Cerpen ni saya bahagikan kpd dua bhgian.
setiap bhgian mengikut POV yg lain...
Harap terhibur...
Maaf kalau xmenarik... ^^,
Kenapa aku menulis begini? Hurm, seperti mereka, aku
juga ada kisah yang aku coretkan di ingatanku. Kisah hidup aku. Termasuk dia.
Dulu sehingga kini.
Kalau mengikut apa yang didaftarkan ibu bapaku, nama
aku tertulis dan berbunyi Nur Farhana binti Muhammad. Bila aku lahir dan di
mana, tak perlulah tahu. Mungkin kisah aku agak membosankan, tetapi itu hak
aku!
Hurm, kalau aku mulakan kisah aku dari awal,
teramatlah bosan jadi, biarlah aku ceritakan apa yang penting saja.
Dalam ingatan aku yang tak berapa nak kuat, hanya
segelintir lelaki saja yang aku mampu hafal; ayah, abang Long, dan dia. Hurm,
dia? Ya, Muhammad Ikram Suhaimi bin Dato’ Iskandar Syah. Siapa? Kalau nak lebih
spesifik, mungkin dia aku boleh labelkan sebagai teman lelaki aku yang pertama
dan terakhir buat masa ni. Kisah cinta kami taklah epik seperti mereka yang
lain. Tak seperti Sulaiman dan Balqis, Muhammad dan Khadijah. Taklah pula
dramatik dan tragedy seperti Romeo dan Juliet. Biasa saja. Aku sendiri tak
sedar bila kami bersama. Mungkin kami sekadar teman rapat sebenarnya. Tetapi di
sebabkan tiada istilah teman rapat antara lelaki dan perempuan, kami di
labelkan kekasih.
Aku tak tahu dari mana kisah hidup kami bermula
sebab aku kenal dia ketika kami di tadika lagi. Maksud kenal, bukan seperti
kawan tetapi sekadar kawan sekelas. Tanpa sedar, kami bersama sehingga ke alam
sekolah menengah. Langsung tak pernah berpisah dan berjauhan. Dari kelas
mahupun tempat duduk. Perbualan pertama kami apabila aku berada di tahun 6
apabila terpaksa berkongsi buku teks gara- gara terlupa bawa. Selepas itu,
barulah aku sedar kami tak pernah berjauhan lebih dari dua meja. Selepas itu,
perbualan kami semakin bertambah. Namun, aku bukanlah insan yang lupa diri. Aku
sedar diri aku. Enggang tak seduduk dengan pipit. Kelelakiannya semakin
kelihatan apabila dia mula matang. Karisma dan sikap tanggungjawab menjadikan
dia sebagai pelajar model.
Aku? Hurm, kalau nak di kategorikan, aku hanyalah
biasa- biasa saja. Dari segi rupa, saiz sehinggalah tahap keupayaanku. Tetapi
aku tetap bersyukur kerana itu yang aku mahu. Itu impian aku.
Sepanjang kami bersama, tiada apa yang berubah. Dia
dengan dunianya dan aku dengan duniaku. Hanya yang beza hanyalah, masa yang di
luangkan untuk mengajar aku setiap hujung minggu. Kami tak pernah berdating,
seperti pasangan lain kerana aku bukanlah orang yang suka keluar rumah.
Sepanjang kami bersama, aku tak pernah merungut dan
dia tak pernah marah. Iyalah, hubungan kami kalau mereka yang lain lihat, pasti
mereka kata hambar ataupun pasangan tua. Disebabkan itu, pada hari terakhir
kami bersekolah aku masih tak faham apa yang berlaku.
“Hana, sampai di sini saja hubungan kita.”
Tanpa menunggu kata balasku, dia terus beredar tanpa
menoleh meninggalkan aku yang masih terpinga- pinga. Dan itu kali terakhir aku
melihat dia.
Kalau tanya hati aku yang satu, memang tipu kalau
aku kata aku tak pernah suka dia. Aku cinta dia. Namun, aku pujuk diri aku
supaya bersyukur dengan hubungan kami. Aku tak mahu dia pergi andainya dia tahu
perasaanku yang sebenar. Disebabkan itu, tanpa sedar, air mataku menitis
melihat bayangannya hilang. Perasaan yang terpendam selama ini akhirnya timbul
apabila dia pergi. 1001 persoalan bermain di mindaku. Aku sedar siapa aku. Aku
hanya gadis biasa. Tak cantik, tak bijak. Hanya biasa. Dan itu penamat buatku.
