Fantasy X Reality

Fantasy X Reality

Followers

Saturday, January 09, 2016

Dear My Witch [Nota 08]



 hi... Maaf la lama tak update... Sibuk dengan kerja yang tertunggak dan juga masalah lappy... T_T
Sampai sekarang lappy tak okay... nampak gaya macam nak kena beli baru... 
haih... bilalah agaknya ya?
okay, kembali kepada cerita~
Azreen menggeliat malas sebelum memandang kosong katil di sebelahnya. Mindanya masih lagi belum beroperasi sepenuhnya. Fikirannya asyik memikirkan tentang kem yang bakal diduduki bermula esok. Tanpa sedar, keluhan penjang dilepaskan.
            “Mynn, akak rasa … Mynn???!” Azreen terkaku apabila menyedari katil di sebelahnya kosong tanpa penghuni. Setahu dia, hari cuti macam ni biasanya liat untuk Mynn bangun awal selepas subuh. Jadi ke mana hilangnya dia?

Azhar mendengus kasar. Jarinya tak henti- henti mengetuk meja di hadapannya. Wajah pelajar perempuan di hadapannya di tenung tajam. Soalannya masih lagi tergantung tanpa jawapan. Tahap kesabarannya makin menipis lebih- lebih lagi apabila gadis yang berusia 16 tahun itu langsung tak mengendahkannya. Akhirnya matanya dikalih dan tertumpu pada Maryam yang duduk tak jauh daripada mereka. Perhatiannya mula beralih kepada tangan kanan Maryam yang dah berbalut rapi sebelum kembali kepada gadis muda itu.
            “Saya tanya awak sekali lagi, Syahminn! Apa yang awak buat semalam sampai cikgu Maryam boleh cedera macam ni?” Nadanya dikeraskan, cuba untuk menakutkan pelajar di hadapannya namun ternyata sia- sia apabila gadis itu sekadar menguap kecil menandakan dia masih lagi mengantuk.
BAM!!!
“NUR SYAHMINN HUMAIRA! Awak sedar tak dengan siapa awak berhadapan?” Azhar menengking sambil menghentak kuat meja di hadapannya membuatkan Maryam sedikit tersentak. Mynn yang pada mulanya tak ambil perhatian mula menjeling tajam warden aspura yang berusia 29 tahun itu membuatkan jejaka itu terkaku.
            “Dan boleh saya tahu atas sebab apa saya dilayan macam pesalah? Saya tak rasa cikgu Maryam ada kata apa- apa.” Mynn menjawab ringkas namun nadanya kedengaran keras. Tak puas hati kerana dipanggil awal- awal pagi.
“SYAHMmm…”
“Azhar, sudahlah! Awak nak saya ulang berapa kali baru awak boleh terima yang saya cedera atas kecuaian sendiri dan Mynn membantu? Ah, Mynn, awak boleh pergi. Sekali lagi, saya ucapkan terima kasih atas bantuan awak dan juga mohon maaf bagi pihak cikgu Azhar.”
Mynn sekadar mengangguk sebelum melangkah pergi. Kini, bilik itu hanya di diami mereka berdua. Melihat saja bayang Mynn menghilang, Maryam melepaskan keluhan panjang sebelum memandang lembut ke arah suaminya itu.
            “Azhar, saya tak tahu apa yang buat awak benci sangat pada Mynn dan saya tak nak ambil tahu tapi satu saja saya minta dan rayu. Tolong, tolong dan tolong, jangan kerana rasa benci yang mungkin tak sepatutnya wujud, awak sanggup gadaikan maruah awak. Maruah sebagai seorang guru dan juga sebagai orang Islam.”
Azhar tergamam sebaik saja mendengar kata- kata Maryam. Wajah isterinya dipandang lama. Air mata mengalir membuatkan dia rasa serba salah. Hatinya mula resah. Mindanya mula menyoal. Apa yang buatkan dia benci gadis bernama Syahminn itu? Tanpa dipinta, mindanya terus memberi jawapan. The Witch! Khabar angin tentang gadis itu tersebar meluas sehinggakan pihak atasan turut tahu. Namun, kenapa dia percaya tentang khabar angin itu sedangkan Hj Talib, pengetua sekolah dengan mudah sekadar tertawa. Kenapa dan kenapa? Reputasi. Ya, kerana gadis itu langsung tak kisah apa mereka gelar dia malah dia hanya meneruskan gaya hidupnya. Ya, kerana gaya hidupnya dan juga personalitinya yang membuatkan dia percaya gadis itu benar- benar The Witch!

“Azhar?” Panggilan dari Maryam mengejutkan Azhar dari lamunannya. Malu mula datang. Ah, andai dapat dia undur masa…
            “Maryam, Azhar minta maaf atas ketidakmatangan Azhar sehinggakan memalukan Maryam. Haih, Azhar pun tak tahulah. Rasa macam diri ni dirasuk apabila mendengar nama Syahminn. Mungkin Azhar masih tak matang. Maafkan Azhar, ya?” Maryam sekadar terseyum lembut sebelum mengangguk dan memeluk suaminya. Setiap manusia ada kelemahan. Ya, setiap manusia!

