Fantasy X Reality

Fantasy X Reality

Followers

Sunday, November 08, 2015

Falling in love with the QUEEN! 02

O_o Hai, lama tak update... Penat dan sibuk dengan exam... T_T
Minggu ni pun exam ada lagi... Jadi memang susah sikit nak update....
Maaf ye...
apa- apapun, ni yang saya main tulis je... ^^,

“Urm, awak, saya Muhammad Que Ryzal, kawan sekelas Nana. Panggil Q. Boleh saya tahu nama awak?” R terdiam. Wajahnya memandang kosong jejaka yang duduk di sebelahnya. ‘Is that a pick up line? Whoa, are you six? What a lame …’ Dengan itu, dia terus menjamah makanannya tanpa langsung menjawab.
Q terkaku. Okay, aku tahu tu the worst pick up line but come on… At least, answer me! Damn it! Kau tak perasan ke lelaki handsome ni tengah borak dengan kau? Dengan itu dia terus memandang gadis di sebelahnya tanpa menoleh sedikitpun.
Okay, sekarang dia rimas. What the… Dalam dia dia sempat encuri pandang jejaka disebelahnya. Tinggi ala- ala model, mungkin dalam 1.8 or 1.9 m? Muka? Handsome lebih- lebih lagi dengan dia punya sense of fashion. Tak terlalu keterlaluan dan tak terlalu plain tapi cukup membuatkan dia menjadi perhatian ramai kecuali dia!
“… How annoying.” Dengan nada perlahan, R merungut namun sempat lagi ditangkap Q. “Excuse me?” R melepaskan keluhan. Kalau dia terus tak endahkan jejaka itu entah sampai bila jejaka itu akan mengalah. Silap hari bulan, bermalam pula kat sini!
“Saya Nur Farihah Dyana, sepupu Nana yang tua dua tahun. Panggil R.” Dia menjawab bersahaja sebelum menyambung semula menjamah membuatkan Q mati kata.
“Ah, urm…”
“Q?”Panggilan dari Nana membuatkan kata- katanya tergantung. Matanya cepat- cepat melihat Nana yang sedang mencarinya. “Lebih baik awak pergi kat awek awak tu.” Kata- kata dari R membuatkan hatinya seperti ditoreh pisau. ‘Kenapa?’ Belum sempat dia menjawab persoalannya sendiri, tanpa sedar dia dahpun melangkah ke arah Nana.
“Q, you pergi mana tadi? Puas I cari!” Nana merungut sebaik saja ternampak susuk tubuh yang muncul entah dari mana. Soalan dari Nana membuatkan dia tersedar seolah- olah dari lamunan. Dia sekadar tersengih panjang sebelum jari telunjuknya menunjuk ke arah mana dia datang tadi membuatkan mata Nana mengikut.
“Itu…” Wajahnya terus bertukar suram sebaik saja matanya jatuh tepat ke satu susuk yang sedang tenang menjamu selera di atas kerusi dari satu sudut yang agak tersorok. Farihah aka R, mempunyai susuk tubuh yang sederhana namun lebih kecil darinya dengan berambut paras bahu yang sentiasa dilepaskan melainkan ada yang cuba meng’style’kannya dan berpakaian comel yang masuk dengan fizikalnya dipandang.
“You duduk kat sana? Sebelah sepupu I, R?” Nana menyoal cuba memastikan walaupun dalam hati dia berharap itu hanyalah tanggapannya namun apabila Q sekadar mengangguk tersenyum, Nana terdiam sebelum melepaskan keluhan. Rasa menyesal meninggalkan Q berseorangan wujud tiba- tiba. Mana taknya, dia faham dari riak wajah Q, jejaka itu berminat dengan sepupunya. Minat dari segi apa, dia sendiri tak tahu tapi minat tetap minat, kan?
“Jadi betullah dia sepupu you? Tak sama pun.” Q menyoal sekali lagi sambil memandang Nana. Kalau dari pandangan matanya, Nana boleh dikategorikan dalam kumpulan cantik; bentuk badan ala- ala model, tinggi dan berkulit cerah beserta rambut yang panjang melepasi bahu. Berbanding dengan R, gadis itu boleh dikategorikan sebagai comel. Namun, entah kenapa kategori itu yang tiba- tiba menarik perhatiannya. Atau, hanya R?
“Yup, she’s my cousin. Tua dua tahun dari kita. I tak tahu apa yang ada dalam minda you tapi I nasihatkan lebih baik you lupakan. Sepupu I ni bukan macam ex you atau mana- mana girls yang you kenal. Kalau you tanya I, just two words; weirdo and Queen!”
Nana terus menunding jari telunjuknya ke arah R membuatkan Q menelan soalan yang ingin diutarakan. Mata mereka tertumpu pada arah R.

“Sarah, pergi ambilkan akak air dan kek. Lepas tu, pergi beli aiskrim untuk yang lain. Baki akak nak.” Sarah sekadar mengangguk sambil mengambil not RM 50 dari tangan R. Dia memang dah biasa dengan tabiat sepupunya itu. Suka mengarah itu ini tapi selalu juga belanja. Jadi, memang tak ada yang menolak malah siap meng’offer’kan diri adalah!
Q terus memandang R yang masih menjamu selera selepas Sarah lesap sebelum memandang semula ke arah Nana meminta penjelasan. “You see, perangai R tu lagak macam Queen. Mengarah itu ini. Kalau you tak ikut, dia just ‘blacklist’ you sampai la you minta maaf kat dia. Sepupu I ni tak kisah pun sesiapa sebab family dia semua manjakan dia. Iyalah, satu- satunya perempuan dalam family. Tapi, dia selalu juga belanja orang. Pendek kata, dia ni jenis ikut mood. Memang susah nak faham dia. Jadi, lebih baik you… ?”

