“Pardon?”
Suasana sekeliling serta merta bertukar sepi. Mynn yang
hanya bersuara sepatah perkataan saja menjadi tumpuan membuatkan Ena dan Nina
bertambah berang. Lebih- lebih lagi dengan gaya Mynn yang langsung tak
mengendahkan mereka apatah lagi mengambil serius.
“Nina
suruh kau siapkan semua ni! Kau pekak ke apa hah?” Ena menempelak tiba- tiba. Mynn
yang tadinya bersandar mengeluh sebelum mendekati timbunan barang. Ena dan Nina
yang melihat Mynn yang dahpun membongkok membelek timbunan barang mula
tersenyum kemenangan. Ara yang tadinya berdiri berhampiran Ayu dan Lia mula
melangkah jauh. Rasa bosan mula tersemat. Kecewa juga menerpa apabila melihat
respon yang dirasanya langsung tak menarik daripada Mynn. Lain pula dengan Ayu
dan Lia. Masing- masing berbelah bagi. Nak menolong tapi tak ada keberanian. Akhirnya
mereka sekadar berdiri kaku.
Mynn yang sedang sibuk membelek sambil terangguk-
angguk menjadi perhatian. Beberapa barang di asingkan. Selang beberapa minit,
dia bangun semula. Pandangannya tepat ke arah Nina dan Ena.
“Hn,
saya dah asingkan semua barang. Boleh saya pergi?” Nina dan Ena ternganga. Mynn
yang masih berdiri di hadapan mereka dipandang tajam sebelum mata mereka
memandang timbunan barang yang dah di asing rapi.
“Aku suruh kau BASUH, JEMUR, LIPAT dan GOSOK lah,
bodoh!!! Buku tu aku suruh kau siapkan!” Nina menjerit nyaring membuatkan Mynn
yang berdiri hampir dengannya terpaksa menutup telinganya.
Mereka terpinga dengan aksi Mynn yang secara tiba-
tiba menadah tangan kanannya seolah- olah meminta sesuatu. Namun, dengan pantas
Ena menepis kasar membuatkan Mynn mengeluh. Moodnya juga bertambah buruk namun
dia cuba bersabar. Keywood ‘cuba’. Dia menarik nafas dalam- dalam sebelum cuba
berkomunikasi secara baik. Sekali lagi, keyword ‘cuba’.
“Saya
rasa dari awal lagi saya kata yang saya ni amat sibuk. Dan saya tak kisah kalau
senior nak minta saya tolong buat apapun. Membasuh ke apa. Tapi, tolong, tolong
dan tolong ingat dan faham yang saya tak pernah buat sesuatu tanpa balasan
melainkan saya yang hulurkan tangan! Jadi, kalau betul senior nak saya habiskan
masa buat semua kerja senior ni, hurm, mungkin RM50? Kalau tak mampu, tolong
buat sendiri! Memalukan!”
Mereka tergamam mendengar kata- kata Mynn sebelum
suasana bertukar bingit. Ena dan Nina semakin panas. “Berani kau minta duit
dengan kami?” Ena mengugut sambil menengking membuatkan Mynn tertawa sinis
seolah- olah mencemuh.
“Kalau
senior berani menyuruh kenapa pula saya tak berani meminta? Lagipun, come
onlah, senior ingat kita hidup dalam zaman apa? Zaman batu? Wake up lah my dear
sisters! The world we live right now is revolved with money. Even this kind of
job can be money- maker. Kalau tak, tak adanya cleaner atau ghost writer. Jadi,
saya ingatkan sekali lagi, kalau rasa tak mampu nak bayar orang buat kerja tu,
jangan suruh orang dan buat sendiri. Take care by yourselves. Dan, seingat
saya, mak ayah saya hantar saya kat sini untuk belajar, bukannya jadi maid atau
cleaner untuk senior semua. Sendiri buat, sendiri punya kan, jadi sendiri
tanggung! Nanti jangan sampai dah kawin pun sampai nak kena upah orang buat
semua kerja. Entah- entah silap hari bulan, kerja ke mana, laki pun ke mana!”
Mynn terus melangkah meninggalkan bilik σ sebelum dia
berhenti semula seolah- olah baru teringat sesuatu. Wajah Ena dan Nina
dipandang dan sambil tersenyum kecil dia berkata, “Sebelum saya terlupa, saya
tak kisah sebenarnya apa senior nak buat. Nak buli ke, nak mengumpat kea tau nak
ponteng ke cuma tolong jangan sampai saya terlibat, ‘kay?”
Dari jauh kedengaran melodi yang dimainkan dari
mulut Mynn membuatkan mereka yang masih berdiri di situ terpinga-pinga. Hanya satu
saja yang bermain di fikiran mereka. ‘She’s really one hell of WITCH!’
“Mynn,
ada orang cari!” Syikin selaku wakil kelas menjerit lantang membuatkan semua
rakan sekelasnya memandang ke arah pintu masuk.
Kehadiran yang tak dijangka daripadanya membuatkan
kelas 4ST1 bertukar gamat. Nik yang sibuk menyalin nota sejarah milik Hakim
mendongak. Rasa ingin tahunya membuatkan dia lupa kerja yang harus dia siapkan.
“Amal?”
Lia
menggoncang lembut tubuh Mynn yang masih lena di buai mimpi. Selepas beberapa
kali cubaan, Mynn membuka matanya sebelum bangun dan melangkah dalam keadaan
mamai ke arah pintu masuk.
Amal menunggu dengan penuh sabar di luar kelas. Niatnya
untuk masuk ke dalam terbantut apabila kelas yang dilawatinya itu mula bising
sebaik saja dia tiba. ‘Ingat aku ni artis ke apa?’ Dia mengomel sebelum
tersentak apabila disapa.
Mynn
menunggu respon daripada jejaka di hadapannya itu. Wajah beku Amal dipandang
tepat. “Hn, cikgu Nisa minta saya berikan ni kepada awak. Katanya, kalau ada
apa- apa masala atau soalan, datang jumpa dia terus.” Kertas di tangan terus
dihulurkan. Mynn yang masih belum tangkap apa yang cuba disampaikan Amal
sekadar mengangguk sebelum kertas itu diberi perhatian sehinggakan dia sedar
sepenuhnya.
“PENCALONAN PENGAWAS?”
Bantal empuk miliknya ditumbuk berulang kali namun
kemarahannya yang membuak masih belum reda. Insiden lepas berulang kali bermain
dalam kotak fikirannya sehinggakan terbawa- bawa ke dalam mimpi. Dan bukan
sekali dia dimalukan di hadapan orang ramai malah berulang kali!
Ena yang baru tiba memandang pelik kawannya itu. Dah
kena sampuk ke? Namun, melihat wajah tension dan frust milik Nina, dia dapat
mengagak puncanya.
“Nina,
kalau aku kata aku ada plan ‘baik’ punya, kau berminat tak?” Ena yang secara
tiba- tiba duduk bersebelahannya dipandang. Namun, tanpa membuang masa, Ena
terus merapati Nina lantas berbisik sesuatu.
“Kau
yakin ke dia akan ikut ni?” Nina menyoal sangsi. Bukan apa, dah banyak kali
rancangan mereka gagal. “Kau jangan risau, aku yakin berjaya punya.”
Kata- kata Ena yang penuh keyakinan membuatkan Nina
mengangguk. Mindanya mula membayangkan plan mereka berhasil. Akhirnya, mereka
ketawa bersama.
Assalamualaikum....sis...bila nak sambung...
ReplyDelete