Fantasy X Reality

Fantasy X Reality

Followers

Thursday, February 23, 2017

Kisah Kita bhgn 1

Cerpen ni saya bahagikan kpd dua bhgian. 
setiap bhgian mengikut POV yg lain...
Harap terhibur...
Maaf kalau xmenarik... ^^,
Setiap orang ada kisah hidup mereka sendiri. Dalamnya terkandung suka, duka, cinta, benci dan macam- macam lagi. Setiap kisah pasti ada penamatnya dan juga kadang kala ada penyambungnya. Kisah yang sama mungkin berbeza apabila di tulis oleh orang yang berbeza. Setiap mereka ada perspeksi tersendiri.
Kenapa aku menulis begini? Hurm, seperti mereka, aku juga ada kisah yang aku coretkan di ingatanku. Kisah hidup aku. Termasuk dia. Dulu sehingga kini.

Kalau mengikut apa yang didaftarkan ibu bapaku, nama aku tertulis dan berbunyi Nur Farhana binti Muhammad. Bila aku lahir dan di mana, tak perlulah tahu. Mungkin kisah aku agak membosankan, tetapi itu hak aku!

Hurm, kalau aku mulakan kisah aku dari awal, teramatlah bosan jadi, biarlah aku ceritakan apa yang penting saja.

Dalam ingatan aku yang tak berapa nak kuat, hanya segelintir lelaki saja yang aku mampu hafal; ayah, abang Long, dan dia. Hurm, dia? Ya, Muhammad Ikram Suhaimi bin Dato’ Iskandar Syah. Siapa? Kalau nak lebih spesifik, mungkin dia aku boleh labelkan sebagai teman lelaki aku yang pertama dan terakhir buat masa ni. Kisah cinta kami taklah epik seperti mereka yang lain. Tak seperti Sulaiman dan Balqis, Muhammad dan Khadijah. Taklah pula dramatik dan tragedy seperti Romeo dan Juliet. Biasa saja. Aku sendiri tak sedar bila kami bersama. Mungkin kami sekadar teman rapat sebenarnya. Tetapi di sebabkan tiada istilah teman rapat antara lelaki dan perempuan, kami di labelkan kekasih.
Aku tak tahu dari mana kisah hidup kami bermula sebab aku kenal dia ketika kami di tadika lagi. Maksud kenal, bukan seperti kawan tetapi sekadar kawan sekelas. Tanpa sedar, kami bersama sehingga ke alam sekolah menengah. Langsung tak pernah berpisah dan berjauhan. Dari kelas mahupun tempat duduk. Perbualan pertama kami apabila aku berada di tahun 6 apabila terpaksa berkongsi buku teks gara- gara terlupa bawa. Selepas itu, barulah aku sedar kami tak pernah berjauhan lebih dari dua meja. Selepas itu, perbualan kami semakin bertambah. Namun, aku bukanlah insan yang lupa diri. Aku sedar diri aku. Enggang tak seduduk dengan pipit. Kelelakiannya semakin kelihatan apabila dia mula matang. Karisma dan sikap tanggungjawab menjadikan dia sebagai pelajar model.
Aku? Hurm, kalau nak di kategorikan, aku hanyalah biasa- biasa saja. Dari segi rupa, saiz sehinggalah tahap keupayaanku. Tetapi aku tetap bersyukur kerana itu yang aku mahu. Itu impian aku.
Sepanjang kami bersama, tiada apa yang berubah. Dia dengan dunianya dan aku dengan duniaku. Hanya yang beza hanyalah, masa yang di luangkan untuk mengajar aku setiap hujung minggu. Kami tak pernah berdating, seperti pasangan lain kerana aku bukanlah orang yang suka keluar rumah.
Sepanjang kami bersama, aku tak pernah merungut dan dia tak pernah marah. Iyalah, hubungan kami kalau mereka yang lain lihat, pasti mereka kata hambar ataupun pasangan tua. Disebabkan itu, pada hari terakhir kami bersekolah aku masih tak faham apa yang berlaku.
“Hana, sampai di sini saja hubungan kita.”
Tanpa menunggu kata balasku, dia terus beredar tanpa menoleh meninggalkan aku yang masih terpinga- pinga. Dan itu kali terakhir aku melihat dia.
Kalau tanya hati aku yang satu, memang tipu kalau aku kata aku tak pernah suka dia. Aku cinta dia. Namun, aku pujuk diri aku supaya bersyukur dengan hubungan kami. Aku tak mahu dia pergi andainya dia tahu perasaanku yang sebenar. Disebabkan itu, tanpa sedar, air mataku menitis melihat bayangannya hilang. Perasaan yang terpendam selama ini akhirnya timbul apabila dia pergi. 1001 persoalan bermain di mindaku. Aku sedar siapa aku. Aku hanya gadis biasa. Tak cantik, tak bijak. Hanya biasa. Dan itu penamat buatku.