R memberhenti tindakannya apabila sedar ada seseorang yang sedang berdiri di hadapan. Lambat- lambat dia mengangkat wajah. Gelas yang terisi air anggur langsung tak menarik perhatiannya apabila dia sedar pemilik tangan yang memegangnya. Wajahnya berubah suram. Langsung tak suka kehadirannya.
Q sekadar tersenyum. Tangannya masih lagi memegang gelas dan juga pinggan yang terisi kek coklat. Reaksi R langsung tak diendahkan malah dia masih terus berdiri sambil menghulurkan gelas dan pinggan. “Saya tolong Sarah ambilkan untuk awak. Dia masuk dalam ambil order untuk aiskrim.”
Nana tak henti- hnti menyumpah seranah Q yang sedang berdiri di hadapan R. Dari reaksi sepupunya, dia tahu gadis itu agak kurang senang. Dia tiba- tiba tersentak apabila matanya bertembung dengan jelingan tajam mata R.
R membengkokkan jari telunjuknya sambil digerakkan seolah- olah memanggil sesuatu. Pergerakkannya menarik perhatian Q membuatkan jejaka itu menoleh dan menangkap kelibat Nana yang menghampiri mereka.
“Nana, apa yang kau beritahu pakwe kau fasal aku?” R terus menyoal sambil pinggan kosong di tangannya diletak tepi sebelum pinggan di tangan di ambil. Perhatiannya masih lagi ke arah Nana. “Urm, sorry R. Aku dah beritahu Q jangan ganggu kau tapi …” Nana memberhenti kata- katanya apabila melihat Q yang terus duduk di sebelah R tanpa segan silu. Dia sedar, penjelasan memang tak diperlukan apabila empunya badan langsung tak mendengar nasihatnya. R mendengus perlahan. Malas nak bertekak. Dia terus mengarah Nana untuk duduk di sebelahnya membuatkan gadis itu lega.
“Along dan tunang dia tak balik sekali ke?” Nana memulakan perbualan anpa menghiraukan Q yang ada di sebelah R bertindak seperti orang suruhan R. “Tak, dia ada kerja kena siapkan. Sue pula ada hal. Family issue.” Sepi. Nana mati kata dan R memang jenis yang tak banyak cakap.
“Awak ada bf?” Soalan cepu emas dari Q membuatkan kedua- dua gadis itu tersentak dan berpandangan sesame mereka. R mengangkat sebelah keningnya. Dari raut wajahnya, Nana dapat mengagak apa yang ingin di soal.
‘Is he always like this? Too straight forward?’ Nana sekadar tersenyum nipis sambil menjungkitkan bahunya. ‘I never realize it, sorry!’
Jawapan dari Nana membuatkan dia mengeluh berat. Dari sudut pandangannya, jejaka yang bernama Q di sebelahnya tak akan berhenti mengganggunya selagi dia tak memberi jawapan. Dia cuba memikirkan apa yang membuatkan dia terlibat dengan jejaka itu. Akhirnya, keluhan dilepaskan.
“Nope, selagi saya tak habis belajar, saya tak boleh ada bf.” Q mengangguk sebelum membuka semula mulutnya. “Apa type lelaki yang awak suka ye?” Soalan kedua dari Q membuatkan R terdiam. Nana di sebelahnya dah rasa macam nak cekik kawannya itu. Malunya tak terkata. Dia langsung tak tahu kawannya itu seperti itu.
Q sedikit terkejut apabila R memandangnya tepat dengan wajah serius. Dia mula menyesal menyentuh privasi gadis itu. Baru dia ingin bersuara, R terlebih dahulu membuka mulut. “Haih, saya tak pernah jumpa lagi orang macam awak. Jadi, dengar sini betul- betul. Saya cuma cakap sekali saja. Saya suka lelaki yang berharta, berkerjaya, berpendidikan, terima saya seadanya, ada skills tertentu, tua atau muda 4 tahun dari saya, diterima family saya dan sentiasa dahulukan saya plus tak kisah dengar cakap saya. Cukup tak?” R menjawab sekali nafas. Nana yang mendengar berfikir sejenak. ‘Bukan ke itu ciri- ciri Queen Control? Memang padan dengan dia.’ Nana mengangguk. Dah lama dia tahu taste sepupunya itu. Semuanya disebabkan keluarga R yang over protective.
“Q, bukan you kena gerak dah ke?” Soalan dari Nana mengejutkan Q dari lamunannya. Cepat- cepat dia melihat jam di tangan. Hampir pukul 10. Keluhan dilepaskan. Dia masih belum puas mengenali sepupu Nana. Niatnya untuk berlama- lama di situ berhenti apabila R mula berkemas untuk pulang.
“Kau nak balik ke? Pak Ngah tak datang pun lagi.” Nana menyoal R yang sibuk mencari Sarah. “Aku datang sendiri. Ayah aku kerja. Ilyas pula ada kelas tambahan tadi. Aku nak kena ambil dia.”
“Ah, boleh saya nak nombor telefon awak?”

R dan Nana berpandangan. Dalam diam mereka memuji tahap persistence yang ada dalam diri Q. “Okay…”

No comments:

Post a Comment

Santai ...