Fantasy X Reality

Fantasy X Reality

Followers

Monday, June 20, 2011

Aku Cinta TOMBOY ???


Dia memilih tempat di hujung penjuru kanan bilik kuliah tanpa banyak suara. Punggungnya dilabuhkan. Mata- mata yang memandang langsung tak dihiraukan. Headset yang tergantung dileher dilekatkan di telinga. Dan, kini dia berada dalam dunianya.
            Khairul dah panas. Siapa yang sedap- sedap mak bapak tiri laki dia ambil port aku? Buku setebal kurang dari 5 inci dihempas kuat.
            “Ni malaun mana pulak yang tak pandai nak hormat ilmu ni? Dah la hempas benda alah ni depan aku!” Aimi dah membebel. Headset yang terlekat di telinga ditanggalkan lalu disangkut di bahu. Wajah malaun yang memang nak cari fasal dengan dia dipandang tajam. “Kau apa hal? Tak boleh tengok orang senang sikit ke?”
            Khairul dah tergelak. Wajah Aimi dipandang. Zack dan Najib dah tersengih macam kerang busuk. “Aku ingatkan mamat manalah tadi. Rupa- rupanya minah yang perasan laki. Hahaha…” Tawanya kian kuat disertai oleh Zack dan Najib.
            Aimi sekadar memekakkan telinga memandangkan madam Julia sudah menjejakkan kaki ke kelas. Malas bikin kecoh. Khairul, Zack dan Najib yang tadi berdiri, cepat- cepat duduk. Kat mana lagi kalau bukan sebelah Aimi. Dia dah mencebik.
*******
            Ana tersenyum girang. Tak sabar nak jumpa dengan seseorang. Khairina dan Wani dah pandang pelik. “Ana, kau okay?” Ana tersenyum manis. Angguk.
            “Aimi!” Dia cepat- cepat menoleh. Lambaian dari Ana. Kakinya segera melangkah menghampiri meja tersebut. Tempat sebelah Ana diambil.
Khairul, Zack dan Najib hanya memandang. “Eh, tu bukan Ana ke? Dia dengan minah tomboy tu la.” Kaki mereka turut melangkah ke sana. Sibuk betul.
            “Hi, girls.” Mereka yang sedang enak menjamu selera memandang empunya suara. “Ana kenal ke minah ni?” Khairul dah ambil tempat. Begitu juga dengan Zack dan Najib. Ana mengangguk sambil tersenyum. “Korang pun kenal dia?” Kali ni Khairina dan Wani pula menjungkitkan bahu. “Ana tak kenalkan pun.”
            “Well, kenalkan, Aimi Farhan. Boleh panggil Aimi or Paan. Aimi, ni kawan- kawan Ana.” Satu- satu dikenalkan. Dari Khairina sampailah ke Najib. “Gila minah ni, nama pun dah macam laki. Patutlah perangai pun gitu.” Aimi menjeling tajam. Mulut malaun ni memang tak lama dengan aku.
            Khairina dan Wani dah mencebik. Orang hulur salam taknak sambut. Buat malu je. Dah la buat muka selamba. “Panggil aku Paan.”
            Mereka tersentak. “Mana boleh. Korang semua panggil dia Aimi tau. Comellah Aimi ni.” Tubuh Aimi dipeluk tanpa rela. Dah rasa nak lemas sampai.
            “Kau duduk kolej mana?” “Aku duduk luar.”
*******
Aimi bernyanyi mengikut rentak. Lagaknya macam dah tak ada masalah. Dah la duduk atas pokok. Kalau bawah okaylah jugak. Lama sangat melayan lagu, entah macam mana dia boleh terlena sampailah dia terdengar satu esakan.
            “Hey, wassup? Masalah dengan buah hati ke?” Dia sekadar menduga. Khairina yang tengah syok menangis tersentak. Nasib baiklah dia tak ada sakit jantung ke apa, kalau tak, arwah dah. Cepat- cepat dadanya diurut. Aimi yang masih lagi bertenggek atas pokok sekadar berdiam diri dan tak ada tanda- tanda akan turun.
            “Hoi, bisu dah ke?” Serta merta, darah menyirap sampai ke muka. Khairina mencebik. Orang tengah frust, sibuk tanya tu tanya ni. “Kau ni sibuklah.” Aimi menjungkitkan bahu tanda fine. Headset diletakkan semula pada telinga. Dari aku layan minah ni melalak, baik aku dengar lagu.
            Dia mendengus. Time aku tengah sedap- sedap nak feeling lah ada orang kacau. Panggilan masuk diterima. Dari Ana.
            “Nak ke mana?” Aimi memandang malas. “Balik. Ada hal.” Khairina menundukkan wajahnya. Lama. Akhirnya, Aimi mengulum senyuman nakal. “Why, you nak I temankan ke? Nak I jadi pendengar setia?” Khairina mengangkat wajahnya. Diam. “Okay, I kira you tak perlukan I. I ni pakar cinta tau. And then, bye.” Mata dikenyitkan. Saja dia menyakat teman Ana seorang tu. Bukan selalu.
            Khairina memandang Aimi dari atas sampai bawah. Dah macam nak scan badan. Hurm, dia ni not bad jugak. Lawa. Comel pun ada. Silap pergi potong pendek je rambut tu. And dress tu, memang boyish betul.
