Fantasy X Reality

Fantasy X Reality

Followers

Saturday, June 11, 2011

Kekanda Adinda




Lina berlari anak keliling ruang tamu. Tangannya memegang sehelai kertas. Riak wajahnya tampak gembira sekali. Bayang Azlan di cari. “Kanda!”
            Azlan tersenyum senang melihat perangai isterinya yang dah serupa budak umur 5 tahun. “Dinda ni kenapa? Kanda ada kat dapur tadi.” Tangannya membawa dua buah mug. Satu dihulurkan buat isteri tercinta.
Usia perkahwinan mereka kini sudah mencecah 2 bulan. Mereka berkahwin atas dasar cinta antara satu sama lain. Azlan mengenali Lina ketika mereka menghadiri sebuah kem ketika mereka masih menuntut di universiti. Walaupun mereka belajar di tempat yang berbeza, ianya langsung tak mematahkan semangat Azlan untuk mendapatkan cintanya itu. Dan hasilnya, mereka berjaya mendirikan rumah tangga setelah setahun mengenali hati budi  masing- masing.
            Lina dipandang dari atas ke bawah. Pelik dengan perangai isterinya itu hari ini. Terlebih over gembiranya.
            “Kanda, dinda cakap jangan jeles tau. Tadi, bos dinda bagi ni. Surat naik pangkat.” Lina ketawa keriangan sambil menayangkan kertas yang diterimanya siang tadi. Hidung Azlan dicuit manja.
            “Eleh, kanda tak jeleslah. Kanda support lagi adalah. Tapikan, dinda tak terasa boring ke? Tak terasa nak tambah ahli?” Azlan meramas tangan isterinya itu sebelum dikucup. Lina yang mendengar dah mula menarik muka. Dah mulalah tu.
            “Tapi, dinda nak berjaya dalam kerjaya dulu. Dinda tak bersedia lagilah kanda. Bila dinda dah ready, dinda beritahu ye.” Kepalanya lantas dijatuhkan pada bahu Azlan. Lembut saja bicaranya. Memujuk buah hati mana boleh kasar…
            “Ala dinda ni. Time kanda dah beria- ialah dinda nak ambil masa. Jangan sampai kanda jumpa yang lain. Dinda jugak yang makan hati nanti.” Azlan mencuit pipi gebu Lina sambil tersengih. Sengaja mengusik buah hatinya itu.
            Lina mula tarik muka. “Ini mesti ada niatkan!”
*******
Lina membimbit bagasinya dan menuju ke bilik pejabat. Jawatan ketua bahagian pemasaran yang diterimanya sebulan lalu dipikul dengan penuh yakin dan telus. Hubungan dengan yang lain turut dijaga. Dia tak nak dicop sebagai lupa diri. “Lina, ada orang nak jumpa you. I dah suruh dia tunggu dalam pejabat you.” Syaza, setiausahanya meneruskan semula kerja.
            Pintu pejabat terkuak. Lina memerhati sekeliling. Mencari insan yang dimaksudkan Syaza tadi. Satu susuk yang sedang enak duduk di sofa menarik perhatiannya.
            “Puan Lina?” Dia mengangguk. Lelaki yang berdiri di hadapannya tersenyum simpul. Siapa pulak lah mamat ni. “I’m Khairul. Your sister’s boyfriend. I nak minta tolong dengan you ni.”

