Fantasy X Reality

Fantasy X Reality

Followers

Monday, May 23, 2011

Cinta Resort


Jaja bernyanyi riang sambil tangannya ligat menolak troli. Lagu kalau berpacaran meniti dibibirnya. Punat lif ditekan. Sambil menunggu lif, dia meneruskan nyanyian. Gembira betul dia hari itu.
            Oh, lupa pulak nak kenalkan diri. Nama diberi. Faiza. Nama manja  Jaja. Sekarang tengah buat part time di bahagian laundry di sebuah resort sementara menunggu kerja yang sesuai di hati. Hari ni dah genap seminggu bekerja.
TING!
 Pintu lif terbuka luas. Jaja segera menolak troli masuk ke dalam lif bersama dengannya. “Hurm, pergi Village 1 dulu lah.”

            “Excuse me, laundry!” Dia separa menjerit sambil tangannya tangkas mengetuk pintu. Tiada sahutan. Jaja mengeluarkan kad dari poket bajunya lalu disuakan pada pintu. Tombol dipulas. “Excuse me, laundry.” Ayat sama diulang sambil tangannya membimbit sebungkus plastik yang terdapat pakaian di dalamnya. Bungkusan itu ditinggalkan di atas katil sebelum keluar kembali dari bilik itu.

            Jaja merenung pada bungkusan dan pakaian yang tersangkut pada troli. Hanya tinggal satu bilik saja. Dia tersenyum. Fail ditangan dijeling. ‘Bilik 4220.’

“Excuse me, laundry!” Dia mengulang perbuatannya. Tangannya mengetuk  pintu tanpa henti. Hisy, kenapalah resort ni tak sediakan loceng. Dia merungut. Tak fasal- fasal tangan ni lenguh dan sakit asyik mengetuk pintu je.
            Dia bergerak sedikit ke belakang apabila pintu bilik terkuak.
“KYAAA~”
Bungkusan ditangan jatuh tanpa niat sambil tangannya pantas menutup sepasang mata miliknya. “Hisy, ada ape?” Suara garau menyapa. Jaja mengurut dadanya. Sabar, Jaja. Ni bungkusan terakhir. Lepas ni kau boleh balik dobi.
            Perlahan- lahan, dia membuka mata sekaligus mata mereka bertentangan. Sepi. Terlopong dia dibuatnya. Mak aih, betul ke depan aku ni Woo Bin dalam Boys Over Flowers tu? Hisy, sejak bila pulak dia pandai cakap bahasa Melayu?
            “Hoi, kau ingat aku ni bukak pintu nak tayang muka kat kau je ke?” Jaja tersentak mendengar tengkingan itu. Cis, harap je muka boleh pakai, sekali perangai, hampeh!
            “Nah, ini bungkusan dan pakaian encik. Terima kasih. Excuse me.” Kakinya segera melangkah pergi. Huh, tak ingin aku lama- lama dengan mamat kerek ni. Kalau tak, tak fasal- fasal pak we aku si Woo Bin tu aku benci.

Rayyan memandang pelik pemergian wanita itu. Gila ke ape? Dia segera mengutip sesuatu yang terdapat di atas lantai tepat- tepat di mana wanita tadi berdiri. Lama, dia mengulum senyuman.

Mak Nah dan Mak Pah saling berpandangan. Jaja yang sudah merah muka ditenung. Ditambah lagi dengan air mata yang berlinangan. Ni mesti bukan sebab suhu dekat situ yang panas. Mesti ada sebab lain!
            “Kenapa ni sayang?” Mak Nah menghentikan kerjanya sambil mendekati wanita yang berusia dalam lingkungan 20- an itu. Belakang badannya di tepuk lembut. “Tadi, Jaja kena marah dengan customer.”
            “Isy, kenapa pulak? Bilik mana?” Mak Pah pula menyoal. Aih, ni dah macam polis pulak nak siasat segala.
“Sebab ketuk bilik dia, lepas tu terpacak depan dia lama- lama.” Mak Nah dan Mak Pah menggeleng. “Dah, memang salah kamu la tu Jaja. Yang kamu pergi buat macam tu buat apa?”
            Jaja mencebik. “Alah, bukan salah Jaja la. Yang dia pergi pakai seluar pendek je buat apa? Terkejut Jaja tau. Nasib baik tak ada penyakit jantung ke apa. Kalau tak, dah lama arwah tau.”
“Bilik mana, Jaja?” “4220.”

Jaja mula tak keruan. Habis semua tempat diselongkarnya. Di rumah tak ada. Di toilet pun sama. Mana nyer? Di dobi pun tak ade. Mak Nah dan Mak Pah dah naik pening memandang anak dara seorang itu.
            “Jaja ni kenapa? Pagi- pagi dah kelam kabut semacam.” Jaja mengeluh berat. “Name tag Jaja hilanglah. Macam mana ni? Kalau bos tanya mati Jaja. Dah la Cik Karim tu garang macam singa. Takutnyer.” Serentak, hilaian tawa kedengaran. Cik Karim yang lembut tu garang macam singa? Budak ni betul tak?
            Mereka saling berpandangan pabila telefon berdering. “Hisy, time orang tengah sibuklah, dia nak berbunyi!” Jaja dah mula merungut. Mana taknya, dah la time tu dia yang paling hampir dengan benda alah tu.
            “Hello, good morning. Laundry.” Jaja menjarakkan sedikit gangang telefon sebelum memandangnya. Suara pemanggil yang sedang tergelak benar- benar mendatangkan tanda tanya. Ingat aku ni buat lawak ke apa?
            “Hello?” Jaja memberanikan diri menyapa pemanggil tadi. Aik, hantu ke ni? Matanya segera memandang ke arah Mak Nah dan Mak Pah. “Tegur lagi sekali. Kalau tak ada orang jawab, Jaja letak je gangang tu.” Mak Pah yang sedang melipat pakaian memberi kata putus.
“Oh, jadi awak ni Jaja ye?”
“Ye. Encik nak hantar pakaian ke laundry ke?”
“Tak. Tapi kalau awak nak ambil pakaian saya, boleh je.”
“Encik jangan main- main boleh tak? Jangan nak buang masa saya. Terima kasih!”
Gangang telefon diletakkan. “Siapa Jaja?” “Orang gila, Mak Nab.”