Bukan.
5 tahun berlalu. Dalam ingatanku, hanya segelintir lelaki saja yang aku mampu hafal; ayah, abang Long, dan dia. Ya, dia. Betul istilah cinta. Kadang kala hanya sesaat saja diperlukan untuk jatuh cinta pada seseorang tetapi untuk melupakan seseorang, amatlah sukar.
Sekarang aku berjaya mencapai impianku untuk memiliki kafe sendiri. Kafe ku taklah besar dan popular seperti Secret Recipe namun tetap mempunyai konsepnya yang tersendiri. kafe buku. Pendek kata, impianku terlaksana. Kini, aku gembira meluangkan masaku bersama buku kesayanganku.
Namun, kebahagiaanku hanyalah sementara. Panggilan dari Intan, satu- satunya teman rapatku mulai mengancam ketenteraman hidupku.
- Hana, kau ingat Ikram? Ex kau?
- Ikram? Kenapa?
- Aku dapat tahu dari Faris, Ikram accident minggu lepas. Semalam baru bangun daripada koma.
- Innalillah, dia okay tak?
-Alhamdulillah, dia okay. Cuma…
- Cuma?
- Hana, family dia minta kau tolong Ikram.
- Tolong?
- Sebenarnya, lepas dia sedar koma, doktor sahkan dia mengalami amnesia. Dia lupa semua perkara 5 tahun lepas. Ingatan dia hanya sekadar di sekolah menengah. Dan dia selalu panggil nama kau.
- Jadi, apa yang perlu aku buat? Sesiapa saja boleh jadi Hana.
- Mula- mula mereka fikir macam tu juga tapi, Ikram langsung tak layan. Hana, please at least jumpa dia.
- Baiklah, kau ambil aku!

Bayangkan,  selepas 6 tahun tak berjumpa, berita yang mula- mula aku dengar, dia amnesia? Rasa kasihan menerjah di hatiku. Aku bukanlah kejam sehingga nak gelakkan orang yang ditimpa malang.