Lina terpaku melihat insan yang berjalan masuk ke butik pakaian wanita sebentar tadi. ‘Kanda dengan siapa tu?’ Dia dah mula rasa tak enak. Ini dah masuk kali ke berapa dia jumpa suaminya dengan wanita yang sama. Pada awalnya dia cuma menyangka khayalan atau pelanduk dua serupa. Tapi kalau dah dari jarak tak sampai 500m ni pun kata muka suaminya, takkan mata ni nak menipu pulak. Keakraban mereka bagai mengundang sembilu lantas menyusuk ke jantungnya.
            Khairul memandang pelik. “Lina, are you okay? Or, should we go anywhere else?” Lina tersentak. Lupa pulak dia sekarang dalam misi. “I tak apa- apa. We move on to the next shop. I rasa barang tu ada kat sana.”
*******
Azlan memandang Lina yang sepi dari tadi. Mata wanita itu hanya tertancap pada skrin tv saja. Kalau dulu, muka dialah yang selalu ditengok isterinya. Apa, aku ni dah tak hensem ke?
            “Dinda, are you alright?” Azlan menyentuh bahu Lina. “Dinda okay je. Dah la, dinda nak tidur. Esok kena pergi kerja. Nite.”
Azlan mengeluh. Musykil benar dia dengan perangai isterinya itu semenjak dua menjak ni. Dingin semacam je. Dahlah kerja tak sama shif. Haish…
Azlan bekerja sebagai pegawai eksekutif di sebuah syarikat yang berurusan dengan US. Dan waktu kerja di situ juga turut berbeza dengan syarikat lain. Syarikat yang dia bekerja mengikut waktu di US. Jadi, malam di Malaysia di kira siang di sana. Sebab itulah dia dapat kerja pada shif malam. Dan kerja pada shif malam adalah lebih banyak dan sibuk dari kerja pada shif siang.
            Azlan mengeluh berat. Wajah isteri yang dirinduinya ditatap penuh syahdu. “Kenapa dinda layan kanda macam ni? Dah la kita susah nak bertemu sekarang. Sekurang- kurangnya, berilah kanda tatap wajah dinda puas- puas.” Satu kucupan di hadiahkan di dahi milik Lina. Dia sekadar bermonolog sendirian. Dia tahu Lina pasti tak mendengarnya. Perlahan- lahan lampu bilik ditutup.
*******
            “Lan, I nak yang inilah. Boleh?” Dira menggedik manja sambil menayangkan sehelai pakaian. Azlan membatu. Matanya seolah- olah tak mempercayai apa yang  dilihatnya.
            “You belilah apa saja. I belanja.” Hatinya mula panas. Siap kau!
Lina mengangguk- angguk melihat beberapa barang yang ditunjukkan Khairul. Kadang- kadang dia tertawa melihat telatah lelaki itu yang tak lekang dengan lawaknya. Akhirnya, mereka singgah di sebuah kedai emas. “Bila you nak datang jumpa parents I?”

            Khairul memandang Lina yang seolah- olah tak memberi perhatian sepenuhnya padanya. Namun, raut wajahnya tampak biasa. Dia memandang ke belakang. Ada sepasang pasangan yang turut berada di situ. Wajah itu kelihatan menahan marah dan kata- kata temannya langsung tak didengar. Mata mereka bertembung.
            “I nak balik. I dah beritahu parents I. And mereka tunggu you datang. Better hurry before it’s too late.”
*******
 Azlan mendengus kasar. Kali ini, isterinya memang dah melampau. “Sampai hati dinda buat kanda macam ni.” Stereng kereta diketuk kuat bagi melepaskan geram. Ayat dan aksi yang ditontonnya tadi bermain berulang kali dalam mindanya. Sakit hati dan cemburu mula menguasai jiwa.
            Lina buat endah tak endah apabila suaminya pulang. Malas hendak bertekak lidah. Azlan mendengus kasar dengan tingkah laku isterinya. Mentang- mentanglah kau dah ada yang lain. Dia bermonolog sendirian.
*******
            “Kanda nak makan? Dinda nak panaskan lauk.” Lina memaniskan muka. Wajah Azlan ditatap lama. “Tak payah. Aku nak keluar dah. Aku balik lewat. Ada kerja overtime. Kau tak payah tunggu!”
            Lina mula menarik muka. Bibirnya diketap menahan amarah yang makin menguasai diri. “Kanda ni kenapa? Tak pernah pun ber aku- kau  selama ni. Malam ni tiba- tiba je. Sihat tak?” Dahi suaminya dipegang. Hurm, okay je.
            Azlan mendengus. “Dan, semenjak dua menjak ni, asyik kerja overtime je. Kita ni tengah sempit sangat ke?” Lina menyimpangkan tangannya. “Ni untuk masa depan keluarga kita jugak.”Suara Azlan mengendur sedikit.
            “Hai, ye ke? Dengan dinda atau sebaliknya?” Lina menyindir.
                                                                                                                                