Bukan.
5 tahun berlalu. Dalam ingatanku, hanya segelintir
lelaki saja yang aku mampu hafal; ayah, abang Long, dan dia. Ya, dia. Betul
istilah cinta. Kadang kala hanya sesaat saja diperlukan untuk jatuh cinta pada
seseorang tetapi untuk melupakan seseorang, amatlah sukar.
Sekarang aku berjaya mencapai impianku untuk
memiliki kafe sendiri. Kafe ku taklah besar dan popular seperti Secret Recipe
namun tetap mempunyai konsepnya yang tersendiri. kafe buku. Pendek kata,
impianku terlaksana. Kini, aku gembira meluangkan masaku bersama buku
kesayanganku.
Namun, kebahagiaanku hanyalah sementara. Panggilan
dari Intan, satu- satunya teman rapatku mulai mengancam ketenteraman hidupku.
- Hana, kau ingat Ikram? Ex kau?
- Ikram? Kenapa?
- Aku dapat tahu dari Faris, Ikram accident minggu
lepas. Semalam baru bangun daripada koma.
- Innalillah, dia okay tak?
-Alhamdulillah, dia okay. Cuma…
- Cuma?
- Hana, family dia minta kau tolong Ikram.
- Tolong?
- Sebenarnya, lepas dia sedar koma, doktor sahkan
dia mengalami amnesia. Dia lupa semua perkara 5 tahun lepas. Ingatan dia hanya
sekadar di sekolah menengah. Dan dia selalu panggil nama kau.
- Jadi, apa yang perlu aku buat? Sesiapa saja boleh
jadi Hana.
- Mula- mula mereka fikir macam tu juga tapi, Ikram
langsung tak layan. Hana, please at least jumpa dia.
- Baiklah, kau ambil aku!
Bayangkan,
selepas 6 tahun tak berjumpa, berita yang mula- mula aku dengar, dia
amnesia? Rasa kasihan menerjah di hatiku. Aku bukanlah kejam sehingga nak
gelakkan orang yang ditimpa malang.
Intan membawa aku ke hospital di mana dia tinggal.
Ibu bapa dia kusalam sebagai tanda hormat. Faris yang turut berada di situ ku
sekadar mengangguk. Kami tiba di katil dia. Aku hanya memandang wajahnya yang 6
tahun tak kulihat.
Dari rupanya saja aku dapat agak dia kegilaan ramai
gadis. Rupanya makin matang bersama tubuhnya yang tampak segak kupandang. Namun
itu saja pandanganku. Because both of us are strangers.
Saat aku melabuhkan punggung di kerusi berhampiran
dengan katil, kusedar pergerakan tangannya. Matanya terus tepat memandangku
sebaik saja mata kami bertembung. Tanpa diduga, senyuman mekar di bibirnya.
“Hhana...”
Aku yang masih terkejut sekadar mengangguk.
Tangannya yang dihulur ke arahku tak kusamput. Dulu, kami masih lagi remaja.
Belum matang. Belum dewasa. Kini, aku faham batas- batasku. Raut wajahnya yang
bertukar sayu kucuba endahkan.
“Ikram, betul ke awak hilang ingatan?” Aku cuba
menyoal bagi mendapatkan jawapan sasih. Bukan aku tak percaya, namun, aku
sekadar inginkan kepastian. “Kali terakhir saya ingat masa kita masuk tingkatan
5. Hana, kenapa awak datang lambat?” Ikram menjawab. Dia yang kini seperti
orang yang sesat membuatkan aku pedih. Namun, aku yakin dengan pilihanku. Dia
harus maju ke hadapan. Dia tak perlu hidup di masa lalu.
“Ikram, 6 tahun dahpun berlalu. Sekarang, awak dah
masuk alam pekerjaan. Kita… Kita tiada apa- apa. Ini kali pertama saya jumpa
awak lepas 6 tahun. Saya harap ingatan awak pulih. Saya doakan yang terbaik
buat awak. Selamat tinggal.” Tanpa menunggu kata balas dari dia, aku terus
mengatur langkah. Intan yang masih terpinga- pinga lantas mengekoriku.