            Memang pun. Aimi yang sekadar berkemeja dan berseluar jeans ditenung lama. Memang boyish. Santai. Ditambah lagi dengan kehadiran headset. Kasut pun, tak main sneakers atau high heels. Pakai kasut, kasut nike, adidas. Memang padanlah orang panggil dia ni tomboy. Lagi- lagi dengan muka macam tu. Sedap mata memandang.
            “Aimi, kenapa kau dress macam ni yek?” Aimi memandang cara pemakaiannya. “Why, is it wrong?” Khairina pantas menggeleng. “No, but you look pretty when dress like normal woman.” Serta merta hilang senyum di bibirnya.
            “You bukan ada problem ke? Nak kongsi atau tak? Kalau tak, I nak gerak ni.” Khairina tersentak. Tiba- tiba je serius minah ni.
            “Alah, aku nasihatkan kau. Lupakan dia. Bak kata pepatah dan jugak kumpulan Sepah, barang yang lepas jangan dikenang. Kau bukan tak lawa, ayu lagi. Mamat tu yang buta. Nanti kau mesti jumpa orang yang lagi baik dari dia. ”
*******
Khairul memetik gitar kesayangannya. Biasalah orang bujang. Zack dan Najib dah melalak entah lagu apa. Langsung tak ikut rentak.
            “Eh, kau rasa minah nama Aimi tu macam mana?” Najib dah mula buka tajuk. Khairul dan Zack terdiam. Memikirkan sesuatu. “Hurm, aku rasa minah tu mengarut. Dah perempuan tu, buatlah cara perempuan. Ini sampai nama pun Aimi Farhan. Malu sangat ke jadi perempuan?” Khairul dah mula membebel panjang. Zack dan Najib dah terangguk- angguk. Mengiyakan.
            “Tapi, kau tak rasa ke minah tu comel?” Najib memancing. Macam dia tak tahu, dari tadi si Khairul tu asyik pandang Aimi. “Eh, kau jangan nak mengarut. Aku waras lagilah. Kalau ye pun dalam dunia ni tinggal dia je perempuan, aku lagi rela bujang sampai mati.”
            “Eleh, mulut kata benci tapi hati kata suka.” Zack mencelah. Khairul dah mencebik. Najib pula terkekeh ketawa. “Aku suka Ana je la. Hanya dia dihatiku.” Khairul bersuara geram sambil mendekatkan tangan ke dada. Dah macam mamat romeo pulak.
            “Kau tak rasa ke Ana dengan Aimi tu muka dekat- dekat sama?” Wajah Zack ditatap. Biar betul? “Jauh beza. Aku rasa, mata kau ni ada masalah.” Satu bantal dilempar tepat ke arah Khairul. Ada ke kata mata aku ni ada masalah. Tapi, betul ke cuma aku je yang perasaan?
*******
            Aimi berjalan lenggang. Niatnya hendak singgah ke kedai buku dan CD sebelum balik. Kakinya melangkah menghampiri tempat parkir motor.
            “Aimi, teman Ana hari ni?” Tangan Aimi dah dirangkul kemas. Dia mengeluh. Bala apa pula lah ni? “Hari ni Paan nak pergi kedai buku la. Lepas tu lepak kat kedai CD. Lain kali ye?” Kakinya kembali melangkah namun sekali lagi terhenti akibat tarikan Ana.
            “Paan? Kan Ana dah kata, guna Aimi. Alah, hari ni je. Please.” Aimi dah mula menggaru kepala. Pergi atau tak?
*******
            Mulutnya dah muncung sedepa. Macam mulut itik pun ada. Ana hanya buat bodoh. Buat- buat tak bersalah. “Aimi, kau okay?”  Wani menepuk bahu. Hampir terlompat dia dibuatnya. “Tak ada apa. Aku tak tau pulak betapa ‘tak ada orangnya’ kat sini.” Jelingan maut sempat dihadiahkan pada seseorang.
            “Alah, sorry lah. Aimi tu anti sosial sangat. Cubalah berkawan dengan Khairul, Zack dan Najib tu. Ini tak, asyik berkepit dengan mp4 je.” Ana memeluk erat lengan Aimi.
            Mereka memilih untuk menjamu selera di MCD memandangkan tempat lain dahpun penuh. “I pergi beli. Korang nak beli apa?” Najib dah berdiri. Bersiap sedia nak ke kaunter. “Aimi nak ape? Ana belanja. Tanda minta maaf.” Khairul dah pandang tak puas hati.
            Seorang pekerja yang sedang mengemop lantai tak jauh dari meja mereka dipandang. Aimi dah rasa lain macam. Kini, yang ada di meja hanyalah dia, Khairul, Ana dan Wani. Suasana sepi. Ana pula dari tadi asyik berkepit dengannya. Aimi dah naik rimas. Dah la meja tu macam crowded je. 7 orang 2 meja. Tak ke rimas?
            “Watch out!” Jeritan Zack memecah kesunyian. Khairina dahpun pejam mata. Entah macam mana boleh dia tergelincir. Lama, dia dah pelik. Kenapa tak sakit? Masa dah terhenti ke?
            “Hoi, berapa lama kau nak aku pegang kau ni?” Aimi dah mula bersuara. Nasib baik tangan dia tangkas menangkap tubuh genit milik Khairina dan juga dulang yang di bawa gadis itu. Kalau tak memang dia mandi dengan makanan MCD la.