Dia tersentak dengan tindakan Azlan yang tiba- tiba menghempas begnya ke lantai. Hampir gugur jantung di buatnya. Lina mengurut dadanya. “Kanda ni kenapa?”
            “Kau tu kenapa? Aku kahwin dengan kau sorang je. Jadi mestilah masa depan kita berdua. Ke kau nak sangat aku tambah lagi satu?” Lina terkedu. Sanggupkah dia?
            “Kenapa dengan kanda ni?” Air mata mula bertakung. Badannya juga sedikit menggeletar. Perubahan suami tercinta benar- benar mengejutkannya.
            “Kau tu kenapa? Apa, ingat aku bodoh ke? Mentang- mentanglah kau dah ada laki lain, kau tak tegur pun aku dalam rumah ni. Muka aku pun kau tak tengok. Kau memang derhaka, tau tak!”
            “Kanda merepek apa ni? Bila masa dinda ada laki lain? Cinta dinda hanya untuk kanda. Bukan orang lain.” Air mata yang lama ditahan gugur jua.
            “Lina, kau jangan nak tipu aku dengan air mata murahan kau tu. Jemu aku tengok tau!” Lina tersedu- sedu menahan tangisan dan air mata yang tak henti- henti mengalir.
            “Kanda memang dah melampau! Dinda dah tak tahan. Selama ni dinda diam diri. Makan hati dan butakan mata tengok kanda dengan perempuan lain. Dinda fikir positif. Mungkin member dan tak lebih. Tapi kanda… I hate you!” Kakinya langkah laju menuju ke bilik tidur. Pakaiannya dilipat ala kadar lalu dimasukkan ke dalam beg. Azlan memandang cemas. “Dinda nak ke mana?”
            “Ke bilik tamu. Lepas ni kita uruskan hal masing- masing. Kalau kanda nak ceraikan dinda, dinda reda.”
*******
Azlan memandang kosong gambar yang setia di atas meja pejabatnya. Hari ini, genaplah sebulan dia dan Lina berpisah tempat tidur. Dan sepanjang tempoh itu jugalah mereka tak bertegur sapa apatah lagi berkomunikasi menggunakan alat teknologi. Bukan dia tak pernah menegur, tapi Lina yang tak pernah nak menjawab. Amboi, tak sangka kuat benar rajuknya. Tu lah kau Lan, tak pandai nak sabar dah, sekarang padan muka.
            Bunyi ketukan pintu membuatkannya tersentak. Nyaris- nyaris gambar yang dipegangnya hendak jatuh. Pintu bilik terbuka. Wajah Dira terpancul. “Hi honey.” Dengan lenggok dan gaya menggoda, wanita itu berjalan merapati meja Azlan. “Kau nak apa? Kalau kau tak kacau aku sehari, tak boleh ke?” Pergelangan tangan Dira direntap kasar. Azlan dah fed up. Gara- gara perempuan ini jugalah hubungannya retak. Hai Lan, macam manalah kau boleh layan si Dira miang ni?
*******
Azlan berjalan berseorangan. Ingatkan cuti macam ni, bolehlah dia dan Lina keluar date, tapi entah macam mana dia boleh lupa Lina tengah isytiharkan perang. Dia mengeluh. Bosan tanpa kehadiran isteri tercinta. Hai, kenapalah dengan aku ni…
            Dia bagaikan tak percaya dengan apa yang dilihatnya. ‘Bukan tu mamat yang selalu dengan Lina ke? Dia buat apa dengan Lisa?’ Azlan bermonolog.
            Dia makin kucar apabila pasangan itu melambai tangan ke arahnya. “Abang Lan. Tak sangka jumpa dekat sini. Kak Lina mana?” Azlan dah menelan air liur. Takkan nak cakap kami tengah gaduh. Apa pulak si Lisa pikir nanti. “Urm, kak Lina penat. Dia nak rehat kat rumah.”
            Lisa tersenyum manis. “Oh ya, sebelum Lisa lupa, ini untuk abang sekeluarga. Datanglah ye.” Azlan mengerutkan dahi. Sampul surat bertukar tangan. Isi kandungan dipandang lalu di baca.
            “Kau nak kawin Lisa? Dengan siapa?” Lisa tersenyum. Azlan dah rasa something yang tak kena bila lelaki disebelah Lisa turut tersenyum. “Kami yang nak kawin.”
*******
            Lina duduk termangu di hadapan lappy tersayang. Gambar perkahwinannya bersama Azlan ditatap penuh perasaan. Rindu pada lelaki itu begitu membuak. Kenapa kanda buat dinda macam ni? Air mata menitis.
Suis lampu dipetik. Sepi. Azlan berjalan menuju ke bilik tidur. Dia mengeluh. Kemudian dia menapak ke bilik satu lagi. Susuk Lina yang sedang lena diperhati. Maafkan kanda, dinda.
*******
Lina terpaku sebaik saja memandang meja makan yang dipenuhi dengan makanan. “Dinda dah bangun?” Azlan menyapa mesra. Pinggan yang berada ditangan diletakkan di atas meja.
            “Mari sarapan dulu.” Lina akur. Malas mahu bertekak dengan lelaki itu. Azlan mengamati wajah isteri kesayangannya. Mata wanita itu sedikit bengkak. Hatinya mula pilu. Ditambah lagi dengan sikap Lina yang mendiamkan diri.
            “Dinda, wait!” Tangan kanan Lina dipegang membuatkan wanita itu berhenti melangkah. “Kita perlu berbincang.” “Tak ada apa yang nak dibincangkan. Dinda nak pergi kerja dulu.”
            “Dinda, cuba bersikap toleransi!” Azlan melepaskan keluhan. Kesal dengan sikap isterinya yang sudah berubah. Biasanya, mereka akan berbincang dan bersikap toleransi antara satu sama lain walau apa pun situasi. Adakah ini bermaksud, aku dan Lina dah tak sehaluan? ‘Dinda, mana Lina yang dulu?’
*******
            Lisa dan Khairul merenung Lina yang dari tadi mendiamkan diri. Masing- masing tak berani menegur.
            “Urm, akak, kenapa ni?” Lina mendongak. Wajah Khairul ditatap. Lama, dia menggeleng sambil tersenyum palsu.
            “Kalau Lisa tanya, akak jangan marah ye. Akak dengan abang Lan tengah gaduh ke?” Lina terdiam dan akhirnya mengeluh sebelum mengangguk lemah.
            “Akak tak boleh macam ni selamanya. Nanti derhaka tau. Cuba bawa berbincang. Komunikasi. Biar semua jelas.”
*******
Dinda nak bincang sesuatu dengan kanda malam ni. Kanda kerja ke? – Lina
Hari ni kanda off, sayang. Okay. Kanda tunggu. – Azlan
*******
Pasangan yang berjalan keluar dari butik menarik perhatiannya. Rasa nak menangis je. Lina mengekori dari belakang. Amboi, siap pegang tangan.