Rayyan tersenyum kecil. Jaja ye? Siap kau, nanti! Telefon bimbit model Iphone 4 dikeluarkan. Dia tersenyum mengenangkan rancangannya yang bakal berjalan.

“Jaja pergi dulu ye.” Jaja menolak troli yang penuh dengan pakaian bersangkut dan dalam bungkusan. Rutin hariannya bermula seperti biasa.
            Jaja mengelap peluh yang menitik di dahinya. Letih tak terkata. Rosdi melambai ke arahnya sambil tersenyum. Ni mesti ada something.
            “Kau dah siap kerja ke?” Jaja memandang Rosdi lama. Sejak bila dia kisah tentang waktu kerja aku ni? “Buat masa ni dah la. Kenapa? Tak pernah pulak kau nak panggil- panggil aku ni.”
Oh, Rosdi ni member Jaja masa sekolah dulu. Tinggal pun dalam satu kawasan perumahan yang sama. Kira kenal rapat lah. Kenal okay, bukan kawan rapat!
“Mak Nab, Jaja pergi tolong Rosdi buat housekeeping. Apa- apa hal, call!” Jaja berlari anak meninggalkan dobi. Mak Nab dan Mak Pah hanya menggeleng. Bertuah punya budak.

“Good afternoon. Laundry. Jaja? Dia buat housekeeping. Village berapa Mak Nab tak tahu pulak. Okay.” Mak Pah memandang saja. Dari perbualan, seperti temannya mengenali pelanggan itu. “Siapa?” “Tuan punya resort.”

Jaja mencebik selepas menerima panggilan dari dobi. Nasib baik dia sekarang di village 4. Tapi,  kenapa bukan bilik lain? Huh!
            “Jaja, kau ni kenapa? Tak baik mengeluh tau. Tuhan tak suka.” Rosdi mula membebel dengan gerak lembutnya. “Ala, Rosdi. Aku bukan apa, Mak Nab suruh aku ambil pakaian dobi kat bilik 4220.”
            Jaja menutup lubang telinganya. “Hoi, kau nak aku mati sebab jeritan kau ke?”
“Isy, mamat hensem tu. Melayu pulak. Bila dia senyum, hah, boleh angau tau. Pak we aku tu. And kebetulan pulak lepas ni kita buat bilik dia. Ei, tak sabar aku nak jumpa pak we aku.”
Jaja sekadar mencebik. Gerak langkahnya mula sumbang. Kenapalah aku benci sangat mamat tu? Sebab dia buat aku hampir- hampir bencikan Woo Bin kesayangan aku tu! So, aku benci dia.

Rosdi mengetuk pintu bilik 4220. Dia tersenyum senang melihat empunya diri dihadapannya. Memang sah dah angau mamat lembut ni sorang!
            “Maaf ganggu ye encik.” Rayyan hanya tersenyum. Kebetulan dia sudah bersiap- siap untuk keluar. Ada sesuatu yang ingin diuruskan.
“Tak pe. Lagipun saya nak keluar sekejap. Kemas lawa- lawa tau. Have a nice day too.” Jari telunjuknya sempat menyentuh hidung Rosdi sambil matanya dikenyitkan. Senyuman langsung tak lekang dari bibirnya. Saja dia mengusik lelaki lembut itu.
           
Jaja memandang sekeliling ruang bilik itu. Mak aih, kemas gila. Ni macam tak guna je. Sekeping kertas yang ditindih dengan sebatang pensel menarik perhatiannya.
            “Jaja?” Dia kehairanan. Tu bukan nama aku ke?
Cepat- cepat dia menggeleng. Jaja, jangan nak perasan. Macam lah kat dunia ni kau saja nama Jaja.
            Dia bernyanyi kecil sambil tangannya ligat melakar sesuatu atas kertas yang sama tertulis ‘Jaja’.
            “Wah, cantiknya. Pandai kau. Tertawan aku tau.” Rosdi sempat menilik hasil kerja wanita itu. Memang lawa. Jaja yang mendengar sekadar tersenyum. sekali sekala buat khianat. Lagipun bukan senang nak dapat lakaran aku tau. Dalam hati dia dah pun tertawa. “Nanti aku hadiahkan kat kau pulak. Tanda balas jasa.”

Jaja mendengus. Berita yang diterimanya sebentar tadi benar- benar mengejutkannya. Dia kena layan pelanggan bilik 4220? Apakah? Dan kenapa dia langsung tak boleh nak tolak?
            “You ade dua pilihan je, Jaja. Ikut atau berhenti.”
Ops, sebelum itu. Bukan layan macam yang GRO or perempuan murahan buat tu ye. Layan yang ni kiranya macam jadi maid orang tu sepanjang dia menetap kat situ. Tapi bukan tinggal sama tau!  
            Jaja sudah berkira- kira. Nak terima ke tak? “Ala, terima saja. Bukannya buat yang tak elok. Kalau dia suruh buat yang tak patut, kau blahh je.” Jaja mengangguk perlahan mendengar cadangan Rosdi yang kadang- kadang membantu tu.