            Khairina terpaku. Yang lain pun. Tak sangka Aimi tu kuat. “Hello, dah terbang sampai ke mana?”
*******
            Aimi melayan mp4nya. “Hey, apa masalah kau?” Dia menjerit apabila headsetnya ditanggalkan seseorang. Ana! Tubuhnya dilabuhkan disebelah Aimi lalu kepalanya dilentokkan di bahu Aimi. “Kenapa ni? Looks like you had a problem.” Diam.
            “You’d fall in love? With Khairul maybe?” Ana cepat- cepat mengangkat wajahnya. Mata mereka bertentangan. Akhirnya dia mengangguk perlahan.
            “Tadi dia propose Ana.” Aimi hanya berdiam diri. Memberi peluang gadis itu meluahkan kekusutan. “Ana, tak tahulah nak buat macam mana. Aimi rasa?”
            “Kalau Ana betul suka dia, terima jelah. Asalkan jaga tingkah laku sudah. Aimi tak kisah. Ke Ana ada orang lain?” Ana cepat- cepat menggeleng. Dalam hatinya hanya ada Khairul dan tiada yang lain.
            “So, the problem is already settled. Jom, belanja Paan makan.” Ana memmbulatkan mata. “Aimi!” Dia dahpun tergelak sambil berlari ke kafe.
*******
            Khairina dah keliru. Normal tak aku ni? Aku, dengan Aimi? Oh, my. Minta dijauhkan. Ana dan Wani yang dari tadi tengok dah tergelak. Kejap geleng, kejap angguk. Dah macam lagu angguk- angguk geleng- geleng pulak.
            “Kau rasa aku normal tak?” Wani memandang Ana. “Kenapa ni?”
“Entahla, aku rasa aku dah suka dekat Aimi lah. Korang please rahsiakan dari sesiapa ye.” Wani dan Ana dah menekup mulut. Terkejut dengan pengakuan berani mati itu.
*******
            Aimi melangkah masuk ke dalam kedai buku. Niatnya nak cari buku rujukan. Baru dia nak ke rak sebelah, tiba- tiba tangannya ditarik kasar.
            “Korang ni nak apa?” Dia mendegus kasar. Karim dan beberapa orang lagi dah pun mengelilinginya. “Wey, awek ni garang lah. Aku lagi suka.” Wajah Aimi disentuh namun cepat- cepat ditepis.
            “Blah la bodoh!” Dia dah mula hilang sabar. Tak boleh ke bagi aku tenang sehari?
Karim dan yang lain dah ketawa besar. Mereka merapati tubuh Aimi. “Hoi, korang nak buat apa kat dia, hah?” Satu suara dari belakang menyapa. Mereka menoleh.
            “Eh, hero dia datanglah.” Karim mengarah beberapa orang merapati Khairul. Aimi hanya mendiamkan diri. Menangis? Langsung tak. Khairul dah buka langkah. Beberapa orang tumbang.
            “Aduh!” Dia memegang kepalanya sebelum menoleh kebelakang. Konco Karim, Borhan memegang sebatang kayu. “Kurang ajar!” Dia mendapatkan Borhan. Cuma dia saja yang tinggal. Yang lain dah KO dihentam Khairul. Dia cepat- cepat mengangkat kayu yang dipegangnya lalu dihayunkan ke arah Khairul.
            “Lain kali jangan nak tunjuk hero!” Khairul membuka mata. terkejut dia dibuatnya apabila melihat Aimi berada di depan mata. Entah kenapa, jantungnya berdegup agak pantas. Aimi segera menghabiskan Borhan dengan menendang perut mamat tersebut.
            Karim mengeluarkan sebilah pisau ala- ala Rambo. Aimi sekadar tersenyum sinis. Sekelip mata saja, pisau ditangan Karim jatuh mencecah bumi. “Kau jangan pandang aku sebelah mata. Ni Paan lah aka Aimi. Jaguh Karate dan silat Gayung.” Khairul dah kecur perut. Rasa menyesal pun ada sebab pergi masuk campur.
*******
            “Awak okay?” Ana memandang dengan raut risau. Khairul tersenyum nipis. Kepalanya berbalut. “Saya kat mana?”
            Najib dan Zack dah berdehem. “Kitaorang pun ada okay? Kau kat klinik. Tadi Aimi call Ana kata kau pengsan. Dia suruh kitaorang bawa kau ke klinik and here we are now.”
Khairul tersenyum. Dia sendiri tak sangka. Ingatkan nak selamatkan orang, sekali dia yang diselamatkan.
*******
            Hari jumaat. Aimi dahpun menguap. Dahla semalam tidur lewat. Biasanya hari Jumaat dia tiada kelas tapi disebabkan minggu depan madam Julia tak masuk, dia menggantikan kelas pada hari itu. Dia memandang sekeliling. Entah kenapa, sejak dia masuk kelas lagi, semua mata memandangnya. Dan dia sedar, rata- rata pelajar perempuan memakai baju kurung ataupun jubah. Lelaki pula pakai baju melayu. Hari ni ada kenduri ke apa?