Azlan tersentak dengan perbuatan Dira yang memegang tangannya. “Kau ni kenapa? Dah la tipu aku.” Dira tersenyum manja. “Alah, you ni. I just nak gembirakan hati you. I tau yang you dan isteri you tengah gaduh kan? Mana ada I tipu. Memang I baru lepas break dengan pakwe I lah.”
            Lagu  ‘21 Guns’ berkumandang menandakan ada panggilan masuk. Azlan tersenyum sebaik saja melihat nama pemanggil.
-Hello sayang.
-Kanda ada kat mana?
-Kat luar. Shopping dengan member. Kenapa ni?
-Oh, member perempuan?
-A’ah. Dinda kenapa ni? Jeles ke? Dia member tempat kanda kerja je.
-Owh, siap pegang tangan? Huh, dinda tau yang dinda memang tak patut percayakan kanda.
-Dinda, kenapa ni? Apa yang dinda cakap ni?
-Kanda nak nafikan ke? Dinda cakap apa yang dinda nampak sekarang. Dah la kanda, dinda dah muak nak dengar alasan kanda.
Azlan memandang sekeliling. Dia dapat rasakan sesuatu yang tak kena. Kenapa Lina tahu Dira dan dia berpegangan tangan?
            Telefon bimbit yang dipegangnya terlepas dari genggaman dan jatuh mencium lantai. Dia terpaku memandang susuk tubuh yang berdiri tak lebih dari 10 meter di belakangnya. Azlan melangkah pantas mengejar Lina yang dah lari jauh. Dira ditinggalkan keseorangan.
*******
Dia tahu semuanya salahnya. Dia yang tuduh melulu. Dia yang bodoh. ‘Macam mana aku boleh biarkan si Dira tu pegang aku? BODOH!’ Azlan sekadar bermonolog. Satu- satu kesalahan yang dilakukan di imbas kembali. Dia juga yang salah kerana memarahi isterinya dulu hanya kerana cemburu buta. Stereng kereta diketuk beberapa kali.
*******
Rumah yang didiami mereka sepi. Azlan mula buntu. Mana dinda pergi? Akalnya dah seperti mati. Tak mampu berfikir. Kakinya melangkah ke segenap ruang. Gambar yang berdiri setia di atas meja di tatap.
            “Situ? Tak kanlah…”
*******
            Dia melabuhkan punggung di atas pasir pantai. Dia sendiri tak tahu kenapa situ menjadi tempat pilihannya sedangkan di situlah tempat dia dan Azlan berkasih dan berkongsi kebahagiaan.

