Fantasy X Reality

Fantasy X Reality

Followers

Friday, February 12, 2016

Dear My Witch [Nota 10]

Jemput baca ya~


“Pardon?”
Suasana sekeliling serta merta bertukar sepi. Mynn yang hanya bersuara sepatah perkataan saja menjadi tumpuan membuatkan Ena dan Nina bertambah berang. Lebih- lebih lagi dengan gaya Mynn yang langsung tak mengendahkan mereka apatah lagi mengambil serius.
            “Nina suruh kau siapkan semua ni! Kau pekak ke apa hah?” Ena menempelak tiba- tiba. Mynn yang tadinya bersandar mengeluh sebelum mendekati timbunan barang. Ena dan Nina yang melihat Mynn yang dahpun membongkok membelek timbunan barang mula tersenyum kemenangan. Ara yang tadinya berdiri berhampiran Ayu dan Lia mula melangkah jauh. Rasa bosan mula tersemat. Kecewa juga menerpa apabila melihat respon yang dirasanya langsung tak menarik daripada Mynn. Lain pula dengan Ayu dan Lia. Masing- masing berbelah bagi. Nak menolong tapi tak ada keberanian. Akhirnya mereka sekadar berdiri kaku.
Mynn yang sedang sibuk membelek sambil terangguk- angguk menjadi perhatian. Beberapa barang di asingkan. Selang beberapa minit, dia bangun semula. Pandangannya tepat ke arah Nina dan Ena.
            “Hn, saya dah asingkan semua barang. Boleh saya pergi?” Nina dan Ena ternganga. Mynn yang masih berdiri di hadapan mereka dipandang tajam sebelum mata mereka memandang timbunan barang yang dah di asing rapi.
“Aku suruh kau BASUH, JEMUR, LIPAT dan GOSOK lah, bodoh!!! Buku tu aku suruh kau siapkan!” Nina menjerit nyaring membuatkan Mynn yang berdiri hampir dengannya terpaksa menutup telinganya.

Mereka terpinga dengan aksi Mynn yang secara tiba- tiba menadah tangan kanannya seolah- olah meminta sesuatu. Namun, dengan pantas Ena menepis kasar membuatkan Mynn mengeluh. Moodnya juga bertambah buruk namun dia cuba bersabar. Keywood ‘cuba’. Dia menarik nafas dalam- dalam sebelum cuba berkomunikasi secara baik. Sekali lagi, keyword ‘cuba’.
            “Saya rasa dari awal lagi saya kata yang saya ni amat sibuk. Dan saya tak kisah kalau senior nak minta saya tolong buat apapun. Membasuh ke apa. Tapi, tolong, tolong dan tolong ingat dan faham yang saya tak pernah buat sesuatu tanpa balasan melainkan saya yang hulurkan tangan! Jadi, kalau betul senior nak saya habiskan masa buat semua kerja senior ni, hurm, mungkin RM50? Kalau tak mampu, tolong buat sendiri! Memalukan!”

Mereka tergamam mendengar kata- kata Mynn sebelum suasana bertukar bingit. Ena dan Nina semakin panas. “Berani kau minta duit dengan kami?” Ena mengugut sambil menengking membuatkan Mynn tertawa sinis seolah- olah mencemuh.
            “Kalau senior berani menyuruh kenapa pula saya tak berani meminta? Lagipun, come onlah, senior ingat kita hidup dalam zaman apa? Zaman batu? Wake up lah my dear sisters! The world we live right now is revolved with money. Even this kind of job can be money- maker. Kalau tak, tak adanya cleaner atau ghost writer. Jadi, saya ingatkan sekali lagi, kalau rasa tak mampu nak bayar orang buat kerja tu, jangan suruh orang dan buat sendiri. Take care by yourselves. Dan, seingat saya, mak ayah saya hantar saya kat sini untuk belajar, bukannya jadi maid atau cleaner untuk senior semua. Sendiri buat, sendiri punya kan, jadi sendiri tanggung! Nanti jangan sampai dah kawin pun sampai nak kena upah orang buat semua kerja. Entah- entah silap hari bulan, kerja ke mana, laki pun ke mana!”
Mynn terus melangkah meninggalkan bilik σ sebelum dia berhenti semula seolah- olah baru teringat sesuatu. Wajah Ena dan Nina dipandang dan sambil tersenyum kecil dia berkata, “Sebelum saya terlupa, saya tak kisah sebenarnya apa senior nak buat. Nak buli ke, nak mengumpat kea tau nak ponteng ke cuma tolong jangan sampai saya terlibat, ‘kay?”
Dari jauh kedengaran melodi yang dimainkan dari mulut Mynn membuatkan mereka yang masih berdiri di situ terpinga-pinga. Hanya satu saja yang bermain di fikiran mereka. ‘She’s really one hell of WITCH!’

            “Mynn, ada orang cari!” Syikin selaku wakil kelas menjerit lantang membuatkan semua rakan sekelasnya memandang ke arah pintu masuk.
Kehadiran yang tak dijangka daripadanya membuatkan kelas 4ST1 bertukar gamat. Nik yang sibuk menyalin nota sejarah milik Hakim mendongak. Rasa ingin tahunya membuatkan dia lupa kerja yang harus dia siapkan. “Amal?”
            Lia menggoncang lembut tubuh Mynn yang masih lena di buai mimpi. Selepas beberapa kali cubaan, Mynn membuka matanya sebelum bangun dan melangkah dalam keadaan mamai ke arah pintu masuk.

Amal menunggu dengan penuh sabar di luar kelas. Niatnya untuk masuk ke dalam terbantut apabila kelas yang dilawatinya itu mula bising sebaik saja dia tiba. ‘Ingat aku ni artis ke apa?’ Dia mengomel sebelum tersentak apabila disapa.
            Mynn menunggu respon daripada jejaka di hadapannya itu. Wajah beku Amal dipandang tepat. “Hn, cikgu Nisa minta saya berikan ni kepada awak. Katanya, kalau ada apa- apa masala atau soalan, datang jumpa dia terus.” Kertas di tangan terus dihulurkan. Mynn yang masih belum tangkap apa yang cuba disampaikan Amal sekadar mengangguk sebelum kertas itu diberi perhatian sehinggakan dia sedar sepenuhnya.
“PENCALONAN PENGAWAS?”

Bantal empuk miliknya ditumbuk berulang kali namun kemarahannya yang membuak masih belum reda. Insiden lepas berulang kali bermain dalam kotak fikirannya sehinggakan terbawa- bawa ke dalam mimpi. Dan bukan sekali dia dimalukan di hadapan orang ramai malah berulang kali!
Ena yang baru tiba memandang pelik kawannya itu. Dah kena sampuk ke? Namun, melihat wajah tension dan frust milik Nina, dia dapat mengagak puncanya.
            “Nina, kalau aku kata aku ada plan ‘baik’ punya, kau berminat tak?” Ena yang secara tiba- tiba duduk bersebelahannya dipandang. Namun, tanpa membuang masa, Ena terus merapati Nina lantas berbisik sesuatu.
            “Kau yakin ke dia akan ikut ni?” Nina menyoal sangsi. Bukan apa, dah banyak kali rancangan mereka gagal. “Kau jangan risau, aku yakin berjaya punya.”

Kata- kata Ena yang penuh keyakinan membuatkan Nina mengangguk. Mindanya mula membayangkan plan mereka berhasil. Akhirnya, mereka ketawa bersama.

1 comment:

  1. Assalamualaikum....sis...bila nak sambung...

    ReplyDelete

Santai ...