Intan membawa aku ke hospital di mana dia tinggal. Ibu bapa dia kusalam sebagai tanda hormat. Faris yang turut berada di situ ku sekadar mengangguk. Kami tiba di katil dia. Aku hanya memandang wajahnya yang 6 tahun tak kulihat.
Dari rupanya saja aku dapat agak dia kegilaan ramai gadis. Rupanya makin matang bersama tubuhnya yang tampak segak kupandang. Namun itu saja pandanganku. Because both of us are strangers.
Saat aku melabuhkan punggung di kerusi berhampiran dengan katil, kusedar pergerakan tangannya. Matanya terus tepat memandangku sebaik saja mata kami bertembung. Tanpa diduga, senyuman mekar di bibirnya. “Hhana...”
Aku yang masih terkejut sekadar mengangguk. Tangannya yang dihulur ke arahku tak kusamput. Dulu, kami masih lagi remaja. Belum matang. Belum dewasa. Kini, aku faham batas- batasku. Raut wajahnya yang bertukar sayu kucuba endahkan.
“Ikram, betul ke awak hilang ingatan?” Aku cuba menyoal bagi mendapatkan jawapan sasih. Bukan aku tak percaya, namun, aku sekadar inginkan kepastian. “Kali terakhir saya ingat masa kita masuk tingkatan 5. Hana, kenapa awak datang lambat?” Ikram menjawab. Dia yang kini seperti orang yang sesat membuatkan aku pedih. Namun, aku yakin dengan pilihanku. Dia harus maju ke hadapan. Dia tak perlu hidup di masa lalu.
“Ikram, 6 tahun dahpun berlalu. Sekarang, awak dah masuk alam pekerjaan. Kita… Kita tiada apa- apa. Ini kali pertama saya jumpa awak lepas 6 tahun. Saya harap ingatan awak pulih. Saya doakan yang terbaik buat awak. Selamat tinggal.” Tanpa menunggu kata balas dari dia, aku terus mengatur langkah. Intan yang masih terpinga- pinga lantas mengekoriku. Panggilan daripada Ikram terus aku endahkan.
“Hana, kenapa kau buat Ikram macam tu? Kau tak kasihan ke?” Intan mula menyoal perbuatanku sebaik sahaja kami di dalam kereta. Wajahnya kupandang. “Intan, aku masa lalu dia. Kami dah tak apa- apa.”
“Tapi dia cuma ingat kau! Bukan ibu bapa dia. Bukan Faris. Nobody!” Intan meninggikan suaranya. Tak puas hati dengan jawapanku.
“Dah tu, kau nak aku buat apa? Layan dia? Teruskan hubungan yang tiada? Intan, macam mana kalau dalam 6 tahun, dia ada seseorang?” Aku cuba sebaik mungkin menerangkan alasanku. Ya, itu alasanku. Walaupun hanya sebahagian. “Tta… Tapi…”
“Intan, at least fikir tentang aku! Fikir macam mana dalam tempoh kami bersama, aku jatuh cinta pada dia? Macam mana kalau dalam masa tu, ingatannya kembali? Intan, at least fikir tentang aku! Perasaan aku! Masa depan aku! Orang akan kata dia innocent sebab dia tak ingat apa- apa, tapi aku? Tapi aku? Intan, please!” Aku terus menjerit. Ya, itu alasasn sebenarku. Aku yang masih belum mampu melupakan dia, meneruskan hubungan dengannya. Apa akan jadi pada hatiku nanti? Siapa boleh jawab?

Selepas pertengkaran antara aku dan Intan, kami tak berhubung. Aku tak salahkan dia. aku masih meneruskan hidupku. Ditemani dengan buku dan kafe. Kadang kala aku menerima panggilan daripada nombor yang tak ku kenali. Selepas beberapa kali nombor itu muncul, dengan lemah aku mengangkat.
- Ya, boleh saya tahu siapa?
- Hana?
- Ya, saya. Encik ni siapa?
- Hana, ni Ikram.
- Ik… Ikram? Mana awak dapat nombor saya? Ah, awak dah okay?
- Alhamdulillah, saya dah keluar wad kelmarin. Hana, awak ada mana?
- Saya tengah kerja. Kenapa?
- Saya nak jumpa. Hana, saya rindu awak
- Ikram, saya minta maaf. Saya rasa saya tak boleh tunaikan hajat awak
- Kenapa? Hana, saya kenal awak saja. Please?
- Ikram, biar saya terus terang. Saya tak tahu kenapa awak kenal saya saja tapi, tolong cari diri awak yang sekarang. Saya tak wujud dalam dunia awak selepas kita berpisah 6 tahun lalu. Please understand. Become a person you supposed to be not used to be. Don’t be like a puppy, depend on me. Apa yang saya pasti, awak bukan macam ni. Selamat tinggal dan jangan hubungi saya lagi.

Tanpa membuang masa, talian ditamatkan. Entah bila, air mataku menitis. Sungguh, aku nak lupakan dia! Aku nak maju ke hadapan. Both of us need to move forward. Raut wajahnya tiba- tiba menerjah ke mindaku. Ya, aku tahu aku dan dia tak mungkin bersama. Dia enggang. Aku pipit. Dia serba boleh. Aku, hanyalah insan biasa. Ya, itu sebaiknya. Berpisah. Strangers. Tetapi, kenapa hati ini terasa sakit? Tak mampukah aku untuk menerima kenyataan?

Masa terus berlalu. Panggilan daripada Ikram mula berkurangan selepas sebulan berlalu. Aku tak pernah mengangkat panggilannya selepas perbualan kami tempoh hari. Intan, hurm, kami mula berhubung semula selepas dia memohon maaf. Aku tak pernah salahkannya. Masing- masing ada pandangan mereka sendiri.