            “Weyh, kenapa kau tak pakai baju kurung? Hari ni wajib pakai.” Najib menegur sebaik saja dia melabuhkan punggung ditempatnya. Aimi memandang sekeliling sekali lagi. Yelah, dia seorang je yang tak pakai baju kebangsaan. Najib, Zack dan Khairul lengkap berbaju melayu.
            “Korang ni dah macam nak pergi kahwin je aku tengok.” Aimi tergelak. “Eh, bila kau nak pakai baju kurung yek? Takpun baju perempuan. Nak jugak aku tengok.” Zack bercanda. Aimi memandang mereka bertiga. “Takkan!”
            Madam Julia yang berbaju batik masuk. Matanya sempat menjeling ke arah semua pelajarnya. “Aimi, why aren’t you wearing the traditional dress?” Semua mata memandang ke arahnya. “I’m truly sorry madam. I didn’t mean to. I don’t know or maybe I forget about this rule. Next time I wear baju Melayu.”
            Buntang mata mereka mendengar ayat yang keluar dari mulut Aimi. “Kau jangan. Gila ke apa?” Najib membisik sesuatu. Madam Julia hanya mengangguk kemudian meneruskan sesi pembelajaran. Jawapan Aimi dibiarkan atau dengan kata lain diterima.
*******
            “Hi girls. Miss me?” Ana dan Wani dah tersengih sambil mata mereka tak lepas dari memandang Khairina yang dahpun tersipu malu. Isy, dia ni macam tau je aku tengah angau kat dia.
            Aimi tersenyum manis sambil mengambil tempat disebelah Ana. “We all rindu kat you tapi ada sorang tu rindu sampai angau.” Wani membalas. Aimi sedikit tersentak kemudian tersenyum. “Siapa? Rina? Wow, you rindu I? Tak sangka. Nak kapel dengan I tak?” Dia mengenyitkan mata pada gadis itu. Khairina dah tak tentu hala.
            “Hey, that’s mine.” Aimi menjelir lidah bila Khairina menegur. Memang saja dia menyakat kawan Ana yang sorang tu. “Aimi dah la tu. Kang menangis pulak Rina. Sini, Ana suap nak?” Aimi dah membuka mulut. Memang dia suka dimanja seperti itu.
            “Tak pe Ana, kalau Rina menangis, I kan ada. I boleh pujuk. Sampai you tak boleh tidur malam tau. Asyik ingat kat I je. Ana ni, macam tau- tau je Aimi nak bermanja. Patutlah beli banyak.” Ana tersenyum manis. Memang sengaja pun. “Yelah Rina. Aimi ni kaki pujuk tau. Kalah ex kau.”
*******
            Khairul memetik gitar secara rambang. Dia keliru. Antara Ana ataupun Aimi. “Nah.” Mug yang berisi Milo panas disua. Najib dan Zack menjadi peneman dan pendengar setia. “Hurm, aku rasa kau tengah angau la beb.” Zack menghirup mugnya sambil mendongak memandang langit. Khairul tersentak.
            “Maksud kau?” Najib tersenyum. “Angaukan Aimi.” Zack turut tersenyum. “Nonsense.” Najib dan Zack masih lagi dengan senyuman. “Kalau macam tu, apa maksudnya dengan pandangan kau tempoh hari. penuh dengan rasa cemburu.” Zack mengimbau kembali kenangan di kafe. Adegan Aimi dan 3 lagi gadis itu masih lekat diingatan.
            “Mestilah aku jeles. Dah dia bukan main mesra dengan awek aku, si Ana tu.” Khairul menghirup milo. Matanya dilarikan. “Oh, jadi kenapa masa dia usik Rina kau macam nak meletup je? Aku rasa, kau suka kat Aimi lah. Admit lah. Kalau tak, tak adalah kau nak jeles even diaorang tu semua sejenis.”
            Diam. Zack merampas gitar dari tangan Khairul lalu memetik irama lagu. Najib memandang langit yang terbentang luas.
*******
            Ana merangkul lengan Aimi membuatkan dia agak tersentak. “Kenapa ni?” Sehelai kertas dilayangkan didepannya. Malam 1001 kenangan. Aimi menjungkitkan sebelah kening. Ana tersenyum. “Tengok bahagian ni.” “So?” Ana dah tersenyum manis. “Kita celebrate sekali ye.”
            “No. I have my own plan.” Ana mencebik sebelum menghentak kuat. “Ana benci Aimi.”
*******
Tinggal 2 hari saja sebelum majlis Malam 1001 Kenangan. Ana dan Aimi langsung tak bertegur sapa. Nak senyum jauh sekali. Khairina dan Wani dah mula pelik. Dah tu, Ana asyik moody je. Ditanya sepatah, sepatah dijawab. Dah macam orang tak betul pulak.
            Khairul menatap wajah ayu Ana. Dua- dua diam. Taman yang ceria pun dah bertukar suram. Akhirnya dia mengeluh. Panjang. “Ana ada masalah ke? Senyap je. Selalunya tak macam ni.”
            Ana tersentak. Wajah Khairul ditatap lama. Dia tersenyum tawar. “Eh, mana ada. Awak je yang rasa macam tu kot.”
            “Sejak kebelakangan ni, jarang nampak Aimi. Dia ke mana?” Ana dah mula muncung sedepa. Fobia betul dia dengan nama tu. “Tolong jangan sebut nama dia depan Ana.” Tangan disilangkan. Khairul membetulkan kedudukannya. “Gaduh ke?”