Panggilan daripada Ikram terus aku endahkan.
“Hana, kenapa kau buat Ikram macam tu? Kau tak
kasihan ke?” Intan mula menyoal perbuatanku sebaik sahaja kami di dalam kereta.
Wajahnya kupandang. “Intan, aku masa lalu dia. Kami dah tak apa- apa.”
“Tapi dia cuma ingat kau! Bukan ibu bapa dia. Bukan
Faris. Nobody!” Intan meninggikan suaranya. Tak puas hati dengan jawapanku.
“Dah tu, kau nak aku buat apa? Layan dia? Teruskan
hubungan yang tiada? Intan, macam mana kalau dalam 6 tahun, dia ada seseorang?”
Aku cuba sebaik mungkin menerangkan alasanku. Ya, itu alasanku. Walaupun hanya
sebahagian. “Tta… Tapi…”
“Intan, at least fikir tentang aku! Fikir macam mana
dalam tempoh kami bersama, aku jatuh cinta pada dia? Macam mana kalau dalam
masa tu, ingatannya kembali? Intan, at least fikir tentang aku! Perasaan aku!
Masa depan aku! Orang akan kata dia innocent sebab dia tak ingat apa- apa, tapi
aku? Tapi aku? Intan, please!” Aku terus menjerit. Ya, itu alasasn sebenarku.
Aku yang masih belum mampu melupakan dia, meneruskan hubungan dengannya. Apa
akan jadi pada hatiku nanti? Siapa boleh jawab?
Selepas pertengkaran antara aku dan Intan, kami tak
berhubung. Aku tak salahkan dia. aku masih meneruskan hidupku. Ditemani dengan
buku dan kafe. Kadang kala aku menerima panggilan daripada nombor yang tak ku
kenali. Selepas beberapa kali nombor itu muncul, dengan lemah aku mengangkat.
- Ya, boleh saya tahu siapa?
- Hana?
- Ya, saya. Encik ni siapa?
- Hana, ni Ikram.
- Ik… Ikram? Mana awak dapat nombor saya? Ah, awak
dah okay?
- Alhamdulillah, saya dah keluar wad kelmarin. Hana,
awak ada mana?
- Saya tengah kerja. Kenapa?
- Saya nak jumpa. Hana, saya rindu awak
- Ikram, saya minta maaf. Saya rasa saya tak boleh
tunaikan hajat awak
- Kenapa? Hana, saya kenal awak saja. Please?
- Ikram, biar saya terus terang. Saya tak tahu
kenapa awak kenal saya saja tapi, tolong cari diri awak yang sekarang. Saya tak
wujud dalam dunia awak selepas kita berpisah 6 tahun lalu. Please understand.
Become a person you supposed to be not used to be. Don’t be like a puppy,
depend on me. Apa yang saya pasti, awak bukan macam ni. Selamat tinggal dan
jangan hubungi saya lagi.
Tanpa membuang masa, talian ditamatkan. Entah bila,
air mataku menitis. Sungguh, aku nak lupakan dia! Aku nak maju ke hadapan. Both
of us need to move forward. Raut wajahnya tiba- tiba menerjah ke mindaku. Ya,
aku tahu aku dan dia tak mungkin bersama. Dia enggang. Aku pipit. Dia serba
boleh. Aku, hanyalah insan biasa. Ya, itu sebaiknya. Berpisah. Strangers.
Tetapi, kenapa hati ini terasa sakit? Tak mampukah aku untuk menerima
kenyataan?
Masa terus berlalu. Panggilan daripada Ikram mula
berkurangan selepas sebulan berlalu. Aku tak pernah mengangkat panggilannya
selepas perbualan kami tempoh hari. Intan, hurm, kami mula berhubung semula
selepas dia memohon maaf. Aku tak pernah salahkannya. Masing- masing ada
pandangan mereka sendiri.
