Fantasy X Reality

Fantasy X Reality

Followers

Tuesday, July 21, 2015

Dear My Witch [Prolog]

*o*
Terima kasih sebab sudi jenguk~
Jemput baca ye, prolog untuk novel ni...
Kalau rajin, sila2 la komen~

****

"Mynn dah buat keputusan dan Mynn harap abi dan umi terima."

Dia tunduk hormat. Riak wajahnya masih lagi tak berubah, tetap tenang seolah- olah mereka sedang berbincang masalah yang langsung tiada kaitan dengannya.
Suasana di ruang tamu sepi buat seketika. Yang kedengaran hanyalah suara yang keluar dari kaca TV.
 "Along tak setuju! Hal ni bukan main- main, Mynn! Ini soal masa depan Mynn!" Nadia sekadar berdiam diri. Cawan yang berisi teh dihirup tenang. Matanya sempat menjeling ke arah suaminya, Hazwan yang masih tenang sebelum membuka mulut menenangkan amarah anak sulongnya itu.
"Along, abi faham perasaan along dan Mynn, sejujurnya abi tak tahu nak cakap apa. Terus terang abi setuju dengan along. Abi nak anak abi bahagia, itu saja. Lagipun, Mynn tahu ni semua terjadi sebab ada orang nak aniaya Mynn, kan? Abi yakin keluarga Amal pun faham. Jadi, tak perlulah sampai nak kahwin ..."

Hazwan terdiam serta merta apabila melihat Mynn tersenyum nipis sambil menggeleng perlahan kepalanya. Kata- katanya tergantung. Selang beberapa saat, Mynn bangun lalu melutut di hadapan ibu bapanya. Perilakunya mendatangkan kejutan buat pasangan itu namun, tanpa menghiraukan reaksi orang tuanya, tangan Hazwan dan Nadia disentuh lembut sebelum dia mendongak memandang tepat ke wajah mereka.

"Abi, umi ... dan along, Mynn minta maaf andai keputusan Mynn ni melukakan hati semua. Tapi Mynn nak abi tahu, apa yang Mynn buat ni bukan sebab terpaksa atau Mynn tak berfikir panjang atau sebab fitnah! After all, I'm always serious in doing everything! Lagipun, Mynn bukan muda lagi, selang 5 tahun, nak masuk 30. Mungkin kita patut berterima kasih pada orang yang aniaya Mynn? Tak payah cari calon dah dan Amal pun bukannya teruk pun. Jadi, benarkan Mynn, ya?"
Nadia yang berdiam diri sejak mula lagi akhirnya mengeluh panjang sebelum tersenyum lembut. Kepala anaknya diusap lembut. Dia dah faham perangai anaknya itu.
"Abang, benarkanlah. Mynn, umi harap Mynn bahagia dengan keputusan Mynn. Dan umi nak ingatkan Mynn, umi, abi dan along sentiasa sokong Mynn walau apapun pilihan Mynn. Cuma umi harap Mynn jangan sesekali menyesal dengan apa yang Mynn pilih."
Mynn mengangguk lembut sambil tangan kedua- dua ibu bapanya dan alongnya itu dikucup. Wajah yang sentiasa tenang itu kini dibasahi tangisan air mata. Dia benar- benar bersyukur kerana mereka.

"Terima kasih, umi. Mynn sayang semua. Mynn nak semua tahu Mynn yakin dengan pilihan ni sebab pihak yang satu lagi tu Amal. So, please always watch over me!"

1 comment:

  1. Bez lah cite nie...klu bleh.bukukn lah...insya Allah...sye cri smpai jmpe

    ReplyDelete

Santai ...