Fantasy X Reality

Fantasy X Reality

Followers

Monday, November 16, 2015

Dear My Witch [Nota 06]



Assalamualaikum...
Ah, lambat update kan?
maaf, banyak sangat benda nak kena buat... 
apa- apa pun, jemput lah baca...
“Mynn, kalau free nak join akak malam ni?” Azreen menyapa juniornya yang baru saja selesai mandi. Dia diam sejenak sebelum mengangguk setuju. Azreen tersenyum girang apabila mendapat respon positif dari Mynn sebelum bergerak ke tandas. Mynn sekadar memandang melalui ekor mata.
Dia sebenarnya tak faham apa motif sebenar seniornya seorang itu. Pantang nampak dia free, mesti ada saja di ajaknya buat sesuatu. Kadang- kadang beriadah, tak pun study atau usrah. Nasib baik juga bukan dia seorang saja yang di ajak tetapi semua penghuni bilik φ. Namun Azreen pasti akan mengajaknya. Dah macam mentor- mentee tak pun sistem adik- kakak angkat pula. Well, dia tak kisahpun memandangkan apabila dia menolak, Azreen tak memaksanya namun nampak perubahan pada wajahnya. Dari berharap kepada hampa. Not like I care~

Ada satu lagi perbezaan yang dia sedar selepas lama dia menginap di situ. Rata- rata pelajar tingkatan 4 dari wing kanan kebanyakannya bersemangat dan hyper berbanding pelajar dari tingkatan 4 dari wing kiri. Mereka lebih kelihatan penat dan monyok malah prestasi turut menurun. Tahap stress, mungkin? Buktinya, tengok saja keadaan Lia, classmatenya yang timid tu. Dia dari wing kiri bilik ε. Selalu sangat penat. Kadang- kadang masa kelaspun boleh tertidur sehingga ditegur cikgu beberapa kali. Nik yang duduk di depan mereka pernah menyoal sama ada dia dibuli namun hanya gelengan saja diterima. Dia sendiri ada dengar desas desus tentang kes buli di aspuri tapi, takkanlah? Sekarang ni dah moden kot. Ada lagi ke pelajar yang berfikiran kolot dan tak matang?

            “Hoi, buat kerja tu cepat sikit! Terhegeh- hegeh macam mak nenek! Langsung tak boleh pakai!” Herdikan keras dari Yati membuatkan Lia mempercepat kerjanya. Baju kurung putih milik seniornya itu digosok penuh cermat. Langsung tak ada satupun kedutan. Ingat lagi dia hukuman yang diberikan senior bernama Mila apabila teman sebiliknya, Ita secara tak sengaja membuat baju kurung senior itu terbakar sehingga hitam berlubang. Habis semua baju kurung Ita hancur di buatnya. Atas belas ehsan, dia memberi satu baju kurung miliknya memandangkan dia dan Ita berkongsi saiz yang sama.
“Kau ni, cuba buat kerja tu cepat sikit. Ini terhegeh- hegeh. Sampai bila nak siap?” Teguran dari senior membuatkan pelajar tingkatan 4 bilik ε termask Lia mempercepat kerja mereka. Ena selaku ketua tersenyum puas. Senang hatinya apabila semua kerja yang baginya leceh menjadi mudah tanpa perlu dia menggunkan sebarang kudrat. Tak payah basuh baju, jemur baju, gosok baju dan lipat baju. Ah, macam ni kot rasanya kalau hidup macam orang kaya? Semuanya boleh disuruh. Sehinggakan kerja sekolah dan nota pun tak perlu susah- susah nak buat sendiri. Nikmat~

Kejadian buli menular seperti wabak hingga ke bilik σ di bawah kawan baik Ena, Nina. Oleh sebab kedudukan bilik σ dan ε yang bersebelahan dan juga jauh dari bilik φ dan μ, langsung sukar dibanteras memandangkan Azreen dan Tikah, ketua aspuri kurang maklum dan mereka langsung tak menerima sebarang aduan. Pelajar tingkatan 5 yang lain turut bersubahat dan bagi mereka yang tak terlibat, ugutan telahpun diberikan terlebih dahulu.

            “Aku dengar ura- ura yang aspuri ada kes buli, betul ke?” Nik menyoal sebaik saja tamat masa Mathematics. Sasarannya mestilah Lia dan Mynn yang duduk di belakangnya. Lia yang mendengar soalan Nik sekadar menunduk dan berdiam diri. Langsung tak berani bertentang mata dengan lelaki itu. Mynn pula sekadar berdesis kurang senang apabila dia diganggu. Bunyi ‘twich’ kedengaran. ‘Busy body’.
            “Hey, I’m talking to you. Girls?” Nik bersuara lagi. Kali ini tangannya dilambai di hadapan wajah dua gadis itu. Geram juga dia apabila soalannya langsung tak dihiraukan. Dia terus memandang Lia namun gadis itu lebih tertarik untuk melihat lantai daripada wajahnya membuatkan tumpuannya beralih kepada Mynn.
“It is none of my business.” Mynn terus menumpukan perhatiannya kepada buku di tangannya. Jawapan dari Mynn membuatkan Lia sedikit terguris tanpa sedar. Nik yang sedar tersenyum. “Maybe you can elaborate? Do you mean that as long as it does not concern or involve you?” Nik menyoal lagi, cuba menarik perhatian Mynn. Hakim yang duduk di sebelah Nik sekadar memasang telinga. Mynn tak menjawab malah dia seolah- olah dalam dunianya membuatkan Nik sedikit panas. “Mynn?”
            Dia yang sedar namanya dipanggil akhirnya mengeluh berat. Wajah Nik dipandang sejenak. “Biar saya tanya awak, kalau orang tak cari masalah dengan awak, awak akan kacau dia tak?” Nik sekadar menggeleng. Siapa yang tak ada kerja nak pergi buat masalah? “See, kenapa perlu saya kisah hal orang lain? Dari saya cari masalah, baik saya teruskan rutin saya saja.” Nik dapat rasa nada angkuh yang sengaja digunakan Mynn menunjukkan dia tak kisah sesiapa selagi kisah mereka tak bersambung.
            “Don’t you think it is a little selfish and cruel?” Hakim tiba- tiba mencelah. “Awak rasa dunia ni adil ke? Lagipun, awak fikir saya ni apa? Malaikat? Syaitan? Saya cuma manusia biasa. Kita semua sama. Bezanya, saya lebih suka hidup dalam dunia saya. Ada orang hidup bergantung pada pandangan sekeliling. So, tell me, who is more selfish and cruel? The me, who just never blend with people or create any problem with them, or those who live in order to satisfy their surrounding regardless what happen to people they asked for help?”
Kata- kata Mynn membuatkan Hakim, Nik dan Lia terpana dan terdiam. Tanpa menghiraukan reaksi mereka, dia terus bangun dan melangkah keluar. Malas dia duduk di situ lama- lama. Ingat dia tu apa? Professor? Tanya pendapat itu ini macam dia tahu semua. So frustrating!!!





1 comment:

Santai ...