Hari ini, sesuatu yang mengejutkan berlaku. Dia
muncul di hadapan kedaiku. Ya, dia! Aku yang baru saja pulang daripada membeli
barang agak terkejut apabila melihat dia berdiri segak di hadapan kedai tanpa
menghiraukan terik mentari yang memancar. Senyuman mekar di bibirnya apabila
matanya melihat aku tiba. Tanpa sedar aku menunduk, menahan malu.
“Ik... Ikram, awak buat apa di sini?” Aku terus
menyoal. Hilang sudah perasaan malu, yang tinggal hanyalah rasa sangsi.
Pelbagai spekulasi cuba kubuat. Ikram yang masih berdiri di pintu sekadar
berdiam diri. Pintu di tolak sebaik sahaja aku membuka kunci. “Um, duduklah
mana- mana. Saya sediakan minuman sekejap.”
Suasana antara kami senyap. Hamper 5 minit berlalu
selepas aku tiba bersama dua gelas jus oren. Ikram yang duduk bertentangan
kuperhati. Segala gerak gerinya.
“Boleh saya tahu sebab apa awak datang sini?” Aku
memulakan perbualan, tak mahu menunggu lebih lama. Kafe terpaksa kututup buat
hari ini.
“Hana, kenapa kita berpisah?” Soalan Ikram
membuatkan aku terpaku. “Ikram, saya sendiri nak tahu kenapa awak putuskan
hubungan kita. Tetapi itu dah tak penting. Saya cuma mahu menikmati hidup saya
sebaik mungkin.”
“Saya tak mahu kita putus, Hana. Saya sayang awak!”
Pengakuan daripada dia membuatkan aku tergamam. Sayang? Aku menggeleng
kepalaku. Andai itu kebenarannya, aku tak berani untuk bertaruh. Biar saja ia
berlalu.
“Siapa yang bercakap? Awak 6 tahun yang lalu ataupun
awak yang sekarang?” Dia sekadar berdiam diri. Aku terus menguatkan semangatku.
“Ikram, ini kali terakhir saya bercakap sopan dengan
awak. Selagi awak tak pulih ingatan awak, saya harap kita tak berhubung. Saya
tak kisah awak nak kata saya kejam atau apa, tapi Ikram, saya minta awak
tunaikan harapan saya. Tolong jangan cari saya. Tolong cari diri awak sendiri. Saya
tak nak, tanpa sedar awak lukakan hati orang lain. Ibu bapa awak. Insan
terpenting dalam hidup awak. Ataupun kekasih awak. 6 tahun, Ikram! 6 tahun!
Banyak yang boleh berubah. Anggap saja saya hanyalah sejarah. Dan saya harap
awak jangan ungkit fasal hubungan kita sebab ianya langsung tak wujud! Kita
hanya teman rapat. Itu saja! Tolong, Ikram. Kalau awak tak nak, tolong buat
demi saya!”
Air mata yang menitis kubiarkan. Mataku memandang
tepat ke dalam matanya. Dia yang kulihat terkejut hanya mampu terpaku sebelum
dia melangkah pergi tanpa sepatah kata. Ya, ini yang terbaik. Kisah hidup aku
hanyalah biasa. Tiada naik atau turun. Ini permintaanku.
Selepas beberapa minggu, aku mendapat berita
daripada Intan berkenaan dia. Alhamdulillah, ingatannya sudahpun pulih. Ibu
bapanya menangis sebaik sahaja menerima berita gembira itu. Aku sekadar
mengirim ucapan tahniah dan syukur padanya. Aku berharap tiada lagi interaksi
antara aku dan dia.
Kafe ku masih lagi disinggahi pelanggan. Bisnesku
berjalan seperti biasa dan aku selesa begini. Koleksi buku ku juga makin
bertambah. Pekerja yang bekerja di bawahku tangkas bergerak melayan tetamu. Aku
yang baru tiba terus ke bilik ku. Buku yang baru sampai ku buka lalu ku baca.
“Um, bos. Ada orang cari.” Shila, pekerjaku memanggil
belum sampai 5 minit aku di situ. Dengan malas, aku terus ke meja yang
ditunjukkan Shila.
“Um, maafkan saya. Encik cari saya ke?” Aku menyapa
jejaka yang sedang duduk selesa di bahagian tingkap. Raut wajahnya langsung
terlindung dengan kaca mata hitam membuatkan aku menduga identitinya. Seingat
aku, tiada sesiapa yang aku kenal sekacak dia.
