Fantasy X Reality

Fantasy X Reality

Followers

Friday, November 20, 2015

Dear My Witch [Nota 07]



Hai ^o^
jemput baca ye~


“Hoi, pergi basuh baju ni!” Beberapa helai pakaian kotor dicampak ke atas katilnya. Ara yang sedang khusyuk membaca majalah hiburan sambil mengunyah makanan ringan menjeling tajam ke arah empunya diri yang berani mengganggunya. Jue, pelajar tingkatan lima sekadar tersenyum sinis. Langsung dia tak sedar segala tingkah lakunya menjadi perhatian ramai. Majalah hiburan itu akhirnya ditutup lalu diletak tepi sebelum pakaian kotor dikutip. Senyuman Jue makin mekar menunjukkan betapa puas kerana dapat menggunakan kuasanya. Ara yang mula bergerak diperhati.

            Azreen bergegas menghampiri bilik μ yang riuh- rendah bersama Tikah. Mereka saling berpandangan apabila melihat Jue yang sedang dipegang Syikin dan Tina menjerit seperti dirasuk. Lia yang kebetulan melintas turut ambil kesempatan untuk memasang telinga.
            “Aku suruh kau basuh, BODOH! Bukannya buang!” Jue menjerit lantang. Merah padam wajahnya menahan marah apabila melhat Ara tanpa banyak soal mencampak pakaiannya ke dalam tong sampah. Ara sekadar berdiam diri namun dari riak wajahnya jelas kelihatan betapa dia memandang rendah seniornya itu. “You SURUH I basuh baju buruk dan kotor you tu? Now tell me, who are you to tell me what to do? Huh, dah lah low class, tak mampu ada maid, perasan nak jadi tuan puteri, what a joke!”
Lia terpana mendengar kata- kata Ara. Walaupun kedengaran seperti memperlekeh orang lain, tapi apabila memikirkan status Ara yang dari keluarga berada, ada benar kata- katanya. Senior yang lain sekadar tertawa kecil. Ada juga yang berbisik. ‘Dah tahu nak buli, kenapalah kurang cerdik sangat pergi suruh budak kaya?’
            “Jue, ikut saya dan Azreen!” Arahan dari Tikah membuatkan mereka yang ada terus menoleh ke arah dua gadis itu. Syikin dan Tina serta merta melepaskan Jue yang dah terkaku. Tak sangka tingkah lakunya diperhati ketua aspuri dan juga penolong ketua pelajar. Rata- rata pelajar mula berbisik sesama mereka, memikirkan apa hukuman yang akan diterima Jue. Perbuatan buli dikira perbuatan yang boleh mendapat hukuman berat.
Kejadian itu membuka mata Lia.