            “Lina, Lan mungkin tak sesempurna Muhammad, dan tak sekacak Yusuf, tapi ketahuilah yang dalam hati ni hanya ada Lina saja. Kasih dan sayang Lan pada Lina. Lan nak Lina sentiasa ada di samping Lan. Menjadi bidadari Lan, penyokong Lan dan pelengkap hidup Lan sebab Lan yakin Lina merupakan tulang rusuk kiri Lan yang hilang. Sudi tak Lina terima diri Lan?”

Lina menitiskan air mata. Ungkapan cinta itu benar- benar menyentuh hatinya. “Kenapa kanda berubah? Bukan ke kanda yang kata dinda ni tulang rusuk kiri kanda? Pelengkap hidup kanda? Jadi, kenapa mesti kanda cari perempuan lain?”

Dia terpaku mendengar suara yang datang menghampirinya.


Ku peluk indah manisnya cinta
Semuanya terasa indah
Bagai di alam cerita cinta
Hadir bahagia selama-lama

Katamu kekasih yang sedang kita alami
Takkan kekal ‘tuk selamanya
Mengapa kekasih tiada kau percaya
Kebenaran cerita kita

Bagaimanakah lagi untuk aku buktikan
Selamilah pada kejujuranku
Jadikanku arjuna, arjuna di hatimu
Percayalah oh puteri…

Katamu kekasih yang sedang kita alami
Takkan kekal ‘tuk selamanya
Mengapa kekasih tiada kau percaya
Kebenaran cerita kita

Bagaimanakah lagi untuk aku buktikan
Selamilah pada kejujuranku
Jadikanku arjuna, arjuna di hatimu
Percayalah oh puteri…

Bagaimanakah lagi untuk aku buktikan
Selamilah pada kejujuranku
Jadikanku arjuna, arjuna di hatimu
Percayalah oh puteri…

Bagaimanakah lagi untuk aku buktikan
Selamilah pada kejujuranku
Jadikanku arjuna, arjuna di hatimu
Percayalah oh puteri…

Ooooh… Percayalah bidadari….