Hari ini, sesuatu yang mengejutkan berlaku. Dia muncul di hadapan kedaiku. Ya, dia! Aku yang baru saja pulang daripada membeli barang agak terkejut apabila melihat dia berdiri segak di hadapan kedai tanpa menghiraukan terik mentari yang memancar. Senyuman mekar di bibirnya apabila matanya melihat aku tiba. Tanpa sedar aku menunduk, menahan malu.
“Ik... Ikram, awak buat apa di sini?” Aku terus menyoal. Hilang sudah perasaan malu, yang tinggal hanyalah rasa sangsi. Pelbagai spekulasi cuba kubuat. Ikram yang masih berdiri di pintu sekadar berdiam diri. Pintu di tolak sebaik sahaja aku membuka kunci. “Um, duduklah mana- mana. Saya sediakan minuman sekejap.”

Suasana antara kami senyap. Hamper 5 minit berlalu selepas aku tiba bersama dua gelas jus oren. Ikram yang duduk bertentangan kuperhati. Segala gerak gerinya.
“Boleh saya tahu sebab apa awak datang sini?” Aku memulakan perbualan, tak mahu menunggu lebih lama. Kafe terpaksa kututup buat hari ini.
“Hana, kenapa kita berpisah?” Soalan Ikram membuatkan aku terpaku. “Ikram, saya sendiri nak tahu kenapa awak putuskan hubungan kita. Tetapi itu dah tak penting. Saya cuma mahu menikmati hidup saya sebaik mungkin.”
“Saya tak mahu kita putus, Hana. Saya sayang awak!” Pengakuan daripada dia membuatkan aku tergamam. Sayang? Aku menggeleng kepalaku. Andai itu kebenarannya, aku tak berani untuk bertaruh. Biar saja ia berlalu.
“Siapa yang bercakap? Awak 6 tahun yang lalu ataupun awak yang sekarang?” Dia sekadar berdiam diri. Aku terus menguatkan semangatku.
“Ikram, ini kali terakhir saya bercakap sopan dengan awak. Selagi awak tak pulih ingatan awak, saya harap kita tak berhubung. Saya tak kisah awak nak kata saya kejam atau apa, tapi Ikram, saya minta awak tunaikan harapan saya. Tolong jangan cari saya. Tolong cari diri awak sendiri. Saya tak nak, tanpa sedar awak lukakan hati orang lain. Ibu bapa awak. Insan terpenting dalam hidup awak. Ataupun kekasih awak. 6 tahun, Ikram! 6 tahun! Banyak yang boleh berubah. Anggap saja saya hanyalah sejarah. Dan saya harap awak jangan ungkit fasal hubungan kita sebab ianya langsung tak wujud! Kita hanya teman rapat. Itu saja! Tolong, Ikram. Kalau awak tak nak, tolong buat demi saya!”
Air mata yang menitis kubiarkan. Mataku memandang tepat ke dalam matanya. Dia yang kulihat terkejut hanya mampu terpaku sebelum dia melangkah pergi tanpa sepatah kata. Ya, ini yang terbaik. Kisah hidup aku hanyalah biasa. Tiada naik atau turun. Ini permintaanku.

Selepas beberapa minggu, aku mendapat berita daripada Intan berkenaan dia. Alhamdulillah, ingatannya sudahpun pulih. Ibu bapanya menangis sebaik sahaja menerima berita gembira itu. Aku sekadar mengirim ucapan tahniah dan syukur padanya. Aku berharap tiada lagi interaksi antara aku dan dia.

Kafe ku masih lagi disinggahi pelanggan. Bisnesku berjalan seperti biasa dan aku selesa begini. Koleksi buku ku juga makin bertambah. Pekerja yang bekerja di bawahku tangkas bergerak melayan tetamu. Aku yang baru tiba terus ke bilik ku. Buku yang baru sampai ku buka lalu ku baca.
“Um, bos. Ada orang cari.” Shila, pekerjaku memanggil belum sampai 5 minit aku di situ. Dengan malas, aku terus ke meja yang ditunjukkan Shila.
“Um, maafkan saya. Encik cari saya ke?” Aku menyapa jejaka yang sedang duduk selesa di bahagian tingkap. Raut wajahnya langsung terlindung dengan kaca mata hitam membuatkan aku menduga identitinya. Seingat aku, tiada sesiapa yang aku kenal sekacak dia.