Pintu bilik 4220 diketuk berkali- kali. Tak berpenghuni ke? “Assalamualaikum!” Jaja tersenyum. Tak fasal- fasal kena beri salam. Tak pernah hayat buat kat mana- mana resort. Sekali non muslim, ambil kau. Jaja dah trsenyum sendirian mendengar bebelannya sendiri.
            Rayyan mendengus kasar. Siapalah yang miang sangat ganggu aku ni? Tombol pintu dibuka.
“Kyaaa~”
            Terbeliak mata jejaka itu dibuatnya. Mata yang tadi mengantuk jadi segar lepas dengar jeritan itu. “Hoi, kau ni nak bunuh aku ke apa?” Matanya masih tertancap pada wanita dihadapannya yang sudahpun menutup kedua- dua belah matanya.
            Diam. Rayyan mulai sedar sepenuhnya. Tubuh dihadapannya dipandang. Ada linangan air mata pada wajah itu. Tingkah lakunya tadi terimbau kembali. “Sorry.”
            “Encik, saya datang ni bukan sebab nak dapat jerkahan percuma dari encik. Dan saya datang ni sebab terpaksa demi tak kehilangan kerja ni.” Rayyan terdiam.
Masa yang berlalu terasa kosong. Ditambah pula dengan kedinginan Rayyan dan kedegilan Jaja. Semua yang dilakukan dilaksanakan tanpa sebarang suara. Bercakap bila perlu.
            “Rosdi!” “Jaja! Rindunya aku kat kau. Pak we aku tak buat apa- apa kan?” Jaja tergelak kecil. Entah kenapa hari ini dia rasa senang dengan lelaki lembut itu. Mungkin sebab dah lama dia tak berbual mesra dengan  seseorang.  
            “Ehem. Awak nak mengemas ke berborak ni?” Satu suara sumbang menyapa membuatkan Jaja mencebik. Rosdi sekadar tersenyum. Dia langsung tak ambil hati. Maklumlah buah hati depan mata. kalau tak, dah lama mulut mamat lembut tu tak berhenti membebel.
            “Biar Jaja tolong.”

Jaja membawa fresh orange dengan penuh berhati- hati ke dalam court squash. Tiba- tiba langkahnya dihalang seseorang. “Oi, ada awek ler.” Jerry menyiku teman disebelahnya. Hans tersenyum 1001 makna. “Air untuk abang ke, sayang?” Jaja menjerit kecil tika gelas yang berisi fresh orange diambil Hans.
            “Jom keluar dengan abang nak?” Tangannya direntap kasar. “Tak teringin aku nak keluar dengan kau. Lepaslah!” “Kau ni, badan je kecik tapi mulut tu memang nak kena cili.”
            “Hoi, apa yang korang buat? Jangan kau ganggu minah ni and serahkan balik gelas tu. It’s mine!” Tangan Jaja ditarik Rayyan membuatkan wanita itu tergerak ke dalam dakapannya.
            Jerry dan Hans mula pucat. Mereka kenal lelaki itu. Jadi, baik jangan cari maut kalau nak selamat.
Rayyan melepaskan pelukan. Sungguh dia tak sengaja. Air ditangannya diteguk. Dan baru saja dia nak melangkah, terasa bajunya ditarik. Dia menoleh.
            “Thanks. Saya takut sangat tadi. And sorry sebab marah awak hari tu.” Esakan kecil kedengaran. Rayyan terdiam. Dia jadi serba- salah.
“Urm, saya tak kisah kalau awak nak nangis tapi tak ape ke? Saya dah la tak mandi lagi ni. Dengan peluh lagi. And, awak sedar tak kita ni bukan mahram?” Jaja merona kemerahan. Mamat ni memang kacau mood je. Rayyan yang melihat perubahan di wajah Jaja hanya tertawa.
Dia memegang dada. Lub Dap Lup Dap… Kenapa rasa degupan jantung semakin laju?

            Jaja menelan air liurnya. Perlu ke aku berterus terang? “Jaja, ambilkan saya air.” Jaja terdiam. Kakinya terasa berat untuk melangkah.
“Hari ni saya nak berehat dekat pool.” “Saya tak ikut boleh?” Rayyan mengangkat sebelah keningnya. “Jadi macam mana awak nak layan saya?”
            Perbualan tadi memang menyakitkan hati. Dia membawa air yang dipesan dengan penuh berhati- hati.
           
            “Hi, dear. I tak tahu pulak you ada kat sini.” Katty tersenyum sambil mengoyangkan tubuhnya. Rayyan hanya memandang. Katty yang memakai bikini cuba mencium pipi jejaka itu namun dia lebih pantas mengelak. “Watch your behavior.”
            “Nah, airnya. Miss?” Dua gelas fresh orange dihulurkan pada pasangan itu. Kebetulan dia membawa dua gelas. Dan satu lagi sebenarnya untuk dirinya. Tapi, tak pelah. Apa salahnya sedekah.
           
Sepi. Jaja dahpun menguap. Apalah yang best sangat melepak kat situ, dia pun tak tahu. Wajah Rayyan dan Katty dipandang bersilih ganti. Aku ni pengganggu ke? “Saya ke toilet sekejap ye, encik.” “Me too.”

            Katty mencebik. Apalah yang bagus sangat tentang budak hingusan ni entah. Tiba- tiba satu idea menerjah ke dalam mindanya. “Jaja, jom ke sana.” Lengan Jaja ditarik tanpa rela membuatkan dia hilang pertimbangan. Katty sudahpun tersenyum. “Arrghh, help me!”
DUSH!
Rayyan tersentak melihat apa yang terjadi. Cepat- cepat dia terjun ke dalam kolam bagi menyelamatkan wanita itu.
            Katty dahpun tercungap- cungap sambil menangis. “I tak sangka dia sanggup tolak I. I Cuma nak kawan dengan dia. Tapi dia tak puas hati sebab I rapat dengan you.” Jaja yang turut tercungap- cungap, sudah terketar- ketar seluruh tubuhnya. Wajahnya turut dibasahi dengan air mata. Kenangan lama berlegar- legar di ruang fikirannya.
            “Jaja, betul ke ni?” Rayyan menggoncangkan tubuh Jaja. Wanita itu langsung tak menyahut. Seolah- olah hanya jasadnya di situ.
PANG!
Jaja memegang pipi kanannya yang hangat. Dia terpana. Apa yang terjadi. “Kau ni gila ke apa? Sampai nak bunuh orang? Dah la aku panggil tak sahut. Nasib baik si Katty ni okay.” Pipinya dipegang. Kini baru dia teringat apa yang terjadi. Tapi kenapa aku yang bersalah?
            “Encik kata apa ni?” “Kau jangan nak buat bodoh, buat innocent. Yang kau pergi tolak si Katty ni kenapa? Dah hilang akal ke apa? Ingat sikit dosa pahala.” Jaja menjeling tajam ke arah Katty.
            “Hello encik. Kalau memang ya pun encik sayang gila kat awek encik yang dah macam tak cukup baju ni, tolong jangan tuduh melulu boleh tak? Buat apa saya nak tolak dia sampai dengan saya sekali masuk dalam kolam. Dan buat pengetahuan encik yang kerek lagi sewel, saya tak pandai berenang!” Jaja mencampakkan tuala tepat di wajah Rayyan membuatkan lelaki itu terpana.
            “Nak pergi mana?” “Balik!” “You can’t. Awak bekerja untuk saya.” Jaja menghentikan langkahnya kemudian berpaling menghadap Rayyan kembali. “Then, I’m done here! I’m quitting!”

