Fantasy X Reality

Fantasy X Reality

Followers

Wednesday, February 10, 2016

Dear My Witch [Nota 09]

Assalamualaikum, 
Saya ada ubah sedikit semua bab Dear My Witch dari SINOPSIS sampailah NOTA 08. Jadi, kalau tak keberatan dan rajin, jemputlah baca semula. Tapi saya rasa tak ada banyak sangat perubahan.
Apa2 pun,

JEMPUT BACA~

“You ni Syahminn, kan?”
Dia yang sedang menyiapkan tugasan Physics sekadar mengangguk. Wajah si penyapa langsung tak dipandang. “Senior Nina dari bilik σ panggil.”

            Ara masih berdiri di situ menunggu respon daripada gadis bernama Mynn. Kalau tak kerana dia kebosanan, tak adanya dia nak buang masa jadi macam posmen. Dia sedikit tersentak apabila matanya bertembung dengan anak mata Mynn. Lamunannya terus hilang entah ke mana. Dalam hati, dia mula cuak. Bukan dia tak kenal siapa Mynn. The Witch. Satu- satunya orang yang dia paling tak nak cari masalah! Tanpa sedar, dia mencemuh Nina. Menyesal kerana menolong seniornya yang dilabelnya sebagai kurang akal. Iyalah, orang lain sibuk nak hidup senang, dia pula sibuk nak cari masalah.

“Ara, kan? Sekarang ni saya tengah sibuk jadi kata pada dia lepas zohor kalau saya dah free saya pergi. Bukan urgent dan penting, kan? Kalau ye, suruh dia datang jumpa saya terus. Saya sibuk minggu ni.” Mynn menjawab atau lebih tepat lagi mengarah. Dari gaya percakapannya, dia seolah- olah tak menerima sebarang ruang untuk meneruskan lagi perbualan mereka. Usai saja menjawab, dia terus menyambung menyiapkan kerjanya. Kalau tak ada apa halangan, paling awal dia boleh siap pun sebelum masa makan tengah hari iaitu sejam setengah lagi. Kalau nak sambung esokpun, tak boleh memandangkan dia ada rancangan lain. Dah rasa macam selebriti pun ada. High demand gitu. Siap kena buat appointment. Sana sini orang cari. Ceh, sempat lagi dia melalut. Mynn menggeleng sebelum memberi sepenuh konsentrasi ke arah kerja di hadapannya.
Ara yang masih terkaku gara- gara terkejut apabila gadis bernama Mynn itu mengetahui namanya masih lagi berdiri di situ. Seingatnya dia langsung tak pernah berbual atau berkomunikasi dengan Mynn baik secara terus atau tak. Apabila dia menyedari agak lama dia di situ, akhirnya dia mula mengatur langkah. Destinasinya kali ini ialah senior Nina. Apabila teringatkan macam mana dia menjadi posmen tak berbayar, dia mula mencebik masam. Puteri Nur Zaharah bt Dato’ Megat Zulkarnain jadi kuli? Hell no! This will be the last one!

Dia mengetap bibir menahan marah yang dah membuak hingga tahap maksima. Dia cuma ada 3 hari saja untuk melaksanakan plan membalas dendamnya sebelum Azreen pulang dan minah tu boleh kata dia sibuk? Kalau urgent, dia yang kena pergi jumpa? Hell, this is too much! Ena yang duduk di sebelahnya dah tak henti- henti mengeluarkan kata- kata kesat sehinggakan dia boleh rasa seolah- olah kawannya itu sedang membaca mantra. “Mynn, kau memang sengaja nak buat aku bengang!”

            “Ara, pagi tadi awak kata siapa yang panggil saya?” Dia yang sedang enak meneguk air Pepsi tersedak. Nasib baik tak kotor cadarnya. Mynn yang muncul secara tiba- tiba dijeling tajam. “You tak nampak ke I tengah minum air?” Ara menjerkah. Langsung tak endah dengan siapa dia bersemuka.
            Mynn yang sememangnya tak ada mood, langsung tak membalas. Nasib baik kerjanya dah siap. Kuranglah sikit bad moodnya itu. “Hn, saya minta maaf tapi saya dah panggil awak dari tadi. Awak ralit sangat dengan majalah hiburan tu. Jadi, siapa yang panggil saya tadi?” Mynn mengulangi soalannya semula membuatkan Ara menggerutu menahan marah.