“Aku dengar, classmate kau si Ara tu kena buli minggu lepas.” Emy memulakan perbualan ketika mereka tengah sibuk membuat study group. Sasarannya, mestilah Is, classmate Ara. Dah macam group perempuan pun ada, suka sangat bergosip. “Aku tak tahu. Tapi kalau Ara yang kau maksudkan tu Puteri Nur Zaharah, anak dato’ tu, aku rasa mustahil. Tengok sajalah perangai dia, dah mengalahkan tuan puteri!” Is menjawab. Pen di tangan diletak. Hilang konsentrasinya.
            “Well, tengok sajalah nama dia. PUTERI! Padanlah perangai pun macam tu.” Nik mencelah. Cuba bercanda. “By the way, mana kau tahu?” Is menyoal. Emy dah tertawa kecil mendengar kata- kata Is. Tadi macam tak berminat sekarang sibuk menanya? Bukan dia tak tahu si Is tu walaupun nampak macam anti Ara tapi dalam hati entah- entah ada simpan perasaan. Iyalah, hari- hari ada saja yang nak dirungutnya tentang Ara.
“Nik yang cerita semalam.” Emy sekadar menjuihkan bibirnya ke arah Nik membuatkan Is menggeleng. “Kau dan Nik memang tak ada kerja lain yerk? Tak gosip, busy body hal orang lain.”
Nik yang mendengar kritikan Is terus memandang sebelum mengeluh. “Fasal tu, aku tak ada apa nak komen. Tapi, kali ni aku tahu pun tanpa rela. Kelmarin, lepas saja habis kelas sejarah, Lia terus bercerita. Tak ada warning, tak ada apa. Beria- ia pula tu. Naik meremang juga bulu roma ni hah!” Mendengar kata- kata terakhir dari Nik membuatkan Is dan Emy berpandangan?
            “Kenapa pula?” Emy menyoal. “Kalau aku baru kenal si Lia tu sehari dua, lain cerita. Tapi, aku kenal dia dari mula- mula masuk kot. Budaknya, pendiam. Bila ditanya baru di jawab. Kalau duduk seorang diri pun selalu monyok saja.” Emy dan Is membuat huruf ‘o’ sambil mengangguk.
 Suasana antara mereka kembali sepi apabila tiada topik untuk berkongsi sebelum Is membuka mulut. “Kalau Ara punya respond macam tu apabila dia kena buli, macam mana dengan si Mynn tu yerk?”
Nik menggeleng. “Hari tu aku ada tanya dia. Hisy, kau bayangkan, dia langsung tak kisah! Like she lives in her own world.” Emy dan Is membuat beberapa reaksi apabila mendengar cerita Nik. “Too deep! Tapi aku berani cakap, tak ada yang berani buli dia. I mean if and only if you still want to stay good and clever. Well, she’s the witch, no wonder!” Emy komen. Nik mengangguk setuju. Dia sendiri tak dapat bayangkan kalau mereka yang cuba membuli Mynn selamat. Memang mustahil!
BAM!!!
Mereka tersentak. Hampir saja tahap melatah tapi masih mampu cover macho. Empunya tuan yang menghempas buku terus dipandang. Serta merta mereka kaku. The wrath of the ice prince!
            “Aku tak kisah kalau korang nak jaja gosip atau apa tapi tolong, tolong dan TOLONG jangan tarik aku sekali! Aku datang duduk dengan korang ni pun hanya satu sebab je. Kalau tak korang sibuk merayu macam nyawa di hujung tanduk minta tolong ajar dan ulang kaji, jangan harap aku ada kat sini! Jadi, ingat ni, Is, Nik dan Emy, lain kali korang bazirkan masa aku lagi, menangis air mata darah sekalipun jangan harap aku tolong!”
Emy, Is dan Nik mengangguk serentak mendengar ugutan dari Amal. Jejaka yang mendapat gelaran ice prince terus bangun lantas meninggalkan mereka tanpa menoleh. Selang beberapa saat, barulah cepat- cepat mereka berkemas dan mengejar memandangkan Amal tok guru mereka dan masih ada lagi soalan yang belum berjawab. Masing- masing tanpa sedar menyalahkan sesama mereka.

Nina dan Ena tersenyum mekar apabila melihat notis yang ada di atas meja guru disiplin mereka tanpa sengaja. Masing- masing seolah- olah dapat baca minda sesama mereka. Ya hari pembalasan buat junior ‘kesayangan’ mereka sudah tiba. Mereka memulakan plan.

Azreen mula suram. Hatinya langsung tak keruan. Notis yang diterimanya pagi tadi menjadi punca. Seminggu dia harus berjauhan dari sekolah dan asrama! Kem motivasi! Tanpa sedar, hatinya mula tak enak apabila memikirkan kemungkinan yang bakal berlaku ketika ketiadaannya. Kenapalah cikgu sibuk nak buat kem masa macam ni? Tak boleh tunggu pengawas baru masuk ke? Tanpa sedar, kertas di tangannya renyuk.

Suasana yang tadinya hingar bingar seperti di pasar malam mulai sepi sebaik saja jam mencecah angka 12. Lampu yang tadinya terpasang, kini tertutup membuatkan sekeliling bertukar gelap gelita.
TAP! TAP!
Bunyi derapan tapak kasut kedengarann menghampiri ditemani denga cahaya kecil. Satu per satu anak tangga di naiki. Tiba- tiba….

“Argghhhhhhhhhhhhh!!!!!!!!!!!!!!”

3 comments:

Santai ...