Pintu bilik diketuk berulang kali mengembalikan dia ke dunia nyata. Jaja tersenyum. ‘Dah hampir setengah tahun. Apa khabar ye Mak Nab, Mak Pah and Rosdi? Dia orang kerja situ lagi ke?’
            Mira tersenyum memandang bosnya yang sedang leka dalam dunianya sendiri. “Ehem.” Jaja tersengih.
            “Saya dah tempah resort untuk kita menginap sepanjang kita di tapak projek. Saya harap cik Jaja tak ada komen dengan tempat ni sebab resort ni memang high class and paling hampir.”
            Terbeliak biji matanya membaca nama resort yang tertera. ‘Bukan ni tempat dulu aku kerja ke? Perlu ke aku tolak cadangan ni?” Wajah Mira dipandang. Mindanya cuba mencari penyelesaian terbaik.
“It’s okay. Dari tak ada tempat langsung.”

Resort di hadapannya dipandang lama. Beg pakaian sudahpun dihantar ke bilik terlebih dahulu setelah Mira selesai mendaftar. ‘Ah, kenangan. Dulu aku kerja sini, tapi sekarang, aku jadi customer pulak. Hehe, macam tak percaya pulak.’ Jaja dahpun tersengih sendiri.
            “Cik Jaja, hari ni cik perlu rest secukupnya sebab start esok, kita akan turun ke tapak projek. Arahan dari ayah cik. Dia taknak cik berlama kat sini.” Jaja mencebik. Geram betul dia dengan Dato’ Farouk bin Lutfi a.k.a ayahnya itu. Langsung tak boleh nak berenggang lama- lama. Tak cukup lagi ke dengan Datin Farihin binti Johari a.k.a ibunya? Dengan anak pun nak bermanja?
            “Mira, kau tak payah nak berformal dengan aku. Naik geli aku dengar. Cukup- cukup dekat pejabat je.” Mira dah tersengih. Aiseh, dah terbiasa pulak.
            “Kau nak buat apa petang ni?” Jaja terdiam sejenak. Hurm. “Nothing. Aku ingat nak tidur je.” Mira menarik muka membuatkan sebelah dari kening Jaja terangkat.
“Teman aku.”

Jaja mencebik. Ini yang dia paling malas sebenarnya. Berjalan- jalan keliling resort mencari mamat hensem. Ini semua sebab si Mira lah. Macam lah dia tak masak dengan minah sorang tu. Dari kecik tau rapat. Rahsia masing- masing celah gigi je tau.
            “Eh lawa ar tempat ni. Nanti aku nak honeymoon dekat sinilah.” Jaja terkekeh ketawa. “Bukan dulu kau kata nak kat Paris?” “Sini cukup. Jimat sikit duit laki aku.”

Jaja memicit kepalanya yang terasa sakit. Kalau boleh nak saja dia telan sepapan panadol active fast tu. Harap dilarang si Mira je. “Makan dua biji cukup! Jangan nak buang tabiat.” Jaja mencebik. Wajah Mira dipandang. Kasihan dia pada temannya itu.
“Sorry sebab kau kena turun ke tapak projek tu sorang- sorang.” Mira tersenyum sambil menggeleng. “It’s okay. Kesihatan kau lagi penting. Lagipun, kalau cik Farouk tau, tak tenang tidur tau.” Jaja tertawa kecil. Memang pun. kalau ayah dan ibunya tahu, habislah. Silap hari bulan, bangun- bangun dia orang dah terpacak depan pintu bilik.

            “Tolong hantarkan sarapan di bilik 4215.”
Jaja terbatuk kecil. Badannya terasa panas. Hisy, macam manalah aku boleh dapat virus ni?
            “Excuse me. Housekeeping.” Jaja bingkas bangun meninggalkan katil dan menuju ke pintu. “Sorry, saya tak sihat. Jadi, tak payah kemas bilik ni.” “Jaja!” Dia menhentikan niatnya untuk menutup pintu malah semakin luas membukanya. “Rosdi!”
Wajah Rosdi dipandang. Lelaki itu begitu lembut sama seperti perwatakannya. “Kenapa kau tak beritahu aku yang kau stay sini? Dengan demam teruk macam ni.” Jaja tertawa kecil. Memang Rosdi. Tak sah kalau tak membebel. “Sorry. Aku dah susahkan kau. Mira balik petang ni. Dia pergi tengok tapak projek syarikat. Jadi, kau pergilah siapkan kerja. Nanti kau balik lambat pulak.”
“Kau duduk sini diam- diam. Nanti aku jumpa bos. Nak minta cuti sebab nak jaga kau. Lagipun aku ada cerita hot.”