“Awak dah lupa saya?” Suara garau milik dia membuatkan aku tergamam. Mataku tak lari daripada memandangnya yang sedang menanggalkan kaca matanya. Wajah kacak Ikram terpamer di hadapanku membuatkan aku terpaku di situ.
“Apa kata kalau awakpun duduk?” Dia berkata bersahaja. Langsung tiada senyuman seperti sebelum ini. Ya, ini Ikram yang aku kenal dahulu. Sentiasa bersahaja. Tak pernah menunjukkan perasaannya di wajah. Tanpa sedar, aku mengambil tempat bertentangan dengannya. Aku terus memanggil Shila untuk mengambil pesananku.
“Awak dah ingat semula?” Aku terus menyoal sebaik sahaja minumanku tiba. Ikram sekadar mengangguk membuatkan aku mengeluh lega. Tiada siapa yang mahu hidup sementara sebahagian memorinya hilang.
“Boleh saya tahu tujuan awak datang jumpa saya?” Aku menyoal lagi. Aku tak mahu berlama- lama di situ. Masih banyak yang harus aku lakukan.
“Tak boleh saya melawat awak?” Dia membalas soalanku tanpa mengalihkan pandangannya daripada skrin handphone.
“Saya tak biasa terima tetamu dan saya lebih selesa berjumpa kalau ada urusan sahaja.” Aku sememangnya jenis yang tak suka berjumpa orang. Tengok sahaja kafe ku. Melainkan perlu, barulah aku muncul. Sebab itu ramai yang tak tahu pemilik kafe ini. Dan aku selesa begitu.
“Hana, awak tak pernah berubah. Masih dengan tabiat awak yang suka terperap dalam bilik. Dan kebetulan saya memang ada urusan dengan awak.” Aku sekadar berdiam diri. Menunggu kata- katanya yang seterusnya.
“Hana, awak nak tahu kenapa hanya awak sahaja yang saya ingat selepas saya koma?” Soalannya membuatkan aku berfikir. Mahukah aku tahu kebenaran?
“Hana, sekarang ada dengan sesiapa ke?” Aku sekadar tersenyum nipis sambil menggeleng lemah. “Saya tak pernah ada sesiapa dan tak akan ada sesiapa.” Aku menjawab ringkas.
“Awak tahu tak, selama saya kenal awak, ada satu sahaja yang saya tak suka tentang awak. Sikap pesimis awak.” Aku agak tersentap apabila mendengar dia meninggikan suara secara tiba- tiba. Hati terasa seakan- akan tercucuk mendengar apa yang dikatakannya.
Ya, aku memang seorang pesimis. Aku tak pernah menidakkan. Aku pesimis dan suka menyendiri. Tetapi aku terima diri aku dan aku tak mahu berubah kerana aku tahu bila untuk bersikap biasa dan normal. Kalau tak, bagaimana aku mampu untuk memiliki kafe. Aku lebih pesimis terhadap diri dan perasaanku.
“Terima kasih kerana berterus terang.” Aku cuba sebaik mungkin untuk bernada biasa. Rasa kecewa kusorok sedalam mungkin. Aku tak mahu air mataku menitis di hadapannya. “Kalau tak ada apa- apa lagi, saya nak teruskan kerja, encik Ikram.” Tubuhku yang cuba berdiri kembali terduduk apabila di suruh. Aku sekadar mengikut.
“Saya tak habis cakap lagi. Pada mulanya saya ingat awak ni introvert tapi lepas saya luang masa bersama awak, saya sedar sesuatu.  The way how we thought things are different. Awak lebih ke arah pesimis. Awak tak pernah cuba berfikir dari sudut positif. Tak, awak tak pernah terima kemungkinan yang positif. Tengok saja masa kita bersama. Awak berfikir kita sebagai teman rapat. Awak tak pernah merungut dan meminta. Awak…”
Aku yang tak mampu mendengar cemuhan dan kritikannya terus berdiri. Muka ku merah menahan marah. “Encik, saya tak kisah kalau encik tak suka personaliti saya tapi tahu satu sahaja. Saya terima diri saya. Saya tahu siapa saya dan macam mana saya berfikir dan saya selesa begitu. Saya rasa lebih baik encik pergi. Saya minta maaf andai saya menyusahkan awak.”