“Assalamualaikum, senior Nina mana?” Semua mata penghuni bilik σ tertumpu pada pelawat yang berdiri betul- betul di pintu depan bilik mereka. Ara yang menjadi penunjuk arah masih lagi berdiri bersebelahan Mynn sebelum mereka didatangi Ayu.
            “Oh, Mynn rupanya. Aku ingat siapa tadi. Senior Nina tak balik bilik lagi lepas makan tengah hari tadi. Ada apa kau cari minah tu?” Ayu menjawab ramah. Selepas insiden di kafe, Ayu selalu berjumpa dan tanpa segan silu mengaku dia sebagai teman Mynn. Malah, dia turut memberi Mynn beberapa koleksi manga dan komik kesayangannya untuk dikongsi walaupun Mynn tak memberi respon. Akhirnya, Mynn membiarkan saja Ayu mendekatinya asalkan hidupnya tak terganggu.
            “Ara, awak ada beritahu tak pada senior Nina tu yang saya mungkin jumpa dia lepas zohor?” Ara tersentak apabila dia tiba- tiba di soal. Belum sempat dia bersuara, bunyi gelak tawa dari jauh menarik perhatian mereka.

“Senior Nina, saya tak tahu apa yang Ara dah sampaikan pada senior tapi disebabkan senior panggil saya, terpaksa saya siapkan tugasan saya sepantas yang boleh dan tengok apa yang saya sedang buat? Berdiri di depan bilik σ ni menunggu dan apa yang saya nampak? Senior seronok bergelak tawa dengan senior… er… Ena? Now, without even wasting more of my time, mind to give me an explanation of why you are calling me?”
Nina dan Ena yang sedang sarat berbual tersentak apabila ditegur secara tiba- tiba. Mynn yang dahpun berpeluk tubuh sambil tubuhnya disandarkan di pintu dipandang. Dengan teguran itu saja membuatkan mereka rasa junior itu besar dan betapa kerdilnya mereka.lebih-lebih lagi dengan aura gelap yang menyelubungi gadis itu yang jelas menunjukkan betapa moodynya dia ketika itu terus membuatkan peluh mereka merenek tanpa dipinta.
Selang beberapa saat yang dirasanya lama, Ena terus menyiku Nina membuatkan gadis itu tersedar. Mereka saling berpandangan. Sekadar berkomunikasi melalui anak mata. Akhirnya Nina tersenyum sinis. ‘Kita tengok berapa lama lagi kau nak berlagak depan aku!’
            “Huh, suka hati akulah nak balik bilik pukul berapa. Mynn, jangan ingat sebab si Azreen tu selalu back up kau, kau boleh nak besar kepala.” Nina bersuara sambil jarinya menunding ke arah Mynn. Ena yang di sebelah sekadar mengangguk.
Mynn terdiam. Dia mati kata. Apa yang disampaikan Nina langsung tak difahaminya. Back up?
“Sejak bila pula saya ada back up ni? Senior Azreen pula tu. Apa yang senior ni merepek saya pun tak faham dan tak nak faham. Jadi, boleh kita teruskan ke topik utama? Ada apa senior panggil saya? Dan tolong cepat sikit. Saya ada hal lain kejap lagi.”

Ayu dan Ara sekadar menjadi penonton. Tanpa sedar, bahu Ayu disentuh dari belakang membuatkan dia tersentak. Cepat- cepat dia menoleh. Lia yang sekadar tersengih dijeling tajam. “Kau ni, nasib baik aku tak melatah tadi!” Ayu merungut.
            “Hehe, sorry! Kenapa ni?” Lia menyoal. Niatnya untuk terus berjumpa Mynn untuk meminta bantuan dalam menyiapkan tugasannya terbantut apabila dia terlihat bilik σ yang bersebelahan dengan biliknya dikerumuni pelajar. Dalam menunggu jawapan dari Ayu, kakinya dijengkekkan sedikit bagi melihat punca ‘kejadian’. Dia berkerut. “Mynn?”

“Kau tanya sebab apa aku panggil kau?” Nina tersenyum sinis sebelum matanya memandang Ena. Gadis itu terus melangkah ke dalam bilik σ sebelum kembali semula bersama beberapa timbunan barang yang diletakkan di hadapan Nina dan Mynn.
            “Kau tahu Mynn, dalam hostel ni, tak ada perkataan pilih kasih atau anak emas. Jangan ingat sebab kau dapat title ‘Princess of Junior’ atau ‘Your Highness’ atau ‘the Witch’, kau tak payah buat ni semua! Tengok, betapa baiknya kami tolong kumpulkan barang yang kau kena buat dan siapkan sebelum AHAD ni. Jadi, do your work, BITCH!”
Ena dan Nina ketawa kuat. Puas selepas meluahkan kata- kata yang diberikan untuk Mynn. Barang yang dikumpul juga bukan calang- calang. 2 baldi besar pakaian kotor, 1 bakul pakaian yang perlu digosok dan beberapa buah buku yang perlu disiapkan notanya.

Mynn menjungkitkan sebelah keningnya usai saja Nina dan Ena bercakap sambil matanya tak lari daripada memandang tepat ke arah mereka. Timbunan barang yang ada dihadapannya dipandang sepintas lalu atau sekadar dijerling saja.
“Pardon?”

No comments:

Post a Comment

Santai ...