“Whoa, is there anyone? Ah, cikgu Maryam, are you okay?” Dia sekadar merona kemerahan. Nasib baik kegelapan malam menyembunyikan warna wajahnya saat itu lebih- lebih lagi di hadapan gadis itu. Dia memperkuat genggaman tangan kirinya berpaut di tangan kanan gadis itu. Nasibnya baik gara- gara ketangkasan gadis itu memaut pinggang dan tangannya, dia tak jatuh tersembam. Nyaris- nyaris. Hanya tangan kanannya saja yang mencecah lantai yang berair itu. Kalau tak, memang sengallah punggung tu, hah!
            “Ah, terima kasih, Mynn. Saya tak apa- apa. Aduh!” Maryam akhirnya melepaskan genggamannya dari tangan Mynn selepas dia sudah cukup tenang namun mengerang kesakitan apabila dia cuba menggerakkan tangan kanannya. Dia mati kata. Air mata mula mengalir secara tiba- tiba.
            “Hurm, tangan kanan cikgu nampak gaya macam terseliuh. Mungkin sebab tak mampu tampung daya dan berat cikgu masa cikgu nak jatuh tadi. Tunggu sekejap.” Belum sempat dia menghalang, Mynn dahpun hilang dalam kegelapan.
Maryam tersentak apabila tangannya tiba- tiba disentuh. Hampir saja dia menjerit sebelum Mynn menutup mulutnya. Tanpa kata, Mynn terus menyentuh tangan kanan Maryam sebelum memicit dan mengurut lembut di bahagian bengkak membuatkan cikgu muda itu menjerit kecil.
            “Hisy, cuba tahan sikit. Bukannya sakit sangatpun. Macam budak kecik!” Mynn membebel. Maryam sekadar terdiam walaupun dalam hati nak saja dia menengking gadis itu. Tak sakit sangat? Memanglah, sebab bukan dia yang rasa!
“Okay, done. Cuba cikgu bangun. Tengok mana lagi yang sakit atau terseliuh.” Mynn mengarah. Maryam sekadar mengikut. Tanpa sedar, tangan kanannya dahpun berbalut rapi. Dalam gelap, Maryam nampak gadis muda itu mengangguk apabila melihat dia tiada masalah lain.
“Cikgu naik tadi tak bawa lampu suluh ke?” Mynn menyoal apabila sedar mereka masih dalam kegelapan. “Mungkin terjatuh mana- mana.” Selang beberapa minit, Maryam mengeluh lega apabila cahaya mula terpacar dari arah Mynn sebelum terarah kepada lantai tempat dia hampir jatuh.
            “Ini mesti ada yang bawa masuk pakaian basah ke dalam bilik!” Maryam merungut geram apabila menyedari ada kesan basah di lantai. Bukan mereka tak tahu yang pakaian basah tak dibenarkan masuk ke dalam bilik. Tak fasal- fasal dia yang mendapat nasib malang!
Baru saja dia nak melangkah ke arah bilik pelajar, Mynn menghalang dengan memegang lengan kiri Maryam. Dia berhenti serta merta. “Biarlah cikgu. Dah lewat ni, saya pun nak masuk tidur dah. Mari saya hantar cikgu. Nanti jatuh lagi, tak fasal- fasal terus ke hospital.” Maryam tergamam dan tanpa banyak soal, dia menurut. Sedar- tak sedar, dia dahpun sampai di hadapan biliknya, bilik warden. Apabila Mynn mula melangkah pergi, barulah dia tersedar. Cepat- cepat pelajar itu dikejar. “Mynn, terima kasih ye dan minta maaf sebab dah susahkan awak.” Maryam cuba lawan dari wajahnya merona kemerahan menahan malu. Wajah tenang Mynn dipandang tepat.
“Hn. Kebetulan saya lalu jadi no hal. Anyway,saya nasihatkan cikgu buat medical check- up.” Mynn membalas sambil menunding ke arah tangan kanan Maryam yang berbalut. Dia yang mendengar peingatan dari Mynn tertawa kecil. “You really treat me like a child, huh, Mynn? Cikgu tahu, esok cikgu pergi.”
            “Hn, whatever! Lain kali tolong berhati- hati. Saya nak nasihatkan juga, dari cikgu buang masa meronda satu aspuri tengah- tengh malam macam ni, lebih baik cikgu duduk dalam bilik cikgu saja. Tak pun tengok saja dari bawah atau suruh biro asrama dan pengawas yang buat. Saya tengok mereka pun bukan buat apapun. Budak- budak kat sini pun dah besar panjang. Biarlah mereka nak buat apapun, mereka yang kena tanggung akibatnya. Lagi- lagi dengan sikap cikgu yang penakut macam budak kecik ni, menggelabah cepat dan kuat melatah, apa- apa jadi menyusahkan orang lagi adalah. Tambah lagi nak kena soal jawab dengan cikgu Azhar tu, hah! Dahlah, selamat malam. Assalamualaikum.”

Maryam sekadar tersenyum walaupun mendapat bebelan panjang dari Mynn, pelajarnya sendiri. Matanya masih lagi mengikut susuk Mynn yang mula hilang dalam kegelapan. Apabila yakin gadis itu hilang dari pandangan, dia memegang tangan kanannya yang berbalut. “She’s just 16 yet ...”

1 comment:

  1. Assalamualaikum....thanks...jln cerita yg menarik dan tak sabar tunggu kesinambungan cerita ni...

    ReplyDelete

Santai ...