            “Awak ni kenapa? Sibuk betul. Rimas saya tau. Ke awak dah rindu sangat kat Aimi tu?” Ana dah mula melenting. Mana taknya. Aimi memang popular sekarang. Sampaikan ramai peminat dia. Rata- rata lelaki. Harap je pakai macam tu. Entah kenapalah boleh sampai macam tu. Bukan dia jeles sebab tu, tapi dia marah sebab lain. Dan dia benci Aimi. Sangat- sangat.
            “Awak tu kenapa? Saya tanya je. Dah kalau saya rindu dekat dia pun, salah ke? Dia kan member saya.” Khairul dah meninggikan suara. Kalau selalu tolak ansur pun tak boleh jugak. Nanti dipijaknya kepala. “Memang tak boleh!”
*******
Malam 1001 Kenangan. Suasana di dewan dah mula rancak walaupun majlis belum lagi bermula. Tema pada malam itu, cukup ringkas tapi tradisional. Lelaki, berbaju melayu lengkap bersamping manakala perempuan pula berbaju kurung ataupun jubah bagi Islam dan yang lain berpakaian sopan.
            Khairul melangkah segak berbaju Melayu cekak musang berwarna biru. Dia menjadi tarikan ramai. Disebelahnya, Zack yang berbaju Melayu kuning dan Najib yang berbaju Melayu hijau.
            Ana yang berjubah moden coklat pekat yang dipadankan dengan tudung coklat muda antara yang mendapat perhatian pada malam itu. Khairina pula memilih jubah moden berwarna biru yang dipadankan dengan tudung biru cerah turut menjadi tarikan serta Wani yang berjubah moden jingga yang dipadankan dengan tudung kuning.
            Zack melambai tangan lalu melangkah menghampiri kumpulan gadis itu. “Wani, jom.” Ana dan Khairina dah memandang macam tak percaya. Mana taknya, tak ada angin ribut, Wani dan Zack? Wani dah buat muka selamba. Macam tak bersalah. “Siap kau balik nanti.”
            Khairina memandang sekeliling. Bayang seseorang dicari tapi hampa. “Cari Aimi ke?” Khairul menyoal. Dia sendiri pelik sebab dari semalam minah tu menghilang. Kena culik ke?
            “Dia kata dia ada hal.”
“Ladies and gentlemen. Welcome to our most memorable event for this semester. I hope you will enjoy it ‘till the end. And remember, before we end our event, we will select among all of you to be awarded as the King and Queen of the night. So, let’s start our event, yeah!” Satu tepukan gemuruh dihadiahkan buat pengacara majlis diserta dengan bunyi siulan dan muzik.
            Khairul merapati Ana yang nyata sekali tak bermaya semenjak 2 menjak. Punggungnya dilabuhkan di sebelah gadis itu. “Sorry fasal hari tu. Saya tak patut kata macam tu.” Ana memandang Khairul tepat. Tubuhnya diperbetul agar mereka dapat bersemuka. Kemeriahan majlis langsung tak memberi kesan buat mereka. Apatah lagi bunyi bising yang memeriahkan majlis. Mereka hanya dalam dunia mereka sendiri.
            Dia tertunduk memandang lantai. “Awak tak perlu risau tentang saya.” Khairul mengetap bibir menahan geram. “Awak ni kenapa? Takkan sebab gaduh dengan si Aimi tu, dah moody? Dia je ke orang yang paling penting dalam hidup awak? Sampai awak campak member- member awak ke tepi. Rina dan Wani tu, awak tak kasihan ke? Ana, sedar la. Bukan Aimi je yang awak perlu dalam hidup ni. Kalau dia sisihkan awak sekalipun, kami still ada.”
            PANG!!! Khairul dah terkedu dengan tindakan drastik gadis yang berdiri dihadapannya. Pipinya dipegang. Sakitnya hanya tuhan saja yang tahu. Wajah Ana dipandang. Jelas gadis itu menggeletar. Air mukanya juga tampak menahan kemarahan.
            Ya, memang dia marah. Dan dia marah pada lelaki dihadapannya itu. “Awak tak ada hak nak kata macam tu. Aimi tu segalanya buat saya. Memang dia saja yang paling penting dalam hidup saya. Dan hanya dia yang saya perlu dalam hidup. Saya tak kisah kalau awak atau sesiapa pun nak campak atau sisihkan saya tapi kalau Aimi, saya tak boleh terima. Awak tak faham keadaan saya.” Mukanya diraup.
            Khairul dah tak keruan. Gadis yang dicintainya itu hanya dipandang sayu. Nak pegang tak boleh. Peluk lagilah.
*******
Khairina berjalan berseorangan. Ya, dia memang tiada teman. Dah la jatuh cinta dengan Aimi. Dah tak ada orang lain dah ke, Rina oi? Kebingitan suasana langsung tak diendahkan.
            Dia segera berpaling mencari empunya tangan yang gatal- gatal mencuit bahunya sebentar tadi. Dalila. Gadis itu hanya tersenyum manis. “For you.” Sejambak ros merah yang bercampur dengan ros putih diterima. Khairina dah memandang pelik. Ni dah macam cerita apa pulak…
            “Dari siapa?” Dalila tersenyum lagi. Alahai, murah betul kau dengan senyuman. Kalau dengan senyum, dapat jawab soalan aku, tak apalah. Ini tak. “From someone that you know. Or maybe not.”
