa- apa jadi menyusahkan
orang lagi adalah. Tambah lagi nak kena soal jawab dengan cikgu Azhar tu, hah!
Dahlah, selamat malam. Assalamualaikum.”
Maryam sekadar tersenyum walaupun mendapat bebelan
panjang dari Mynn, pelajarnya sendiri. Matanya masih lagi mengikut susuk Mynn
yang mula hilang dalam kegelapan. Apabila yakin gadis itu hilang dari
pandangan, dia memegang tangan kanannya yang berbalut. “She’s just 16 yet ...”
Assalamualaikum....thanks...jln cerita yg menarik dan tak sabar tunggu kesinambungan cerita ni...
ReplyDelete