Jaja memandang TV yang menyiarkan entah rancangan apa. Dia langsung tak fokus. Fikirannya lebih memikirkan tentang kisah dirinya. Rasa bersalah menguasai diri.
            Dia tersentak mendengar ketukan pintu. Siapa? Rosdi kah? Cepatnya. Perlahan- lahan dia bergerak ke arah pintu. Seorang lelaki yang name tagnya tertera nama Syahir berdiri diluar bilik bersama troli makanan.
Dia mula mual menghidu makanan yang dibawa lelaki itu. “You tak ape- ape?” Tangannya dipegang kemas. Aik, ni sengaja atau apa? Jaja cepat- cepat menarik kembali tangannya namun tak berhasil. Wajah Syahir dipandang lama. “Hoi, apa ni? Huk! Huk! Lepaslah!”
            Dia tergerak ke belakang apabila ditolak kasar oleh Syahir membuatkan dia jatuh terduduk di hadapan toilet. “Kau ni kenapa? Aku akan report pada manager kau!”
“So? Ingat aku takut? Aku tak menyesal berhenti sebab dapat rasa badan kau, Jaja. Dah lama aku syok dekat kau. Siapa suruh kau jual mahal!” Hilaian tawa bergema disegenap ruang bilik.

Masa terus berdetik. Jaja sudahpun menekup mukanya. Ketakutan menguasai dirinya. “Are you okay?” Suara garau yang menyapa membuatkan dia makin kaku.
            “Syahir, apa yang kau buat? Jangan ingat kau akan terlepas!”
Bahunya digoncang. Dari perlahan kepada laju. “Jaja!” Dia segera memeluk lelaki dihadapannya tanpa berfikir panjang. Air mata mengalir deras. “Thanks. Saya takut sangat.” Lama, pandangannya makin kelam. Gelap.

Rayyan dah bersiap- siap untuk keluar. Hari ini dia perlu berjumpa dengan klien yang baru tiba dari Australia. Memang dah jadi rutin untuk dia mengalu dan bersemuka dengan pengunjung luar negara sebagai tanda penghargaan kerana sudi singgah di resort miliknya.
            Langkah kakinya terhenti di bilik 4215. Mana taknya, dengan troli makanan tersadai kat luar dan pintu bilik terbuka. Ada something ke? Bukan dia nak ambil kisah fasal orang lain tapi dia hanya nak kepastian. Dan entah kenapa hatinya memaksa dia melangkah ke dalam.
            “Lepaskan akulah!” Dia tersentak mendengar suara itu. Dia seakan kenal pemiliknya.
BUK!
Satu tumbukan hinggap di pipi Syahir membuatkan dia tergerak ke tepi. Matanya segera memandang mamat yang berani merosakkan wajahnya. “Apa kau buat?” Syahir dah tercengang. Memang dia tak sangka akan berdepan dengan lelaki itu.
            Rayyan menggoncangkan tubuh Jaja. Syahir dahpun angkat langkah seribu. “Jangan ingat kau akan terlepas!”

Jaja membuka matanya. Entah kenapa tubuhnya terasa ringan. Wajah Mira dan Rosdi yang gusar ditenung lama. “Kenapa?” Mira mengalirkan air matanya sambil mendakap erat temannya. “Nasib baik kau tak apa- apa.”

            Jaja meneliti pelan yang diterimanya. Unistarz  Mall. Hurm, not bad. Kerja- kerja pembinaan sedang rancak dijalankan. “Kau rasa, macam mana? Any problems?” Jaja terdiam sebentar. Dia berfikir dari pelbagai sudut. Dari reka bentuk sehinggalah soal keselamatan. “Overall, nothing bad. Good  design. Semua aspek diambil kira. Jadi, aku yakin dengan izin DIA, mall ni akan berdiri megah dalam awal tahun depan dan siap sedia untuk operasi.”

Jaja mencebik. Mukanya ditarik semasam mungkin. Mira yang berdiri di hadapannya hanya tersengih. Rancangan yang sedang disiarkkan langsung tak ambil peduli. “Please. Kita stay sini seminggu lagi. Aku ada jumpa mamat hensem kat sini. Bagilah can kat aku Jaja.” Diam. Tiada jawapan. “Aku janji akan buat ape je yang kau suruh. So, please.”
            Jaja menghirup udara segar sambil kakinya menyepak pasir. Tenangnya. Laut yang terbentang luas dipandang.
“Hai, sorang je?”
Jaja meneruskan perjalanannya. Kenapalah mesti jumpa dia? “Jaja, tunggu!” Dia menjerit. Jaja melajukan lagi langkahnya. Panggilan lelaki itu langsung tak diendahkan.
            “Jaja!” Dia mendengus kasar. “Apa ni main pegang- pegang?” Rayyan terkedu. “Sorry. Dah, siapa suruh awak jalan laju sangat.” Dia mencebik. Aku pulak yang disalahkan. “Hello, encik. Saya tak kenal pun encik ni siapa. Jadi, kenapa saya perlu dengar cakap encik?”
            Rayyan megelap peluh yang mengalir. Wajah Jaja yang dah merona dipandang. “Awak dah lain. Makin lawa dan sombong. Mentang- mentanglah dah kerja hebat, sampai saya pun awak tak kenal.” Jaja tak membalas. Malas dia nak bertekak dengan lelaki dihadapannya itu. Yang penting, dia nak pergi dari situ. “Hah, encik nak apa? Kalau tak ada apa, saya nak balik bilik.”
“Saya nak minta maaf tentang hari tu. Dekat kolam. Saya tak tahu pun awak tak pandai …” “Berenang? Tak apalah encik. Macam mana encik nak tahu, saya pun tak beritahu. Lagipun saya tak kisah. Yelah, memang saya yang tolak minah tak cukup kain tu sama macam yang dia cakap. Dah la encik, saya nak blah. Harap tak jumpa dah.” Jaja mengorak langkah beberapa tapak sebelum berhenti kembali dan berpaling.
            “Thanks sebab puji saya lawa. Dan saya memang tak kenal encik. Nama pun saya tak pernah tahu.”