            Bunga yang diterimanya sebentar tadi dicium. Wangi. Siapalah yang baik hati bagi aku ni? Sekeping kad menarik perhatiannya. Macam mana aku boleh tak sedar?
LOVE, it’s hard to believe it since we can’t see it. But the truth is, we all can feel it. For who we must give our love to, it’s depend.
Rina, you know who I am really is but your heart doubt it. You feel you love me but you don’t trust 100%. You know who I am but you feel confuse. And I still want you to search me. To search your love. To see how far our faith go together.
And once the answer goes same with yours, I hope you will accept me with your heart.
LOVE, it’s easy to fall but hardly to forget. LOVE, once you know it, you realize how you can’t live without it. LOVE, it’s powerful but sometimes it’s dangerous. LOVE can make you healthy but it also can make you sick. LOVE me always, remember me always but forget me, never. Love me and find me. Once you see me, do say, you love me too…
FROM: someone that always love you
Khairina dah memandang sekeliling. Mencari seseorang yang dia sendiri pun tak tahu. Dan dari jauh, ada seseorang yang tersenyum memandangnya.
*******
            Ana menyeka air matanya. Dia kini berseorangan. Khairul meminta diri untuk mengambil minuman buat mereka berdua. Salahkah aku kerana menyisih mereka? Wajah Wani dan Khairina menyergah di ruang fikirannya.
            Dia marah. Pada siapa? Aimi? Ya. Semuanya kerana Aimi. Kedatangan Khairul membuatkan dia cepat- cepat menyeka air mata yang dahpun mengalir sebentar tadi.
            Dia mengerutkan dahi. Sejambak ros merah dan pink disuakan oleh Khairul. Wajah lelaki itu ditatap. Meminta penjelasan.
            “Someone bagi untuk awak.” Khairul sekadar berbasi. Dalam hati memang dah berapi. Cemburu? Eh, mestilah. Ana tu awek aku okay? Ana menyambut ros itu dengan perasaan bercampur baur.
            Sekeping kad ditarik. Dia membelek- belek buat seketika sebelum membuka dan membaca isi yang tertulis.
LOVE, it’s huge and beauty. LOVE, to the one who create us, to HIS messenger, to family, to friends and to someone that we hope will be by our side one day.
Ana, you know that I love you and will always love you and I’m sure no one can love you more that myself. You feel you hate me but you love me. You say you hate me but you miss me. You angry with me, but in your deep heart you hope that I’ll come to you and make you happy. You say you don’t need me, but I’m everything to you.
If you do want me by your side, do search for me. And once you find me, please say what you want to say. I’ll always love and miss you.
LOVE, it’s hard to share but easy to expose. LOVE, is simple but the journey is not. LOVE, can make you sick but it also can cure you. Search for your love and you’ll happy.
FROM: Someone you love damn so much
            Ana tersenyum walau matanya dah mula berair. Jambangan bunga ros dikucup lembut. Sungguh, hatinya dahpun terubat.
            Khairul mencebik. Nak termuntah rasanya baca ayat dalam kad tadi. Entah betul entah tak Englishnya. Dah la berbunga- bunga. Malaun manalah yang nak rampas Ana aku ni? Eh, aku punya ke?
            Ana berjalan merapati Khairul. Dia mengukir senyuman manis buat lelaki itu. “Ana minta maaf sebab berkasar dengan awak tadi.” Khairul dah tersentak. “Eh, tak apa. Saya tau awak tengah frust tadi. Lagipun kalau saya tak pujuk awak siapa lagikan?”
            Ana tersenyum lagi. “A’ah. Saya bertuah sebab dapat jadi awek awak.” Dari jauh ada mata yang memandang. Senyuman dilirik.
*******
Keriuhan majlis makin memuncak apabila tiba di bahagian kemuncak. Alif dan Mira yang dilantik sebagai pengacara majlis pada malam itu dahpun mula mengambil tempat. Tepukan gemuruh dihadiahkan buat mereka.
“Aliff, nampaknya kita dah sampai kemuncak majlis.”
“Ya, Mira. Dan nampaknya malam ini kita ada satu kejutan buat seseorang.”
“Betul ke, Alif? Siapa?”
“Saya pun tak tahu. Tapi maklumat yang saya dapat, mereka bukan dia. bukan seorang tetapi dua. Bukan teruna tapi dara.”
“Wow, dua orang gadis? Siapakah yang hebat sangat ni?”
“Hurm, saya pun tak tahu. Tapi saya pasti semua pasti akan dengki dengannya. Dijemput cik Aimi Farhana dan cik Puteri Nur Khairina ke pentas dan mengambil tempat.”
            Tepukan gemuruh diterima bersama beberapa siulan nakal. Rata- rata dah mula menyoal siapa yang membuat kejutan buat dua gadis itu. Khairul dah mengurut dada. Sabarnya hanya menunggu masa untuk meletus.
*******
Bunyi petikan gitar membuattkan semua hadirin terdiam. Petikan demi petikan sehingga menghasilkan satu irama dan lagu. Ana dan Khairina dah berpandangan. Memikirkan siapa yang memetik gitar tersebut.
