Heyya!!! +o+
Novel Dear My Witch tergendala sebentar atas alasan tertentu dan saya berjanji akan cuba post lebih dari satu awal bulan November nanti.
Apa- apapun, bagi yang sudi, silalah baca karya ni... Saya tak pasti sama ada nak buat Mini Novel atau Novel.
Jemput nya~
Falling in love with the QUEEN! 01
Bagi aku, perempuan ni kompleks. Masa baru kenal,
malu- malu, sweet saja tapi bila dah start couple, habis hilang malu dia. Perangai
pu boleh berubhsampai 360o. Okay, bukan semua tapi setakat yang aku
kenal, hampir 90%. Jadi, dari sudut pandangan mata aku, ragm perempuan ni,
boleh kata macam … Hurm… perasan diri tu princess? Yup, always act like a spoil
princess. Selalu nak itu, nak ini… Kalau pakai duit sendiri, aku pun tak kisah
kau nak berlagak princess ke, apa tapi tak. Semua nak orang belikan. Masa baru
kenal, kata tak suka susahkan orang. Serius, yang mana satu ni? Possessive. Clingy.
Extreme level of jealousy. Etc. Sampai kadang kala aku terfikir juga, apa
agaknya yang buat aku suka mereka masa mula- mula kenal ya? Mungkin perangai
mereka masa mula- mula kenal agaknya.
Okay, itu dulu. Sebelum aku kenal DIA. Serius,
dengan title playboy and Casanova, hampir semua perempuan aku tackle berjaya. Dengan
DIA, semua taktik aku fail malah sampai aku dilabel M aka MASOCHIST. Ini kisah
aku apabila aku mula kenal gadis yang digelar THE QUEEN!
“Mak Teh, kak Nana dah sampai!” Teriakan dari Sarah
membuatkan bahagian dalam rumah menjadi riuh rendah. Bunyi derapan kaki dari
arah dapur kedengaran semakin hampir. Mata semua yang berada di bahagian
hadapan rumah hanya tertumpu ke arah Honda Accord yang baru saja berhenti di hadapan
rumah.
“Assalamualaikum. Ma, Nana minta maaf sebab sampai
lewat. Tiket balik habis. Inipun minta kawan tolong hantarkan.” Nana terus
bersuara sambil tangan Nora dikucup. Perhatiannya beralih ke arah bahagian
pemandu kereta membuatkan yang lain turut sama memandang.
“Assalamualaikum, semua. Maaflah ganggu. Nana, kalau
tak ada apa- apa, aku nak gerak ni.” Suara garau milik jejaka yang boleh
dikategorikan handsome menjadi tarikan. Kawan?
“Amboi, Nana, baru setahun belajar dah bawa balik
buah hati nampak.” Usikan dari Yusof, bapa saudara Nana yang tua setahun
membuatkan dia merah menahan malu. Memang sia ada hati dengan jejaka itu. Nora yang
berdiri disebelah anaknya langsung tak berhenti daripada memandang kawan
anaknya. Hatinya dah berkenan. Semua pakej nampak lengkap! Handsome, bergaya,
kaya dan ada pendidikan. Memang untung kalau dapat buat menantu!
“Nak, buat apa cepat- cepat nak gerak, jemputlah
masuk dulu.”
Q serba salah. Hatinya tak keruan. Rasa menyesal pun
ada sebenarnya. Macam mana pula dari niat nak hantar si Nana boleh bawa dia ke
situasi sekarang? Tak sangka pula rumah kawannya itu ada kenduri. Paling tak
tahan, boleh pula saudara si Nana kata dia dan Nana tu couple?
Keluahan berat dilepaskan sambil pandangannya
beralih kepada pinggan kosong di tangan.
“Q, you layan diri ya. I nak kena masuk dalam jumpa
saudara I yang lain. Nanti dah settle, I cari you.” Keluhan panjang dilepaskan
sekali lagi apabila dia mengimbas semula perbualannya dengan Nana. Akhirnya,
setelah reda dengan nasibnya, Q mula melangkah ke arah meja yang menghidangkan
juadah. Mee goring diceduk sebelum matanya meliar memandang sekeliling mencari
tempat kosong. Apa yang penting, jauh dari kumpulan saudara mara Nana yang
dirasanya terlebih peramah dan busy body.
“Urm, boleh saya duduk sebelah? Q terus menyoal
gadis yang sedang duduk di atas sof panjang seorang diri di satu sudut. Walaupun
tak mendapat jawapan, dari tindakan gadis itu yang terus mengesot sedikit ke
tepi membuatkan dia terus melabuhkan punggung. Matanya sempat menjeling. Huh,
sombong! Like hell will be fool by that!
Suasana antara mereka sepi tanpa sebarang kata
membuatkan Q makin bertambah tak selesa. Selera makannya pun hampir hilang. Kadang
kala sempat dia mencuri pandang gadis di sebelahnya. Cuba membaca reaksi wajah.
“Urm, awak, saya Muhammad Que Ryzal, kawan sekelas
Nana. Boleh saya tahu nama awak?” Dia rasa macam nak hentak saja kepala kat
dinding. Que, si playboy perkenal diri macam budak sekolah rendah? Hell, what
the worst and lamest pick up line ever!
No comments:
Post a Comment