Mira mendekati Jaja yang sedang ralit membaca buku di atas katil. Akhirnya buku yang dipegang, ditutup. Rimas bila minah Mira asyik duduk rapat macam belangkas. “Kau nak cerita apa?”
            “Rosdi cerita, pemilik resort ni hensem gila. Nama dia Dato’ Tengku Rayyan Rafique bin Dato’ Tengku Iskandar. Aku pun dah jumpa dia. memang hensem. Dia tanya tentang kau tadi. Rugi tau. Aku yakin kalau kau tengok pun boleh sangkut.”
            Jaja memandang Mira yang becok bercerita. “So, kenapa kau tak usha je dia?”
“Hurm, aku memang sangkut tapi sekali dia kata dia dah minat dekat someone yang stay kat sini. Aku teruslah give up. Lagipun aku dah dapat number phone mamat hensem yang aku nak tu.” Mira tersenyum sambil memeluk bantal. Jaja yang memandang menggelengkan kepalanya.

            Jaja menarik selimutnya sambil mendengus apabila mendengar jeritan Mira. Hisy, pagi- pagi dah memekak minah ni. “Jaja, petang ni Syakir ajak aku lunch sama. Tengku Rayyan pun ada. Dia ajak kau sekali. Dan ini untuk kau.” Sekuntum bunga ros merah disuakan ke arahnya.
            “Kau nampak bakul kat sana. Campak benda alah tu kat dalam. Dan kata kat Tengku Rayyan, aku tak minat. Aku nak stay dalam bilik je.” Mira dah mencebik. Bunga ditangannya ditenung. Sayang betul dia nak buang. “Tak baiklah buang bunga ni. Kau ni, nanti dia fikir kau sombong baru tau.”
            Jaja menyelubung dirinya. “Kalau kau sayang sangat bunga tu, kau ambillah. Kalau tak, kat dalam tu tempat dia. lantak dialah nak fikir aku apa. Kalau dia kata aku sombong, kata dia terima kasih sebab memang aku sombong. Dan keluar nanti letak tag private kat luar.”

            Rayyan sekadar tersenyum mendengar bebelan Mira. Syakir yang duduk di sebelah wanita itu hanya mengangguk. “Sombongnya kan, Rayyan?” Dia tersentak. “A’ah.” Mira turut bersetuju. “Dia siap kata kalau Tengku Rayyan kata dia sombong, dia ucap terima kasih sebab dia memang sombong.” Air dihadapannya dihirup.
            “Kita nak pergi mana hari ni?” Mira terdiam sejenak. Berfikir sesuatu. Syakir masih setia menunggu. “Jalan- jalan cari fasal.” “Awakkkk” Mira tertawa sambil berlari meninggalkan Syakir yang dah bersiap sedia mengejarnya. Sengaja dia mengusik lelaki itu.
Kini hanya tinggal dia saja di situ. Wajah Jaja terbayang di ingatannya.
            “Apa yang you dah buat pada Jaja?” Dia tercengang melihat wajah Rosdi yang dahpun kemerahan. “Kenapa ni?”
            “Jaja dah berhenti kerja. Apa yang you dah buat? Semalam I jumpa dia, she’s crying.” Dia sudah bercekak pinggang. Rayyan akhirnya mengeluh. Tak sangka dia akan dimarahi staff dari housekeeping.
            Rayyan menutup kedua- dua belah telinganya. Memang boleh pekak aku dengar jeritan mamat lembut ni.
            “Hey, you tau tak, si Jaja tu tak pandai berenang dan fobia dengan swimming pool? Dia nyaris lemas masa dia tahun 3 sebab budak perempuan kelas dia tolak dia. Sampai sekarang dia tak berani jalan dekat kolam.”
            Rayyan terdiam. Patutlah masa hari tu dia minta untuk tak ikut. Rosdi yang belum habis membebel dibiarkan. Rasa bersalah menyelubungi diri.

Kali ini sejambak bunga ros merah diterimanya dengan ungkapan maaf. Jaja mendengus. Ingat aku ni awek dia ke nak ber- romantis?
            “Wait. Take these with you. bagi dekat orag yang hantar bunga ni.” Bakul sampah yang penuh dengan bunga ros dihulurkan. Budak penghantar itu sedikit terkejut. “Tapi…” “Buat. Kalau tak, saya serang kedai awak dan suruh tuan awak pecat awak.”

            Bakul yang  berisi ros merah ditenungnya. ‘Kenapa kau tak nak terima aku?’ dia menyelongkar bakul itu. Terdapat sekeping kad.
Saya tak kenal encik ni siapa. Dan saya tak kisah kalau encik ni Tengku Rayyan ke, Dato’ Hisyamuddin ke, Tan Sri ke, atau sesiapa sebab saya tak kenal encik dan saya tak nak kenal! Jadi, tolong jangan serabutkan bilik yang saya tempah ni dengan bunga ros yang menyemak! Dan tolong jangan ganggu saya!

Mira menjeling tajam temannya itu. Jaja yang sedang enak menikmati lunch hanya buat bodoh. Malas dia nak layan angin minah tu. “Kau memang bodoh!”

            Rayyan melemparkan senyuman manis pada staff di resort itu. Melisa yang sedang asyik bermekap mula terkocoh- kocoh membaiki make upnya.
            “Hi. Where’re you going today?” Nadanya sedikit gedik. Rayyan mengenyitkan matanya sambil meletakkan jari telunjuknya di bibir. “It’s a secret. Just wish me luck.”
            Jaja mencebik melihat susuk tubuh yang dibencinya. Niatnya nak menegur Melisa terbantut gara- gara si Woo Bin celup tu. Mira dahpun lesap bersama Syakir. Ke pantai agaknya. Mentang- mentanglah dah berteman, aku ditinggalnya. Sampai hati kau, Mira. Cewah, berdrama pulak.