Menunggu sesuatu yang sangat menyebalkan bagiku
Saat ku harus bersabar dan trus bersabar
Menantikan kehadiran dirimu
Entah sampai kapan aku harus menunggu
Sesuatu yang sangat sulit tuk ku jalani
Hidup dalam kesendirian sepi tanpamu
Kadang ku berpikir cari penggantimu
Saat kau jauh di sana …
Mereka terdiam. Lagu Aishiteru dinyanyikan namun hanya suara saja yang dapat didengari.
Walau raga kita terpisah jauh
Namun hati kita selalu dekat
Bila kau rindu pejamkan matamu
Dan rasakan a a a aku …
Kekuatan cinta kita takkan pernah rapuh
Terhapus ruang dan waktu
Percayakan kesetiaan ini
Pada ketulusan a a ai aishiteru …
Ana dan Khairina dah menutup mulut. Begitu juga dengan mereka yang lain. Susuk tubuh yang keluar dan naik ke pentas itu benar- benar tak dikenali mereka.
Gelisah sesaat saja tiada kabarmu ku curiga
Entah penantianku takkan sia-sia
Dan berikan satu jawaban pasti
Entah sampai kapan aku harus bertahan
Saat kau jauh di sana rasa cemburu
Merasuk ke dalam pikiranku melayang
Tak tentu arah tentang dirimu
Apakah sama yang kau rasakan …
Walau raga kita terpisah jauh
Namun hati kita selalu dekat
Bila kau rindu pejamkan matamu
Dan rasakan a a a aku …
Kekuatan cinta kita takkan pernah rapuh
Terhapus ruang dan waktu
Percayakan kesetiaan ini
Pada ketulusan a a ai aishiteru…
Dia melemparkan senyuman manis buat kedua- dua gadis dihadapannya dan juga mereka yang hadir. Tangan Ana dipegang lalu dikucup. Ana dahpun mengalirkan air mata.
Satu sendiri pikiran melayang terbang
Perasaan resah gelisah
Jalani kenyataan hidup tanpa gairah
Oo.. uoo.. lupakan segala obsesi dan ambisimu
Akhiri semuanya cukup sampai di sini
Dan buktikan pengorbanan cintamu untukku
Ku mohon kau kembali …
Kimita tuokukitemo
Kiminoi shuaguaratala
Shiniteruyo shiniteruyo
Walau raga kita terpisah jauh
Namun hati kita selalu dekat
Bila kau rindu pejamkan matamu
Dan rasakan a a a aku …
Kekuatan cinta kita takkan pernah rapuh
Terhapus ruang dan waktu
Percayakan kesetiaan ini
Pada ketulusan a a ai aishiteru …
Wo wo wo.. a a ai aishiteru …
Sebentuk cincin perak disarungkan di jari manis milik Ana. Mereka yang memandang dah ternganga. Khairul apatah lagi. Pipi Ana dikucup.
            Dia yang berbaju melayu cekak musang coklat sedondon dengan Ana menarik perhatian ramai. Siap dengan samping songket dan bertengkolok. Dah macam zaman kesultanan Melayu Melaka pulak.
            “I’d already fullfil your dream and your wish. Happy birthday to you, dear. Hope you love it.” Dia menyanyikan lagu hari jadi buat gadis itu. Dalila menolak kek yang telah ditempah terlebih dahulu dari Secret Recipe seperti yang dipesan. Ana memandang Dalila. Gadis itu tersenyum. “Ini semua kerja dia.” Kini tahulah dia, siapa pemberi bunga tadi. Patutlah Dalila tak beri kat dia.
            “Happy birthday to you too. I love it. And I love you damn so much. Thanks, Aimi Farhan.” Satu kucupan singgah di pipi lelaki itu. Satu tepukan gemuruh kedengaran. Ana dah merona kemerahan. Aiseh, macam mana boleh lupa dia ada atas pentas?
            Khairina dah berdebar. Wajah Aimi ditatap. Apa betul atau tak apa yang aku tengok ni? Wani, Najib, Zack dan Khairul dahpun mendapatkan mereka di atas pentas.
            “So, what’s your answer?” Dia tersentak. Aimi memang nampak berbeza hari itu. Kenapa jantung aku ni? Laju je berdegup? Jatuh cinta ke aku?
            “Aimi?” Dia tersenyum manis. “Yes. I’m Aimi. Aimi Farhan.” Khairina dah tak tahu nak kata apa. “But, I thought you’re …” “A girl?” Khairina mengangguk pantas.
            “Do I really look like that?” Sekali lagi Khairina mengangguk. Kali ini disokong oleh mereka yang lain. Ana dah pun tersenyum. “Hurm, jadi sebab tu lah kau just rapat dengan Ana?” Najib membuat andaian.
            Mereka terkejut dengan tindakan Aimi yang tanpa segan silu memeluk pinggang Ana. Khairul apatah lagi. Dah macam nak meletup je. “Kalau aku jauh pun, Ana still akan cari aku. Kami tak boleh dipisahkan.”
            “He’s my twin. My little brother.” Mereka yang lain dah terlopong. Aimi dan Ana dah tersenyum. “Korang ni tak sedar ke nama kitaorang hampir sama? Aku Aimi Farhan dan dia Aimi Farhana? And about thinking me as a girl, teruk la korang. Muka  aku ni dah memang macam perempuan ke? Dalam IC aku pun berbin. Bukan binti.”
            “Jadi no wonder la madam Julia tak pelik.”