“Awak dah lupa saya?” Suara garau milik dia
membuatkan aku tergamam. Mataku tak lari daripada memandangnya yang sedang
menanggalkan kaca matanya. Wajah kacak Ikram terpamer di hadapanku membuatkan
aku terpaku di situ.
“Apa kata kalau awakpun duduk?” Dia berkata
bersahaja. Langsung tiada senyuman seperti sebelum ini. Ya, ini Ikram yang aku
kenal dahulu. Sentiasa bersahaja. Tak pernah menunjukkan perasaannya di wajah.
Tanpa sedar, aku mengambil tempat bertentangan dengannya. Aku terus memanggil
Shila untuk mengambil pesananku.
“Awak dah ingat semula?” Aku terus menyoal sebaik
sahaja minumanku tiba. Ikram sekadar mengangguk membuatkan aku mengeluh lega.
Tiada siapa yang mahu hidup sementara sebahagian memorinya hilang.
“Boleh saya tahu tujuan awak datang jumpa saya?” Aku
menyoal lagi. Aku tak mahu berlama- lama di situ. Masih banyak yang harus aku
lakukan.
“Tak boleh saya melawat awak?” Dia membalas soalanku
tanpa mengalihkan pandangannya daripada skrin handphone.
“Saya tak biasa terima tetamu dan saya lebih selesa
berjumpa kalau ada urusan sahaja.” Aku sememangnya jenis yang tak suka berjumpa
orang. Tengok sahaja kafe ku. Melainkan perlu, barulah aku muncul. Sebab itu ramai
yang tak tahu pemilik kafe ini. Dan aku selesa begitu.
“Hana, awak tak pernah berubah. Masih dengan tabiat
awak yang suka terperap dalam bilik. Dan kebetulan saya memang ada urusan
dengan awak.” Aku sekadar berdiam diri. Menunggu kata- katanya yang seterusnya.
“Hana, awak nak tahu kenapa hanya awak sahaja yang
saya ingat selepas saya koma?” Soalannya membuatkan aku berfikir. Mahukah aku
tahu kebenaran?
“Hana, sekarang ada dengan sesiapa ke?” Aku sekadar
tersenyum nipis sambil menggeleng lemah. “Saya tak pernah ada sesiapa dan tak
akan ada sesiapa.” Aku menjawab ringkas.
“Awak tahu tak, selama saya kenal awak, ada satu
sahaja yang saya tak suka tentang awak. Sikap pesimis awak.” Aku agak tersentap
apabila mendengar dia meninggikan suara secara tiba- tiba. Hati terasa seakan-
akan tercucuk mendengar apa yang dikatakannya.
Ya, aku memang seorang pesimis. Aku tak pernah
menidakkan. Aku pesimis dan suka menyendiri. Tetapi aku terima diri aku dan aku
tak mahu berubah kerana aku tahu bila untuk bersikap biasa dan normal. Kalau
tak, bagaimana aku mampu untuk memiliki kafe. Aku lebih pesimis terhadap diri
dan perasaanku.
“Terima kasih kerana berterus terang.” Aku cuba
sebaik mungkin untuk bernada biasa. Rasa kecewa kusorok sedalam mungkin. Aku
tak mahu air mataku menitis di hadapannya. “Kalau tak ada apa- apa lagi, saya
nak teruskan kerja, encik Ikram.” Tubuhku yang cuba berdiri kembali terduduk
apabila di suruh. Aku sekadar mengikut.
“Saya tak habis cakap lagi. Pada mulanya saya ingat
awak ni introvert tapi lepas saya luang masa bersama awak, saya sedar
sesuatu. The way how we thought things
are different. Awak lebih ke arah pesimis. Awak tak pernah cuba berfikir dari
sudut positif. Tak, awak tak pernah terima kemungkinan yang positif. Tengok
saja masa kita bersama. Awak berfikir kita sebagai teman rapat. Awak tak pernah
merungut dan meminta. Awak…”
Aku yang tak mampu mendengar cemuhan dan kritikannya
terus berdiri. Muka ku merah menahan marah. “Encik, saya tak kisah kalau encik
tak suka personaliti saya tapi tahu satu sahaja. Saya terima diri saya. Saya
tahu siapa saya dan macam mana saya berfikir dan saya selesa begitu. Saya rasa
lebih baik encik pergi. Saya minta maaf andai saya menyusahkan awak.”