Dia hanya berdiri kaku memandang kosong pintu bilik yang dipenuhi sejambak ros merah dan putih beserta sekotak coklat Cadburry dan Ferrero Rocher. Jaja dahpu tersenyum dan mula kecur. Hisy, siapa punya kerja ni? Macam tau- tau je aku ni memang kalah dengan coklat.
            Pintu bilik ditutup rapat. Tangannya yang tadi kosong kini penuh dengan ros dan coklat. ‘Aik, tak ada pulak kad.’ Dia gumam. Akalnya mula pertimbangkan sama ada wajar atau tak diterimanya barang tersebut.
            Bakul sampah yang tadi kosong kini penuh dengan ros merah dan putih. Dia bernyanyi kecil sambil tangannya ligat membuka pembalut coklat. Lagu I’m yours meniti dibibirnya.

            “Amboi, banyak gila coklat kau. Mana dapat?” Jaja tersenyum. Mira yang baru pulang sedikit tersentak dengan keadaan Jaja yang dahpun comot. Inilah masalah kalau minah ni dapat coklat banyak. Jari telunjuknya tepat ke arah bakul sampah membuatkan Mira tercengang.
            “Coklat kau terima, bunga kau buang tepi. Jaja, apa nak jadi dengan kau ni?” Mira melabuhkan punggung di birai katil. Wajah Jaja dipandang. Penjelasan dari temannya itu ditunggu.
“Mestilah. Rugi kalau buang coklat ni. Boleh demam tau. Dah la mahal. Kau cakap elok sikit. Bila masa aku buang bunga yang aku terima?” Mira mendengus kasar. Susah kalau cakap dengan minah sorang ni. “Itu apa?”
            Jaja menghentikan suapannya. Jelingan tajam dihadiahkan pada Mira sebelum matanya memandang arah yang di tuju. “So? Apa, ingat aku buang ke? Eh, kat sini mana ada pasu nak letak bunga ros yang berlambak tu. Jadi apa salahnya aku kumpul dalam bakul sampah? Boleh pulang balik lagi. Okay apa. Kau jangan nak kacau mood aku. Kang tak fasal- fasal sayang aku ni dapat tempias.”

            Rayyan tersenyum senang. Rancangannya pasti akan berjaya kali ni. Syakir yang duduk di hadapan dahpun tersenyum. Semoga apa yang dirancangkan berhasil.

Jaja memandang pelik pada Mira. Gaun labuh warna jingga membaluti tubuhnya menyerlahkan keayuannya pada malam itu. Mira dahpun bergaya- gaya di hadapan cermin. Senyuman manis langsung tak lekang dari tadi. “Kau nak ke mana?”
            Mira berpeluk tubuh. Senyumannya mati serta merta. “Kenapa tak bersiap lagi? Kan kau dah janji. Cepatlah.” Tangan Jaja ditarik membuatkan wanita itu terbangun sedikit.
            Baju kurung moden warna merah yang dipadankan dengan kain putih menaikkan kecomelan dan kecantikan pada dirinya. Wajah Jaja masih lagi masam. Rambut yang mencecah paras bahu disikat rapi. Skaf diletakkan di tengah- tengah bahagian rambut manakala rambut depannya dikemaskan dengan pin putih. Siap saja, dia memakai subang putih  membuatkan keayuannya semakin terserlah. Akhir sekali, wajahnya disapu alat make up ala kadar. Cukup nipis.
            “Cubalah senyum sikit.” Jaja hanya membatu. Kasut wedges yang dipakainya dipandang.
“Mira!” Dia menjerit lagi. Tiada sahutan. Hatinya mula panas. Kurang ajar betul kau, Mira. Kakinya dihentakkan. Nasib baik aku pakai wedges and bukan high heels! Kini dia berseorangan di sebuah taman. Apa yang dia yakin, dia masih lagi di resort itu. Tapi penglihatannya terhad memandangkan keadaan yang gelap.
            Air mata mula berlinangan. Nak saja dia menangis saat itu. “Sampai hati kau, Mira.” Dia bermonolog sendirian.
Cahaya lilin mula menerangi jalan yang dipenuhi kelopak ros merah dan putih. Jaja terpaku. Dia yang tadi terduduk, segera bangun dan melangkah mengikut arah cahaya.
            Dia terkaku. Sebuah meja tersedia dihadapannya. Yang menarik perhatiannya ialah susuk seseorang yang memakai topeng. Kerusi ditarik mempersilakan sang puteri duduk. Jaja hanya mengikut.
            Anak matanya makin bercahaya memandang apa yang terdapat di atas meja. Sebakul coklat. Macam- macam ada. Ditambah lagi dengan hidangan utama. Memang kecur air liur dibuatnya.
            “Thanks sebab sudi duduk sama and enjoy the dinner tonight. I’m Rayyan.” Jaja hanya mengangguk. Dia sebenarnya tak kisah siapa pun lelaki di depannya itu. Makanan di hadapan lagi penting! “You’re welcome.”
            “Firstly, I want to apologize because sent those roses everyday to your room. I’m glad that you’re willing to see me here. I want to tell you something.” Jaja diam. Memberi peluang pada Rayyan meneruskan ucapannya.
            “I’m falling in love with you. From the first time I see you and I started realize it when I saved you that day. So, will you accept my feeling towards you and become mine?” Kotak kecil berwarna merah disuakan. Jaja bungkam. Tak tahu nak kata apa. Terharu ke?
            “Er, encik ni melalut apa? Serasanya, saya tak pernah pun jumpa Tengku Rayyan lagi.” Kotak tadi ditolak kembali. Bukan niatnya nak patahkan hasrat lelaki itu tetapi, dia tak rela. Hisy, kenal pun tak, tiba- tiba nak ajak kahwin. Sekali dah ada anak bini, tak ke aku jugak yang merana?
            Jaja terpana melihat empunya diri. Rupa itu amat dikenali. Rayyan menghadiahkan senyuman paling manis pada wanita dihadapannya. Muka Jaja mula merah. Geram dan bukan malu! Woo Bin celup! Mukanya bertukar tegang. Perasaannya bercampur baur.
            “Jaja, awak nak ke mana?” Rayyan bingkas bangun bila wanita pujannya itu mula melangkah pergi. Langkah Jaja terhenti. Tangannya direntap kemas.
“Encik ni nak apa lagi? Tak puas lagi sakitkan hati saya?” Rayyan mengetap bibir. Wajah Jaja yang tegang dipandang. “Hei, saya seriuslah. I’m telling you my true feeling.”
            “Don’t be kidding me.” Jaja tersenyum sinis. Rasa macam nak gelak je. “Kau ni tak boleh ke hargai luahan aku? Dah susah payah aku aturkan semua ni. Beri kau coklat and bunga. Kau tak boleh ke balas baik- baik?”
            Jaja tersentak. Air mata mula mengalir. Sakitnya hati. Kenapa tiap kali cakap dengan lelaki ni, mesti aku sakit hati? Beg tangannya dibuka lalu mengeluarkan beberapa not RM 100.
“Ini, saya bayar balik duit awak beli bunga dan coklat. And thanks. You hurt my feeling!”