Khairina dah macam bisu. “Boleh saya tahu jawapan bagi soalan saya?” Dia tersentak. Nasib baik dia bukan jenis melatah. Kalau tak, boleh kecoh majlis tu jadinya. Malu tak fasal- fasal.
            “Soalan yang mana yek?” Aimi masih lagi dengan senyumannya. Menawan gitu. Memang boleh cairlah siapa yang pandang. Macam manalah aku boleh tak sedar dia ni lelaki?
            “Cik Puteri Nur Khairina, bersaksikan semua yang hadir, sudi awak menjadi yang halal bagi saya. Yang akan mengantikan Ana. Yang akan menjaga dan mendorong saya ke jalan kebenaran. Dan yang akan sentiasa berada di samping saya di kala saya sakit mahupun sihat, di saat saya kuat atau lemah, di kala saya senang dan susah. Will you?”
            Dia dah mula malu. Ditambah lagi dengan siulan dan tepukan tangan. “Awak ni gila ke, kitakan belajar lagi. Dah la kita tengah sem akhir.” Aimi masih lagi dengan senyumannya. “Ada saya ajak awak kahwin terus ke? Kita bertunang dululah, sayang oi.  Dah kerja setahun dua, baru kahwin. Ke awak dah tak sabar?” Sengaja dia mengusik gadis dihadapannya itu.
            “Encik Aimi Farhan, saya ada mak ayah. Jadi, faham- fahamlah.” “Saya dah tanya pak cik Megat Roslan dan mak cik Syarifah Rozana. Dah dapat green light pun.” Khairina dah blushing. Alahai, bila pulak dia jumpa parents aku ni?
“Whoa, tak sangka ye cik Mira. Rupa- rupanya Aimi Farhan yang kita sangka tomboy tu rupanya lelaki betul.” Aliff mengambil kembali peranan dalam majlis itu. Kek yang dipotong di agihkan buat semua tetamu.
“Betul tu, Alif. Kalau saya tahu, dah lama saya usha. Okaylah, kita berhibur dengan persembahan seterusnya. Dipersilakan.”
*******
Ana mengelap bingkai yang terkandung fotonya ketika dia masih belajar. Siapa sangka dia dan Aimi dinobatkan sebagai King and Queen of the night. Aimi? Dah dua tahun dia tak bersua dengan kembarnya itu. Apa khabar agaknya.
            Perutnya diusap lembut. Hasil perkahwinan dengan Khairul akhir tahun lepas memberi mereka berita gembira apabila dia disahkan hamil dua bulan. Rezeki memang tak di sangka. Bunyi telefon bimbit menarik perhatian. Ada mesej masuk.
*******
            Khairina dah tak keruan. Janji dua tahun lepas tunang nak nikah. Dia ni serius ke main- main? Dah la tak contact. Entah- entah dah ada orang lain?
            Megat Roslan dan Syarifah Rozana dah tersenyum melihat telatah anaknya itu. Dah macam orang angau. Padahal dah besar panjang.
            “Ma, Rina ingat nak batalkan pertunangan ni.” Megat Roslan dan Syarifah Ruzana hanya terdiam. Lama. “Kalau dah macam tu keputusan Rina, kami dah tak boleh buat apa.” Khairina terkejut. Aik, ingatkan nak halang.
*******
            “Ma, kenapa ni?” Syarifah Rozana tersenyum. “Ada orang datang meminang.” Khairina dah terkejut. Hatinya masih pada bekas tunangnya. Macam mana ni. “Ikut ma dan pa la. Rina ikut je.” “Minggu depan nikah. Dia tak nak lambat- lambatkan.” Gulp, minggu depan? Mak aih. Gila cepat.
*******
            Khairina dahpun menelan air liur. Entah buat kali ke berapa. Sumpah, dia memang cuak gila. Siapalah malaun yang gila tak sabar nak kahwin dengan aku?
            “Aku terima nikahnya Puteri Nur Khairina binti Megat Roslan dengan mas kahwinnya RM 1000 tunai.” Dengan sekali lafaz, dia kini sudah menjadi milik orang yang dia sendiri tak tahu.
            “Saya datang nak lunaskan dan tunaikan apa yang saya janji dulu, sayang.” Dia tersenyum manis. Khairina dah membulatkan mata melihat suaminya itu. Aimi Farhan?
            “I just go to France for a year and yet you want to end our relationship? Rina, trust your heart and trust our love, can you? It doesn’t matter how far we apart, how long we don’t communicate but as long as our love is strong and you trust me, the faith will be by our side. Abang dah buat solat istikharah sejak kita tunang lagi dan semuanya menunjukkan ke arah sayang. And I’ll not let you go. Never.”
            Air mata jatuh jua. Memang hatinya tak kuat. Dia ragu dengan cinta tulus milik Aimi Farhan. Sehingga dia lupa untuk bermohon padaNYA. Mohon agar ada jodoh antara mereka.
            Ana dan Khairul tersenyum melihat pasangan Aimi dan Khairina yang akhirnya bersatu setelah sekian lama. Dahi isterinya dikucup. “Ai shiteru.”

3 comments:

  1. suka best sgt xD awk suka japan eh?

    ReplyDelete
  2. citer nih konpius gak la pd mulanya tp da lama bru paham

    ReplyDelete

Santai ...