Tanpa membuang masa, aku terus mengatur langkah ke
bilik ku. Ikram mengekoriku daripada belakang. Shila dan mereka yang lain
sekadar memandang buntu. Aku tak menyangka dia akan mengikutiku sehingga ke
bilik ku. Langkahku terhenti apabila tanganku tertangkap.
“Hana, awak tak faham ke apa yang saya nak
sampaikan? Kenapa awak sahaja yang saya ingat selepas koma, dan kenapa saya
kecewa? Hana, saya sayang awak! Despite your personalities, I actually hate
myself that I actually love you because them! Awak tak salah apa- apa Hana. Walaupun
saya tahu personaliti awak, saya tak sepatutnya pendam perasaan saya. Saya biarkan
awak dengan tanggapan awak. Tanggapan negatif awak. Saya putuskan hubungan
sebab saya tak boleh terima kenyataan dan saya tahu pilihan saya salah. 6 tahun
saya cari awak Hana. Sebab awak tak ada ramai teman, saya bagai nak gila! Lepas
5 tahun baru saya tahu awak berkawan dengan Intan. Itupun daripada Faris. Hana,
saya menyesal lepaskan awak. Saya cuba dapatkan berita tentang awak. Kisah
hidup awak, alamat awak, semuanya. I’m your stalker, Hana! Malam saya accident,
saya dalam perjalanan untuk berjumpa awak. Namun, entah kenapa, saya rasa
takut. Pelbagai andaian bermain di minda saya. Saya mula berfikir negatif. Andai
awak ada kekasih, ataupun dah berumahtangga walaupun saya tahu dari Intan awak
sendirian. Sebab andaian itu, saya hilang fokus dan accident.”
Aku yang mendengar sekadar terdiam kaku. Ikram masih
berdiri di hadapanku bersama raut wajahnya yang pilu. Mindaku kosong. Langsung tak
tahu apa nak difikirkan.
“Hana, 6 tahun berlalu selepas kita berpisah. Dan 6
tahun saya menahan rindu, menyiksa jiwa dan menyalahkan diri. Dan 6 tahun ni,
langsung tak hilang cinta saya pada awak. Hana, saya minta keampunan daripada
awak tetapi, saya minta satu sahaja… Tolong terima saya semula?”
Akhir kata, air matanya jatuh jua membuatkan aku
terpana. Rasa bersalah terbit di jiwaku. Aku tahu masalah sebenar terletak pada
personaliti kami. Aku yang lebih bersikap pesimis dan dia yang lebih suka
memendam. Aku tahu, aku tak mampu ubah diri aku tetapi kami tak akan jadi
seperti dahulu.
Masa mematangkan minda seseorang. Ada yang kata, di
usia bawah 10 tahun, kita baru mula mengenali sekeliling. Siapa keluarga, siapa
kawan siapa itu dan siapa ini. Di usia bawah 20, kita mula belajar emosi. Namun,
perubahan fizikal sering kali membuatkan kita lupa bahawa untuk emosi itu
matang, memerlukan lebih masa berbanding fizikal. Kita selalu fikir kita bijak
dalam membuat keputusan namun, kita alpa kita sering kali membuat keputusan
berdasarkan emosi. Hilang logik. Dan saat kita mencecah 20 tahun, kita mula
melebarkan sayap. Kita belajar tentang dunia. Kita memantapkan diri dari sudut
zahir dan batin. Fizikal dan juga emosi. Kita tahu di mana logik.
“Hana…”
Aku memandang Ikram yang masih lagi di hadapanku. Aku
menarik nafas sedalam mungkin sebelum melepaskan. Senyuman terukir di bibirku.
“Dalam ingatan saya, hanya segelintir lelaki saja
yang mampu saya hafal; ayah, abang Long, dan dia. Dia yang mempunyai nama
Muhammad Ikram Suhaimi bin Dato’ Iskandar Syah…”
Assalamualaikum sis...welcome back nice entry....Dear My Witch bila nak smbg sis...
ReplyDelete