            Mira hanya membatu. Membiarkan saja Jaja mengemas. “Kau nak pergi mana?” Akhirnya dia memberanikan diri saat Jaja dahpun bersedia untuk keluar. “Aku nak balik. Alone! Aku kecewa dengan kau, Mira. Sampai hati kau buat aku macam ni. Assalamualaikum.”
 Mira terpaku. Bunyi pintu tertutup membuatkannya terduduk di birai katil. Air mata menitis setitik demi setitik
           
            Rayyan terkedu dengan tindakan Jaja yang tak terduga. Habis hancur semua rancangannya. “Rayyan, kenapalah kau ni sengal sangat?”
            Mira memandang kosong kereta Toyota Vios yang berada di hadapannya. Setahunya mereka datang ke situ dengan satu kereta. Takkanlah…

            Jaja memandang luar tingkap. Rasa menyesal pun ada jugak. Kalaulah semalam Rayyan ber- romantis dan tak tengking tak tentu fasal, memang sah aku setuju tanpa was- was. Satu keluhan dilepaskan.

Jaja mengesat peluh yang merenek akibat dari cuaca pada hari itu. Kepalanya ligat memandang kanan dan kiri berulang kali. “Aku kat mana ni?”
            “Hai cik adik manis. Boleh abang tolong?” Jaja mencebik. Suara yang menyapanya langsung tak diendahkan. “Sayang, kenapa ni? Sesat ya? Kasihannya. Meh sini abang teman ya.” Lelaki tadi merapatinya. Jaja mula cuak. Dah la bateri telefonnya mati. Sesiapa, tolong Jaja. Tangan lelaki itu mula memegang pinggangnya. Jaja dah keras. Air mata hanya tunggu masa saja nak mengalir.
            “Sayang jangan takut ya, abang ada. Abang tolong sayang ye tapi sayang kena layan abang dulu.” Jaja dah tak tahan. Lelaki itu mula merapati wajahnya. Cepat- cepat dia memejamkan mata.
DUSH!   
Jaja membuka mata. Lelaki yang memeluknya tadi dahpun tersembam di atas jalan. Dia mula membuka langkah namun mati bila tangannya ditarik seseorang membuatkan dia berada dalam pelukan orang itu.
            “Apa yang kau dah buat pada bakal isteri aku, hah?” Rayyan menengking. Nasib baik dia tiba tepat pada masanya sebelum semuanya terlambat. Lelaki tadi dah mula angkat kaki langkah seribu.
            “Are you okay, dear?” Rayyan merendahkkan suaranya. Riaknya jelas menunjukkan betapa risaunya dia pada wanita itu. Jaja yang dalam dakapannya ditolak namun gagal. Esakan tangisan kedengaran.
            “Saya takut sangat awak. Saya tak tau apa yang akan jadi kalau awak tak ada. Thanks sangat- sangat. Saya sayang awak.” Rayyan terkedu sekejap mendengar luahan wanita pujaaannya. Betul ke ni? Ke minah ni merapu?
            “Jaja, I’ll always be with you. Always. I promise. ‘till death separate us, I will never let you get hurt by anyone. You’re my precious. I want you to be with me. Forever. Will you? And please say yes this time because if you reject me again, I’ll go to your house and see your parents.”
Jaja terkedu. Langsung tak tahu nak balas apa. Wajah Rayyan ditenung lama. Akhirnya dia tersenyum seraya membalas senyuman jejaka itu.
            “You know, first time I see you, my heart like being taken by someone. I love Woo Bin and you are totally just like him but not your attitude. I’m falling in love with you since then. And when you saved me that day, my heart pump like hell. Too fast until I fell it will bomb! And then you sent me those beautiful roses. I’m totally like them. Plus with those chocolate. What I can say to you, please always be with me, comfort me and not scold me. Care me and love me always. I love you more than my precious chocolate. Thus, ya saya terima awak.”
Jaja dah tersipu malu apabila mendengar tepukan gemuruh. Tak sangka kisah cinta mereka menarik perhatian ramai. Maklumlah, siapa suruh buat drama kat tepi jalan.
            “Tapi, macam mana awak boleh ada sini?” Rayyan tersenyum sambil menunjukkan ke arah kereta BMW 5 series yang di parker di tepi jalan berdekatan dengan tempat mereka berdiri.
“Saya ikut awak dari tadi lagi. Dah, jom saya hantar awak balik. Coklat yang awak campak hari tu pun ada. Nak?” Mata Jaja mula bersinar. Fikirannya mula terbayang jenis- jenis coklat yang terdapat semalam. Memang dia nak makan dah semalam. Tapi cancel lepas dapat tengkingan percuma dari mamat sewel ni. Ops, sewel pun, dia jugak yang fall in love dengan  mamat tu.
            “Jom.”

No comments:

Post a Comment

Santai ...