Tanpa membuang masa, aku terus mengatur langkah ke bilik ku. Ikram mengekoriku daripada belakang. Shila dan mereka yang lain sekadar memandang buntu. Aku tak menyangka dia akan mengikutiku sehingga ke bilik ku. Langkahku terhenti apabila tanganku tertangkap.
“Hana, awak tak faham ke apa yang saya nak sampaikan? Kenapa awak sahaja yang saya ingat selepas koma, dan kenapa saya kecewa? Hana, saya sayang awak! Despite your personalities, I actually hate myself that I actually love you because them! Awak tak salah apa- apa Hana. Walaupun saya tahu personaliti awak, saya tak sepatutnya pendam perasaan saya. Saya biarkan awak dengan tanggapan awak. Tanggapan negatif awak. Saya putuskan hubungan sebab saya tak boleh terima kenyataan dan saya tahu pilihan saya salah. 6 tahun saya cari awak Hana. Sebab awak tak ada ramai teman, saya bagai nak gila! Lepas 5 tahun baru saya tahu awak berkawan dengan Intan. Itupun daripada Faris. Hana, saya menyesal lepaskan awak. Saya cuba dapatkan berita tentang awak. Kisah hidup awak, alamat awak, semuanya. I’m your stalker, Hana! Malam saya accident, saya dalam perjalanan untuk berjumpa awak. Namun, entah kenapa, saya rasa takut. Pelbagai andaian bermain di minda saya. Saya mula berfikir negatif. Andai awak ada kekasih, ataupun dah berumahtangga walaupun saya tahu dari Intan awak sendirian. Sebab andaian itu, saya hilang fokus dan accident.”
Aku yang mendengar sekadar terdiam kaku. Ikram masih berdiri di hadapanku bersama raut wajahnya yang pilu. Mindaku kosong. Langsung tak tahu apa nak difikirkan.
“Hana, 6 tahun berlalu selepas kita berpisah. Dan 6 tahun saya menahan rindu, menyiksa jiwa dan menyalahkan diri. Dan 6 tahun ni, langsung tak hilang cinta saya pada awak. Hana, saya minta keampunan daripada awak tetapi, saya minta satu sahaja… Tolong terima saya semula?”
Akhir kata, air matanya jatuh jua membuatkan aku terpana. Rasa bersalah terbit di jiwaku. Aku tahu masalah sebenar terletak pada personaliti kami. Aku yang lebih bersikap pesimis dan dia yang lebih suka memendam. Aku tahu, aku tak mampu ubah diri aku tetapi kami tak akan jadi seperti dahulu.
Masa mematangkan minda seseorang. Ada yang kata, di usia bawah 10 tahun, kita baru mula mengenali sekeliling. Siapa keluarga, siapa kawan siapa itu dan siapa ini. Di usia bawah 20, kita mula belajar emosi. Namun, perubahan fizikal sering kali membuatkan kita lupa bahawa untuk emosi itu matang, memerlukan lebih masa berbanding fizikal. Kita selalu fikir kita bijak dalam membuat keputusan namun, kita alpa kita sering kali membuat keputusan berdasarkan emosi. Hilang logik. Dan saat kita mencecah 20 tahun, kita mula melebarkan sayap. Kita belajar tentang dunia. Kita memantapkan diri dari sudut zahir dan batin. Fizikal dan juga emosi. Kita tahu di mana logik.

“Hana…”
Aku memandang Ikram yang masih lagi di hadapanku. Aku menarik nafas sedalam mungkin sebelum melepaskan. Senyuman terukir di bibirku.


“Dalam ingatan saya, hanya segelintir lelaki saja yang mampu saya hafal; ayah, abang Long, dan dia. Dia yang mempunyai nama Muhammad Ikram Suhaimi bin Dato’ Iskandar Syah…”

1 comment:

  1. Assalamualaikum sis...welcome back nice entry....Dear My Witch bila nak smbg sis...

    ReplyDelete

Santai ...