Azlan mengenggam tangan isterinya. Air mata yang menitis diseka. “Kanda minta maaf. Kanda dan Dira tak ada apa- apa. Kanda mengaku kanda salah sebab keluar dengan dia, pegang tangan tapi, hati kanda hanya untuk dinda. Dindalah Tun Teja kanda, nyawa kanda. Jadi, kanda mohon. Jangan tinggalkan kanda. Kanda merayu.”
            Air mata Lina gugur makin deras. Suara Azlan meruntuh jiwa. Mana mungkin dia tegar berpisah dengan lelaki itu. Hanya dia dihatinya.
            “Kanda, dinda minta maaf sebab jadi isteri yang derhaka. Maafkan dinda. Kanda segalanya buat dinda. Dan dinda takut suatu hari nanti kanda pergi tinggalkan dinda untuk pergi dengan perempuan lain. Dinda tak sanggup.”
            Azlan tersenyum. Mana mungkin dia tinggalkan wanita dihadapannya itu. Cinta setia. “Shhh, jangan kata macam tu dinda. Kanda akan selalu ada disisi dinda.”

*******

            Azlan berlari mendapatkan Lina. Tangannya memegang sehelai kertas. “Dinda.”
Lina yang baru selesai mandi mendapatkan Azlan. “Kenapa?” Azlan tersenyum nakal. Tubuh Lina dirangkul lalu diletakkan di atas riba. Dah macam anak patung jadinya. Lina menjerit kecil bila Azlan mencium pipi dan bibirnya. Tubuh Lina dipeluk kemas.
            “Kenapa panggil dinda tadi? Kot iya pun, bagilah dinda pakai baju dulu.” Wajah Lina yang dah kemerahan ditatap. Makin lebar senyuman dilemparkan Azlan. “Tengok ni. Kanda dapat tukar shif.”
            Lina menutup mulutnya dengan tangan mendengar berita itu. Rasa macam nak menjerit pun ada. “Seronok lah tu. Jadi, sekarang, kanda nak tuntut janji dan hak kanda.” Tubuh Lina diangkat lalu diletakkan di atas katil. Azlan mula membaca doa dan akhirnya malam itu menjadi milik mereka.

*******

            Lina tersenyum. Kini, dah genap dua bulan dia disahkan hamil. Azlan makin berseri dan tak sabar menunggu kelahiran anak sulongnya. Radio hot.fm dibuka. Azlan dan Lina saling berpandangan apabila lagu ‘Kekanda Adinda’ bermain di corong radio itu.

“Macam cerita kita.”
Oh Kekanda
Jangan iri hati, Dinda naik pangkat lagi
Oh Adinda
Kanda mana dengki, malah Kanda support bini

Jadi Dinda mahu mengambil masa
Tapi Kanda mahu segera
Dinda ingin berjaya dalam kerjaya
Tapi Kanda mahu cahaya mata

Dinda belum bersedia
Kanda dah beria ria
Jadi yang mana satu
Tak perlu bertengkar
Tak perlu bermasam muka



Oh Adinda, tolong jangan lekas curiga, lekas cemburu buta
Oh Kekanda, Dinda perlu berhati-hati, tak rela dikongsi



Kanda kerja overtime, terlebih masa
Itu yang Dinda harus berwaspada
Ini semua demi masa depan keluarga
Dengan Dinda atau sebaliknya

Kanda kerja malam
Dinda kerja siang
Jadi bila nak bertemu
Tak perlu bertengkar
Tak perlu bermasam muka



Oh adiwira, dewataku, mari ikut cara Dinda
Oh Tun Teja, intan permata, mari ikut cara Kanda
Oh bagaimana? Bagaimana kita nak selesaikannya?
Apa keputusannya?



Oh Kekanda mari nyawa, kita cuba komunikasi
Oh Adinda mari sayang, kita cuba toleransi



Walau kita janji sehidup semati, kita berlainan
Kanda polar kutub utara
Dinda kutub selatan
Komunikasi, sikap toleransi, itu yang kita perlu
Tak perlu bertengkar
Tak perlu bermasam muka



Walau kita sering dengan cara masing-masing
Kanda yang Perdana
Dinda yang Utama
Kanda segalanya
Dindalah nyawa
Kita tetap bahagia bila bersama sama


Bahagia bersama
Bersama selamanya
Bahagia selama-lamanya


No comments:

Post a Comment

Santai ...